If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday 29 June 2010

SELAMAT HARI BAPA 2010

Minggu lepas kami beberapa keluarga membuat kejutan untuk para suami dengan menyambut HARI BAPA. Terima kasih kepada Puan Hajjah Masnooraini yang telah menghias indah kek Hari Bapa yang disediakan oleh..................

THE GREAT FATHERS IN BOWBURN
Mereka ni semua berpangkat PHD Research Scholars! Mudah-mudahan semangat menuntut ilmu yang ada pada mereka akan mengalir kepada anak-anak. Ameen.

DR AHMAD JAILANI AND DR AFFANDI TO BE. INSYAALLAH!

ALMAAIDAH. ALHAMDULILLAH!

Bapa adalah insan yang perlu dimuliakan seganding dengan kemuliaan ibu. Dalam al-Quran sering dijelaskan mengenai kewajipan taat dan berbuat baik kepada ibu dan bapa. Bapa mestilah dihormati dan disayangi, jasa dan pengobanan mereka mestilah sentiasa diperhati dan disanjung tinggi. Semestinya ada banyak cara kita dapat menyedarkan anak-anak tentang kemuliaan seorang bapa, namun menyambut Hari Bapa mungkin satu wadah yang berkesan bagi menyampaikan rasa kasih isteri dan anak-anak terhadap seorang BAPA, tentunya mereka bahagia menjadi BAPA YANG DIRAIKAN.

Wednesday 9 June 2010

DURHAM CATHEDRAL



 DURHAM CATHEDRAL. Dibina dalam tahun 1093 dan siap dalam masa 40 tahun. Terkenal dengan keindahan Senibina Roman. Antara gereja yang termasyhur di Eropah. Pernah menjadi tempat persinggahan tentera dari Utara Britain dalam perjalanan menyertai Perang Salib.
Durham Cathedral sangat penting kepada Universiti Durham lantaran penubuhan universiti tersebut diusahakan oleh pihak Durham Cathedral. Sehingga kini Cathedral ini kekal sebagai penaung kepada Universiti Durham.

Pemandangan di dalam Durham Cathedral - mendengar taklimat daripada wakil Cathedral dalam satu lawatan terbuka yang dianjurkan untuk student Universiti Durham n Family. Di dalam dewan inilah dilangsungkan Congregational dan Evensong (cara mereka beribadat).



Walaupun mereka tidak menyembah berhala tetapi di dalam gereja ini penuh dengan patung, ukiran dan lukisan wajah manusia.













Patung kayu di bawah ini adalah gambaran kematian dan hari kiamat dalam agama Kristian







Terdapat satu sudut khas memperingati tentera-tentera mereka yang terkorban dalam peperangan.




Paderi muda ini sangat mesra melayani kanak-kanak



BOWBURN METHODIST CHURCH - Ini gereja di depan rumah saya. Church ni lebih kecil daripada Cathedral. Cathedral umpama masjid daerah atau masjid negeri, church pula seperti masjid di kampung-kampung kita. Mereka juga ada surau yang dipanggil sebagai Chapel.


St. Vitus Cathedral di Prague Castle


St. Stephen's Cathedral di Vienna



Tuesday 1 June 2010

JEHOVAH WITNESSES

Jehovah Witnesses adalah satu  pergerakan dalam agama Kristian. Jehovah bermaksud GOD. Kumpulan ini percaya bahawa 'God the Father (Jehovah) sahajalah sebenar-benar Tuhan.  Jesus pula adalah anak Tuhan  tetapi kedudukannya tidaklah menyamai  Tuhan dan ia dicipta oleh Tuhan. The Holy Spirit bukanlah manusia tetapi adalah tentera suruhan Allah. Atas kepercayaan ini maka Jehovah Witnesses menolak konsep TRINITY dalam agama Kristian.

Di sini kami mengenali Jehovah Witnesses sebagai pendakwah Kristian yang aktif berdakwah (missionary work). Mereka akan mengetuk pintu-pintu rumah kami dan meminta izin untuk masuk dan bersembang sebentar mengenai risalah yang mereka bawa. Topik yang mula mereka akan bicarakan adalah apa yang berlaku dalam dunia hari ini;  jenayah, peperangan, keganasan dan sebagainya. Kemudian mereka akan bertanya, adakah kita percaya bahawa suatu masa nanti Tuhan akan membantu kita keluar dari semua penderitaan dan kesengsaraan yang berlaku pada hari ini. Tuhan akan menghapuskan airmata manusia; tiada lagi manusia yang susah, menderita sakit atau cacat. Bumi ini akan subur dan dunia ini akan aman makmur. Mereka bercakap mengenai kasih sayang Tuhan kepada manusia.

Saya dan seorang teman pernah dikunjungi oleh dua orang Jehovah Witnesses. Kedua-duanya saya kira dalam lingkungan usia 55 - 60 tahun. Mereka sangat baik dan berbicara dengan mesra. Mereka mengakui bahawa mereka tidak menyedari akan kehadiran kami, komuniti Melayu Islam di sini. Mereka juga memberitahu bahawa mereka tidak begitu arif mengenai agama Islam dan tidak pernah melihat al-Quran. Peluang ini tidak saya lepaskan.  Segera saya capai al--Quran Terjemaham Bahasa Inggeris di atas meja, saya bukakan Surah Maryam dan saya tunjukkan kepadanya nama-nama nabi Ibrahim, Musa dan Ismail (Abraham, Moses dan Samuel) yang dikisahkan dalam surah tersebut. Saya bersyukur kerana dia sudi memegang dan membelek-beleknya, buat pertama kali!  Juga saya jelaskan kepada mereka bahawa kita juga percaya dengan Nabi Isa a.s dan semua nabi-nabi sebelumnya. Perbezaan antara kita dan mereka hanyalah kita percaya kepada Nabi Muhammad SAW dan mereka tidak.

 


Sebelum mengundur diri mereka meninggalkan sebuah buku "WHAT DOES THE BIBLE Really TEACH?" dan berharap supaya kami membacanya. Mereka juga berjanji akan mengunjungi kami lagi. Sebenarnya saya seronok dengan kedatangan mereka. Iyalah, disamping mendengar celoteh mereka, kita juga dapat menjelaskan tentang agama kita kepada mereka.

Begitulah kesungguhan mereka menyampaikan dakwah. Kita bagaimana? Kenapalah saya sendiri merasa lemah untuk melakukannya? Saya menyesali diri sendiri................

BIBLE - The Old Testament and The New Testament

The Bible refers to the sacred scriptures of Judaism and Christianity, usually compiled in a single volume. The Hebrew Bible contains 39 books. The Christian Bible adds to the Hebrew Bible some 27 more books, giving a total of about 66 books.
Soon after the establishment of Christianity in the first century, Church fathers compiled Gospel accounts and letters of apostles into a Christian Bible which became known as the New Testament. The Old and New Testaments together are commonly referred to as "The Holy Bible". The canonical composition of the Jewish Bible is in dispute between Christian groups: Protestants hold only the books of the Hebrew Bible to be canonical; Roman Catholics and Eastern Orthodox additionally consider the deuterocanonical books, a group of Jewish books, to be canonical. The New Testament is composed of the Gospels ("good news"), the Acts of the Apostles, the Epistles (letters), and the Book of Revelation. The Bible is the best-selling book in history with approximate sales estimates ranging from 2.5 billion to 6 billion.[2][3]


Bible adalah himpunan kisah-kisah yang diambil sebahagian besarnya daripada kitab asalnya iaitu Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s dan Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Oleh itu Bible terbahagi kepada dua bahagian iaitu The Old Testament (kisah-kisah daripada Taurat) dan The New Testament (kisah-kisah daripada Injil).  Perkataan 'Testament' bermaksud 'perjanjian' (agreement or promise). Namun banyak fakta dalam kitab asal yang telah ditinggalkan atau diubah oleh penulis-penulis Bible itu sendiri.


The Old Testament mengandungi kisah orang-orang Yahudi serta nabi-nabi terdahulu yang sebahagian besar daripadanya juga diceritakan di dalam al-Quranul karim. Kisah kelahiran Nabi Musa a.s amat mirip dengan apa yang tercatat di dalam al-Quran. Begitu juga dengan kisah-kisah Nabi Adam, Nuh, Daud, Sulaiman, Yunus dan lain-lainnya yang hampir sama dengan kisah dalam al-Quran.


The New Testament pula adalah salinan daripada Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. The New Testament bermaksud 'Perjanjian Baru'. Mereka mendakwa bahawa Allah telah membuat perjanjian baru dan mengutuskan anakNya sendiri (Jesus) ke dunia sebagai tanda kasih sayang Allah kepada manusia. Jesus akan menjadi penyelamat dan akan menghapuskan dosa manusia. Jika di dalam Islam kita beriman bahawa setiap anak yang lahir ke dunia adalah dalam keadaan fitrah (suci daripada dosa), Kristian pula mendakwa semua manusia yang lahir mewarisi dosa Nabi Adam dan Hawa (inherited sin). Sementara di dalam al-Quran dinyatakan bahawa Allah telah mengampuni Adam dan Hawa yang telah bertaubat dan memohon ampun dengan bersungguh-sungguh;
"Mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi.'" (7:23)
"Lalu Adam menerima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia menerima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih." (2:37)

The New Testament mengandungi kisah berkenaan kelahiran Jesus dan pengajaran-pengajarannya. Ianya ditulis oleh pengikut-pengikutnya yang terpilih dan dipercayai olehnya. Namun siapa penulisnya? Kenapa Bible ada banyak versi yang saling bercanggah antara satu sama lain? Semuanya menjadi persoalan!


Sebagai seorang muslim mukmin, kita beriman kepada semua nabi dan rasul yang diturunkan oleh Allah SWT daripada Nabi Adam a.s sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW. Namun risalah yang benar, terpelihara dan menjadi ikutan kita sehingga hari kiamat adalah al-Quranul karim sahaja. Di dalamnya terdapat panduan kehidupan untuk menjadi hamba Allah dan mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.

Namun, adalah amat baik dan berguna sekali jika kita mempunyai ilmu dan maklumat tentang agama lain seperti agama Yahudi dan Kristian (Nasrani). Selain dapat memperkukuhkan kefahaman  terhadap agama Islam sendiri, kita juga akan lebih yakin apabila berhadapan dengan golongan tersebut. Mempelajari agama mereka akan menjadikan kita lebih pasti bahawa kita adalah dijalan yang benar. Benarnya Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna dan sesatnya jalan yang sedang mereka lalui. Firman Allah SWT;

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”.                                          (Al-Maidah-3)

Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida’ ini menegaskan bahawa risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW merupakan satu-satunya ad-deen yang diredhai Allah sehingga hari kiamat.

WALLAHU A'LAM.

MARYAM DALAM AL-QURAN DAN BIBLE

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: "Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." 

Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". 


Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". 

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". 



Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh". 



Nabi Zakaria berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya".
 
Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ".

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

"Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh."

Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia."

Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

"Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".

Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:" Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?". Orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".

Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong.

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat - (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara).

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.

Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

Surah ali-Imran 35 - 62  


Begitulah hebatnya keimanan Hannah kepada Allah SWT. Begitu kuat husnuzzan wanita ini kepada Allah SWT. Walaupun yang dinazarkan anak lelaki tetapi apabila yang dilahirkannya perempuan, maka dia tetap menyempurnakan nazarnya kepada Allah SWT.

Hannah ialah isteri Imran, seorang pendita yang masyhur pada zaman tersebut. Hannah juga adalah saudara perempuan kepada Nabi Zakaria a.s. Beliau dan suami mengingini anak lelaki lalu Hannah bernazar jika mereka dikurniakan anak lelaki,anak itu akan dijadikan sebagai penjaga dan pengawal Baitul maqdis(rumah suci). Suaminya kurang bersetuju kerana bimbang yang dikandung itu anak perempuan. Namun beliau telah meninggal dunia sebelum anak tersebut dilahirkan.  Setelah kematian suaminya, Hannah hanya mengadu nasib kepada saudaranya Nabi Zakaria a.s dan seorang lagi saudara perempuannya yang bernama Isya'.

Apabila tiba masa kelahiran, maka Hannah menerima bayi perempuan, dia bersyukur kepada Allah lantaran bersangka baik kepada Tuhannya. Dia membungkus bayi yang masih kecil itu dan meneruskan niat sucinya, lalu bayi itu diserahkan kepada pendita di Rumah Ibadat untuk dipelihara. Lantas berebut-rebutlah pendita-pendita  untuk menjadi penjaga kepada Maryam, lalu diundi. Sebanyak 27 batang pena dicampakkan ke dalam sungai, Allah SWT telah menetapkan takdirnya, cuma pena Nabi Zakaria sahaja yang timbul, lalu Nabi Zakarialah yang  bertanggungjawab untuk memelihara Maryam.

Maryam dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Nabi Zakaria dan isterinya sehingga dewasa. Nabi Zakaria a.s juga telah membina sebuah bilik khusus di dalam rumah ibadat itu sebagai tempat untuk Maryam beribadat kepada Allah SWT. Maryam tinggal di dalam bilik itu, dia sentiasa beribadat, berpuasa dan bertasbih kepada Allah SWT. Setiap hari Nabi Zakaria akan masuk ke bilik itu untuk menghantar makanan kepada Maryam. Seringkali pula baginda mendapati makanan telah tersedia untuk Maryam, yang berupa buah-buahan yang bukan dalam musimnya. Ketika ditanya kepada Maryam, dari mana datangnya makanan itu, maka Maryam akan menjawab, ianya dari Allah. 

Maryam, ahli ibadat yang tidak pernah keluar dari tempat peribadatannya, ia seorang wanita yang terkenal suci (dipanggil sebagai Virgin Mary dalam kitab-kitab Kristian), kemudiannya melahirkan Nabi Isa a.s dengan kehendak Allah SWT. Dalam ayat di atas dijelaskan bahawa kejadian Isa adalah seperti kejadian Adam a.s. Benar, Allah Maha Berkuasa menjadikan apa sahaja yang dikehendakinya......

Dalam surah Maryam : 22 - 32, diceritakan bahawa setelah dirinya hamil, maka Maryam telah memencilkan dirinya ke suatu tempat yang jauh dan ketika saat melahirkan telah tiba, Maryam bersandar pada sepohon pokok dan merintih kepada Allah SWT. Bimbang dan susah hati dengan keadaannya, dia merasakan lebih baik dia mati dan tidak dikenangi lagi.

Allah SWT telah menenangkan Maryam. Maryam diperintahkan agar menggegar pohon kurma dan memakan buahnya yang sedang masak dan minum air sungai yang segar supaya dia mendapat tenaga untuk melahirkan bayinya.

Setelah itu Maryam kembali kepada kaumnya dengan bayi di atas dukungannya. Sudah tentu dia mendapat kejian daripada kaumnya. Allah SWT telah mengajar kepada Maryam supaya diam membisu apabila berhadapan dengan kaumnya dan hanya menunjuk ke arah bayinya sebagai membalas kata-kata kaumnya.

Lalu kaumnya menyaksikan bayi itu berkata-kata;
"Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.  Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.  Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.  Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)."                                                                                             maksud ayat, surah Maryam: 311 - 33

Begitulah kisah Maryam dan kelahiran Nabi Isa a.s yang diceritakan di dalam Al-Quran. Maryam, dalam agama Kritian pula disebut sebagai Mary, di mana Mary adalah Mother of God. Isa pula disebut sebagai Jesus, adalah son of God. Al-Quran telah menolak dakwaan ini. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, tidak beranak, tidak pula diperanakkan. Maha Suci Allah daripada dipersekutukan dengan sesuatu;

Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia.                                      Surah Maryam : 35





Dalam agama Kristian cerita kelahiran Nabi Isa agak berbeza. Mary (Maryam) telah merancang untuk berkahwin dengan seorang pemuda yang baik bernama Joseph. Joseph berketurunan Nabi Daud a.s dan  bekerja sebagai tukang kayu. Dia amat gembira kerana akan mengahwini Mary. 
Apabila Mary memberitahu tentang kedatangan Malaikat Jibril dan kehamilannya kepada Joseph, dia amat sedih. Dia berasa ragu-ragu dengan apa yang diceritakan Mary. Namun pada malamnya dia telah bermimpi didatangi malaikat yang  sama dan menjelaskan bahawa Tuhan telah memilih Mary untuk menjadi ibu kepada anakNya, yang akan menjadi 'Penyelamat Ummat Manusia'. Joseph mesti meneruskan perkahwinan itu dan memelihara anak yang bakal lahir. Anak itu hendaklah dinamakan sebagai 'Jesus'.


Joseph berasa senang hati dan berkahwin dengan Mary. Mereka telah berpindah ke Baitullaham (Bethlehem). Mereka  telah menempuh perjalanan yang jauh dan akhirnya sampai ke bandar tersebut. Malangnya tiada tempat untuk mereka menumpang sedangkan masa untuk Mary melahirkan bayinya telah tiba. Akhirnya mereka dibenarkan berlindung di sebuah tempat ternakan binatang. Di situlah Jesus dilahirkan....(sumber: Childern's Picture Bible).

ISA AL-MASIH DAN MUHAMMAD SAW
Dalam al-Quran dijelaskan bahawa Nabi Isa a.s telah memberitahu kaumnya bahawa akan datang seorang nabi dan rasul selepasnya yang bernama 'Ahmad' (Muhammad).

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”.  Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”                                       As-Saff : 6

Namun perkara ini telah dirahsiakan dan dihapuskan daripada kitab-kitab mereka lantaran mereka tidak berpuas hati dengan kehadiran Nabi Muhammad SAW yang turun dari Bangsa Arab. Mereka amat berharap agar Nabi yang dimaksudkan akan lahir dari kaum mereka seperti nabi-nabi terdahulu iaitu daripada Bani Israel. Sifat ego telah menyebabkan mereka menolak kebenaran yang datang daripada Allah SWT. 


Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?”
Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? “Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).
                                                                                                                                     Surah ali-Imran : 98 : 101