If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday 21 September 2010

SALAM AIDIL FITRI

TAKBIR MALAM RAYA DI RUMAH TUAN HAJI ROSLI DAN PUAN HAJJAH MASNOORAINI
HIDANGAN RAYA PERTAMA


ANAK-ANAK BERLATIH UNTUK PERSEMBAHAN MAJLIS AIDIL FITRI
                 KUIH RAYA? BISKUT CORNFLAKE JER...                        

PAGI RAYA


SOLAT AIDIL FITRI DI MALIS ANJURAN DUIS (DURHAM UNIVERSITY ISLAMIC SOCIETY)
USTAZ JAI, ASMADI DAN USTAZ HILMI
 ZUL,  NASO, ROHIZI, HAFIZI, ZARIMAN DAN USTAZ JAI

BACK TO SCHOOL - autumn term 2010

YEAR 8

YEAR 6

YEAR 3

STILL IN NURSERY........
يَرْفَعِ اللهُ الَّذِيْنَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجاَتٍ

Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberikan ilmu ke beberapa derajat.” (Al-Mujadalah: 11)

Harapan ummi dan ayah agar anak-anak bersungguh-sungguh menuntut ilmu, dan sentiasa istiqamah dengan amalan dan akhlak Islam. Dunia adalah ujian dan jambatan untuk ke akhirat. Berhati-hatilah menempuh hari-hari dalam hidup kalian.
Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk kepada anak-anakku untuk melangkah ke jalan yang lurus berbekalkan ilmu yang benar

Wednesday 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA.......

BUAT IBUNDA TERCINTA, KELUARGA DAN SAHABAT2 YANG JAUH DI MATA;
SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA,
MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday 7 September 2010

JAWATAN BARU

MINTAK KERJA? Mungkin satu perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran saya selepas saya menjawat jawatan guru, dalam bahasa rasminya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Saya beranggapan itulah pekerjaan saya hingga hari akhir saya berjawatan. Namun kehidupan ini bukan kepunyaan kita sepenuhnya, kita punya anggapan dan perancangan, namun perancangan Allahlah yang sentiasa benar dan mengatasi segala kehendak kita.
   
Setelah hampir setahun saya di rumah sepenuh masa, baru-baru ini saya dipanggil untuk satu temuduga bagi jawatan SUPPORT WORKER atau ENABLER. Sebenarnya sudah lama saya memohon pekerjaan ini. Application Form dihantar pada bulan April lagi. Disebabkan sudah hampir dua bulan berlalu tanpa apa-apa berita, saya sudah menganggap bahawa permohonan saya tidak berjaya. Tidak sangka pula tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon bahawa saya dipanggil untuk temuduga.Maka harapan kembali berbunga!

Pada hari Rabu 23 Jun, saya ditemani suami dengan penuh debaran menghala ke Darlington, lebih kurang 20 minit perjalanan dari Bowburn. Tempat temuduga tersebut adalah di Business Training Centre, bersebelahan dengan shopping complex, Morisson. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke kompleks tersebut walaupun telah dua kali sampai ke Darlington. Mendaftar di kaunter reception dan menunggu giliran.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba juga akhirnya. Saya masuk ke bilik temuduga dengan kaki kanan, bismillah tak lupa! Tiga orang menunggu di dalam. Ketiga-tiganya perempuan, di tengah-tengah seorang warga tua disable. Saya memilih untuk duduk berhadapan dengan perempuan tua disable itu.

Mula-mula seorang penemuduga memperkenalkan company mereka, sebuah company yang menyediakan perkhidmatan mengurus dan menjaga orang kurang upaya. Menurutnya company ini telah beoperasi selama 30 tahun dan mempunyai 5 buah rumah di Darlington, 13 buah di Middlesborough dan beberapa buah lagi di Newcastle. Saya mendengar dengan teliti dan cuba menangkap butir bicaranya. Dalam dia rancak berbicara, tiba-tiba sahaja dia meminta saya memberikan pandangan tentang disable people. Tergamam juga!

Sebenarnya saya tidak pasti atau kurang menyedari mengenai keistimewaan dan layanan yang diberi kepada golongan orang kurang upaya di Malaysia, tetapi di sini saya lihat mereka sangat mengambil berat akan keperluan golongan ini, dan sangat banyak benefit yang diperuntukkan kepada mereka. Golongan ini dilayan sebagai orang sihat, diberi peluang dan digalakkan keluar bersama masyarakat umum. Jadi bagi melayan dan menguruskan golongan ini mereka perlukan banyak Support Worker.

Berbalik kepada temuduga, saya diminta memperkenalkan diri, saya menyebut nama penuh, kenapa saya berada di England, keja cikgu selama 13 tahun di Sekolah Menengah di Malaysia, tu je!

Kemudian, saya diberi beberapa senario dan diminta memberi reaksi sekiranya berlaku apabila saya bekerja nanti. Antaranya, sekiranya saya ditugaskan keluar membawa seorang patient,  di suatu hari yang baik, orang ramai, tiba-tiba dia menjerit dan meronta-ronta tanpa sebab, apa yang akan saya lakukan? (alamak, apa aku nak jawab! Aku pun tak tau nak buat apa klu jadi camtu!) Sebab saya terkejut dengan soalan tu, saya bagi tau saya tak dapat tangkap soalan dia, saya baru beberapa bulan kat sini. Dia mengulangi soalan, sambil tu sempatlah saya fikir, saya kata: First, I've to calm myself, then I'd try to console her....................I'd try my best! tu le jawapan saya. ( mana nak fikir jawapan lagi, pas tu translate dalam kepala dan nak bg right grammar lagi!)

Lagi mereka berkata, kalau kamu jaga orang tua, dia tak suka dan menyumpah-nyumpah kamu, apa kamu nak buat? Saya kata; I don't bother about that, I'd ignore what she said to me, and I will do my job. I know a lot about personality disoders during my study at university because Psychology was my minor.

Itulah antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada saya. Saya jawab sekadarnya, saya ingat pesanan suami supaya tidak bercakap banyak. Lagipun saya memang bermasalah dengan Bahasa Inggeris, rasa berat je lidah bila nak 'spoking'!

Namun dua hari selepas itu saya mendapat telefon bahawa saya berjaya, alhamdulillah! Semalam saya dijemput mengunjungi sebuah daripada  Care Home  mereka dan mengisi borang CRB. Di sini setiap permohonan kerja yang melibatkan vulnerable people mesti melalui 'police check'.
Rumah tersebut didiami oleh tiga orang disable, ketiga-tiga mereka mental retarded, walaupun berusia 40an, namun mentality mereka seusia kanak-kanak 2-3 tahun sahaja;  Gill, duduk di sofa mengendong dollynya sambil membelek-belek coloring book. Gill ramah, cakapnya pelat dan berulang-ulang, sesekali dia mengesat air liurnya yang sentiasa meleleh, dialah yang bersama semasa temuduga dulu. Paula pula menyandar di sofa sebelah sana, agak tajam renungannya. Menurut staf di situ Paula ada mental problem dan kadang-kadang dia naik angin. Gary pula tetap di hadapan TV, tidak menoleh pun ke arah saya sepanjang saya di situ!

Begitulah kunjungan saya ke Care Home semalam. Sebelum memulakan pekerjaan baru ada beberapa perkara yang mesti saya selesaikan termasuklah menghadiri kursus sepanjang minggu depan, juga saya terpaksa menyelesaikan masalah akaun bank dsb yang mengambil masa sebulan atau dua bulan juga. Semoga semuanya berjalan lancar,insyaallah!

9 Julai, 2010

Hari ini hari terakhir saya berkursus. Alhamdulillah, rasa terlepas bebanan selama 5 hari. Rasa lega kepala otak saya. Daripada kelima-lima hari ini,  saya rasa hari ini adalah hari yang paling OK. Ini kerana hari ini saya benar-benar berasa saya menghadiri kursus. Hari ini CDM company hadir mengendalikan slot 'Communication'. Melihat kepada penampilannya sahaja, saya tahu bahawa dia adalah orang yang sesuai untuk mengendalikan kursus ini. Bercakap dengan jelas dan teratur, penerangan dan perbincangan yang dibawa jelas dan bermatlamat. Saya dapat mengikuti slot itu dengan baik.
Berlainan sekali dengan hari-hari sebelumnya. Semua slot yang lain pada hari-hari sebelum ini dikendalikan sepenuhnya oleh Community manager dan seorang Team Leader. Saya rasa ini kursus paling teruk yang pernah saya hadiri. Tiada tentatif program dibekalkan.  Masuk kursus saja, Manager beri tajuk dan buat kerja kumpulan, nanti dia tanya apa hasilnya, bincang sambil borak-borak. Peserta seramai 12 orang, saya sahaja Melayu, yang lain Mat dan Minah Tholeh. Almaklumlah, jawatan yang ditawarkan adalah untuk minimum wedges, jadi peserta yang ada semua dari golongan marhain belaka. Bila berkomunikasi, kesemua mereka guna bahasa Inggeris 'hulu darat', di sini dipanggil 'Joddy'.  Dalam sepuluh patah adalah tiga empat patah saya dapat tangkap. Tenggelam timbul butir bicaranya! Hari ketiga dan keempat, mula sessi buat latihan, apa lagi saya meniru kanan dan kiri, mereka OK je, agaknya masa kat sekolah dulu depa pun biasa buat benda yang sama!

Hari ini juga kami diberi peluang berjumpa dan beramah mesra dengan 'golongan istimewa' atau istilah yang digunakan di sini adalah 'service user'. Macam-macam jenis 'keistimewaan' yang saya lihat pada mereka, semua membuatkan saya rasa begitu insaf bahawa Allah sangat baik kepada saya, Allah sangat pemurah kepada saya dan keluarga. Tiada antara kami yang punya kecacatan, walau sedikit dari keaiban yang ada dihadapan saya sekarang.

Saya mendekati seorang gadis. Pam, cantik sekali, berusia 22 tahun. Melihat kepada fizikalnya, dia seorang yang sangat sempurna, namun sebenarnya, beliau mengalami masalah mental disorder dan 'leaning disability'. Boleh berkomunikasi dengan baik, bahasa percakapannya jelas, dia juga peramah. Seronok dia bila ditanya tentang World Cup yang sedang berlangsung, dia meminati pasukan Spain dan meramal bahawa Spain akan mmenangi perlawanan akhir. Dia juga memberitahu bahawa dia gemar menonton rancangan TV X-Factor.

Laura (40an)pula,  sangat gemar menyanyi, memakai gaun bertali halus, menyanyi dan menari dengan rancak dan terlalak-lalak, seronok dan bangga bila mendapat tepukan gemuruh atas persembahannya. Dua orang berada di atas kerusi roda, yang lain boleh berjalan dengan pelbagai cara yang 'janggal'. Masyallah, sesungguhnya Allah maha luas pengetahuan atas ciptaanNya, dia menjadikan apa yang dikehendakinya dan manusia harus mengambil teladan daripada setiap kejadian ini.  "Maka yang mana satukah nikmat Tuhan kamu yang mahu kamu dustakan?" (s. Ar-Rahman : 13) Maka bersyukurlah atas segala nikmat pemberianNya.

Sesungguhnya saya rasa sangat bertuah kerana mendapat peluang menceburi bidang yang baru ini. Banyak ilmu dan pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang dua minggu saya terlibat dengan bidang ini.

Friday 3 September 2010

RAMADHAN KAMI DI SINI



Alhamdulillah, dengan izin Allah yang Maha Pemurah, dapat lagi saya dan keluarga mengecapi nikmat Ramadhan bagi tahun ini. Kali ini dalam suasana yang agak berlainan, lantaran berada di tempat yang lain. Hari-hari Ramadhan kami di sini bermula seawal jam 3 pagi dan berakhir antara 7.50 hingga 8.45 malam (sekarang sudah semakin awal). Walaupun tempoh berpuasa lebih lama, namun keadaan yang sejuk dan nyaman di penghujung musim panas ini menjadikan lapar dan dahaga hampir tidak terasa, sehinggakan Hero saya Si Nabhan yang kuat makan itu tidak bersungut menamatkan puasanya setiap hari.


Dalam pada itu saya rasa Ramadhan kami di sini lebih teratur daripada semasa di tanahair, antaranya kerana saya dan kebanyakan rakan-rakan di sini tidak terikat dengan waktu dan tugasan seperti dulu. Kebanyakan kami samaada suri rumah sepenuh masa atau student PHD. Jadi, kami mempunyai waktu yang fleksibel untuk menyemarakkan bulan yang mulia ini bersama. Setiap hari kami akan bertadarrus al-Quran bersama selama satu jam, kadang-kadang solat jemaah dan terawih bersama.

Saya begitu tertarik dengan beberapa orang ibu yang gigih di sini. Masyaallah, di samping beban tugas menyiapkan tesis PHD, anak-anak yang masih kecil dan sebahagiannya bayi namun sentiasa saja turut serta dalam majlis-majlis kami. Sama-sama solat berjemaah, anak di dukung semasa berdiri solat, diletakkan semasa bersujud kepada Allah, betapa sabarnya mereka menunaikan perintah Allah dalam jerit tangis bayi mereka. Saya selalu saja mengingatkan suami agar mengikut hadis Rasulullah supaya tidak memanjangkan bacaan dalam solat jika terdengar bayi menangis. Semasa anak-anak masih bayi, seringkali saya rasa terhalang untuk beribadah di masjid. Ya Allah! Terasa kerdil diri ini tika berdiri bersebelahan mereka.


Malam ini malam ketiga kaum bapa berqiamullail di Masjid Durham. Malam ini juga kali kedua Nabhan akan mengikut ayahnya berqiamullail. Walaupun qiamnya dua rakaat solat sahaja, yang lainnya naumullail namun itu sudah bagus untuk dia berlatih menghayati Ramadhan ini. Di Durham ini kami cuma mempunyai sebuah masjid, yang sebenarnya sebahagian daripada bangunan Universiti Durham. Di situlah umat Islam dari pelbagai negara bertemu, solat berjemaah, iftar dan di antara mereka ada yang meneruskan aktiviti ibadah di malam Ramadhan pula.


Mulai tahun ini juga Ramadhan bertambah bermakna buat saya sekeluarga, di bulan yang mulia inilah saya kehilangan ayahanda tercinta. 28 Ramadhan ini cukup setahun ayahanda pergi menemui Ilahi, di pangkuan inilah ayahanda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Terasa bertuah menjadi anaknya, betapa tidaknya, bertahun-tahun saya mengecapi kehidupan ini diiringi lelahnya nafas ayahanda yang gigih mencari rezeki buat kami sekeluarga, namun desah dan lelah nafas ayahanda di hujung usianya itu tidak akan dapat saya lupa, seakan baru saja ayahanda menutup mata. Alhamdulillah, semua yang saya lihat adalah tanda-tanda yang baik saja pada ayahanda saat kembalinya kepada Ilahi. Berhenti sudah jihad ayahanda di dunia ini. Apa yang terbayang adalah merahnya tanah yang menimbun pusara ayahanda yang terletak di hadapan pintu pagar masjid itu kerana seminggu kemudian saya sekeluarga berangkat ke mari. Semoga ayahanda sentiasa berbahagia dengan kiriman-kiriman kami yang masih di sini!


Seminggu lagi berakhirlah bulan rahmat ini, selama 12 tahun sebelum ini, saat ini saya sibuk mengemas rumah dan beg-beg untuk pulang berhari raya bersama kaum keluarga di kampung, ikut giliran, Raya Pertama di Pahang atau Kelantan, Raya kedua akan habis dalam perjalanan pulang ke kampung yang kedua. Kini semua itu dalam kenangan. Sedih terasa kerana kali ini tidak dapat mencium tangan dan mengucup pipi bonda tercinta di pagi raya.


Setakat ini saya tidak membuat apa-apa persiapan untuk hari raya. Malam ini suami saya meghadiri meeting bagi program raya kami bersama, moga-moga Ustaz Jailani, En Amiruddin dan Tn Haji Rosli dapat merangka program yang meriah untuk Aidilfitri kami perantau di sini.