If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday 29 March 2011

HEPPI 8th BESDAY, BABY!


24 Mac adalah tarikh Baby melangkah ke usia 8 tahun. Tarikh yang ditunggu-tunggu! Macam-macam permintaannya, cupcake untuk kawan-kawan sekelasnya, kek harijadi dan dolly; itu antara idamannya!

Alhamdulillah, telah 8 tahun usia Baby, anak yang saya lahirkan ketika usianya 8 bulan dalam kandungan. Dengan berat 2.25 kg, tubuhnya sangat kecil, betapa takutnya saya melihat Baby yang terpaksa diletakkan di bawah 'warmer' kerana lahir tidak cukup bulan. Susu khas disalurkan melalui tiub di hidungnya. Itu kenangan saat kelahirannya 8 tahun yang lalu!



Baby membesar sebagai anak yang aktif dan cerdas. Baby sentiasa cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Ada-ada saja anugerah yang diterimanya di sekolah. Minggu lepas dia mendapat 'award certificate' kerana 'poem' yang ditulisnya. Saya juga melihat kecenderungan Baby dalam pelajaran matematik. "People born in Penang good at mathematic," begitulah gurunya  Mrs Marshal memujinya! Alhamdulillah.

Di rumah saya mengajar Baby Al-Quran, setakat ini Baby telah pun membaca juzuk ke-4, bacaannya boleh dikatakan lancar, cuma saya tekankan bacaan bertajwid supaya dia boleh membaca al-Quran dengan baik dan indah dipendengaran. Di samping itu saya baru saja memulakan hafazan untuknya, saya mulakan dengan juzuk amma. Setiap surah yang dihafal saya berikan 50p sebagai ganjaran. Bersemangat dia menghafal!



Selain Al-Quran, saya juga mengajarnya Aqidah, Ibadat dan Akhlak di rumah. Dia rajin dan  seronok belajar. Setiap kali saya mengadakan ujian, dia dan abangnya akan membandingkan markah yang diperolehi. Itu antara perkara yang dapat saya lakukan untuk memastikan Baby mempunyai kefahaman yang baik dan dekat dengan agama.



Semenjak bepindah ke sini aktiviti sosial Baby agak terbatas. Dia tidak mempunyai kawan-kawan sebagaimana di Bowburn. Saya berasa sedih apa bila suatu hari dia memberithu saya bahawa dia tiada kawan di sekolah. Setiap kali 'playtime', gurunya terpaksa keluar untuk 'find some friends' untuknya bermain. Kasihan Baby! Itu cerita dua bulan pertama kami berpindah ke sini. Sekarang dia sudah ada kawan-kawan sama ada di sekolah mahupun di rumah. Apa pun saya sangat bersyukur kerana dia sentiasa gembira dan bersemangat bersekolah walaupun ada kalanya menghadapi masalah seperti itu.

Begitulah serba sedikit kisah Baby IFFAH NADHILA yang telah pun berusia 8 tahun hari ini. Doa saya semoga kehidupan Baby sentiasa disinari keimanan, diselimuti kesolehahan dan dibaluti keilmuan. Moga hidupnya sentiasa terpimpin dan boleh memimpin insan lain.

Tuesday 8 March 2011

LETTERS FROM HAUGHTON SC.


Semenjak Iffah bersekolah di Haughton School, Education Village ini telah tiga pucuk surat saya terima memaklumkan perkembangan Iffah di sekolah; surat pertama 'Letter of Commendation', kedua Letter of Achievement dan ketiga, 'Letter of Recognition for Attendance and Punctuality'. Semua  surat ditandatangani oleh Miss Vice Principal Teaching and Learning (PK la tu...)


Seingat saya sepanjang 13 tahun saya mengajar, banyak juga surat yang 'terpaksa' saya hantar kepada ibu bapa pelajar melalui Tuan PK HEM. Surat-surat yang saya hantar berterusan adalah surat-surat berwarna putih, kuning dan merah. Surat putih untuk amaran pertama tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa sebab, diikuti surat kuning dan ketiga surat berwarna merah yang saya sudah lupa bilangan harinya, seterusnya surat tunjuk sebab sekiranya pelajar tersebut berterusan tidak hadir dan akhir sekali surat buang sekolah. Surat-surat tersebut 'standard' sahaja, saya cuma ambil di pejabat, isi maklumat pelajar berkenaaan, tinggalkan di atas meja PK HEM, dan pejabat sekolah akan uruskan. Mudah saja!

Selama 13 tahun saya berkecimpung dalam bidang pendidikan menengah, itulah surat-surat yang biasa saya hantar, kecualilah sekali dalam setahun saya mungkin ditugaskan untuk menghantar surat jemputan kepada beberapa orang pelajar untuk Hari Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah.


Kini, telah lebih setahun saya tidak mengirim surat kepada ibu bapa, sebaliknya saya pula yang sering menerima surat daripada sekolah. Namun surat yang saya terima itu bukanlah surat-surat amaran seperti itu, tetapi surat pujian dan penghargaan. Alhamdulillah, sebagai ibu bapa saya dan suami amat berbesar hati dengan perhatian pihak sekolah terhadap perkembangan Iffah. Sebagai pelajar baru, Non-English, sudah semestinya Iffah bukan  yang terbaik, namun disebabkan 'progresnya yang baik', maka dia diberikan penghargaan sedemikian.

Meneliti surat-surat yang diterima dan mengamati cara mereka menghargai komitment dan usaha seorang pelajar, saya merasa begitu terharu sekali. Saya mula terfikir kenapa kita tidak mampu melakukan perkara yang sama terhadap pelajar-pelajar kita? Kenapa kita boleh menghantar surat kepada ibu bapa pelajar yang ponteng sekolah, tetapi kita tidak pernah menghantar surat-surat memuji anak-anak mereka yang rajin ke sekolah, baik peribadi, sentiasa menepati masa, sentiasa bersedia belajar dan diajar. Oh! surat-surat yang sangat membahagiakan hati dan menenangkan perasaan ibu bapa!

Semasa Iffah berada di Durham Johnston Comprehensive School dulu, kami sering menerima poskad ucapan tahniah buat Iffah kerana memperoleh markah yang baik dalam ujian. Itu pun saya rasa satu cara yang sesuai dan ringkas juga untuk kita praktikkan di sekolah. Poskad tersebut hanya ditandatangani oleh Ketua Bidang. Lebih mudah!

Pada pendapat saya usaha sebegini bukan saja membakar semangat pelajar untuk lebih maju dan berdaya saing, bahkan akan menggalakkan ibu bapa untuk turut mengambil berat dan menghargai kemajuan anak-anak baik dari segi akademik mahupun syahsiah. Minta maaf kepada rakan-rakan guru, saya sememangnya sangat faham dengan beban tugas kita guru-guru di sana, saya hanya ingin berkongsi 'rasa' sebagai ibu bapa kerana kita semua adalah ibu dan bapa!