If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Monday 30 May 2011

KENANG-KENANGANKU BERSAMA KELUARGA DURHAM MY 2011

28 MAY 2011
HARDWICK PARK, SEDGEFIELD

Antara kenangan manis yang menjadi rencah kehidupan di rantauan.....


,  
Sahabat, saudara....sebahagiannya akan meninggalkan bumi Durham dalam sedikit masa lagi, tahniah dan terimakasih: Aisyah, Nazimah dan Nani. 
Awal tahun depan pula sebahagian besar dari pada keluarga ini akan pulang ke tanahair, mungkin ini adalah hari keluarga Durham My yang terakhir.......


Keceriaan anak-anak
tug of war......zakwan, amin, nabhan, adam, Irfan dan farhan
sofea, sarah, nadhila, daniel
tarik...ucai...tarik
ucai menang!!!

sesi untuk kaum ibu pula...


haha....darling kat depan tu!


tug of war...kaum ibu punya giliran!
ambil tempat!


game over
shania......pull!!!


berBBQ....
chicken and lamb chop
our lovely moment.....


Ucai n The Club

Seronok dan meriah! Walaupun tiga kali hujan lalu sepanjang kami berprogram, namun semua aktiviti berjalan dengan lancar dan jaya, sesungguhnya ukhuwwah dan mahabbah ini sangat indah, kekallah ia hendaknya pada jalan Allah taala....

Saturday 14 May 2011

JEHOVAH WITNESSES II

Dua minggu lepas saya dikunjungi oleh 2 orang Jehovah Witnesses, dan ini adalah kunjungan mereka yang kedua semenjak saya berpindah ke Darlington. Mereka merupakan ahli persatuan Jehovah Darlington . Keahlian persatuan ini sekarang sekitar 200 orang. Sebenarnya saya agak sibuk. Kebetulan seorang sahabat meminta saya menjaga tiga puteri comelnya sementara dia menyelesaikan sedikit urusan. Namun tidak sampai hati pula saya untuk menolak kehadiran mereka memandangkan mereka telah berdiri dengan senyuman mesra di depan pintu.

BERKENALAN

Kunjungan mereka yang pertama adalah pada bulan Desember lepas, baru dua tiga minggu saya berpindah ke rumah ini. Ketika itu Krismas baru saja berlalu. Jadi, saya mengambil peluang untuk bertanya pendapat mereka mengenai Hari Krismas kerana saya difahamkan bahawa Jehovah tidak meyambut Krismas. Tidak ada pokok Krismas di rumah mereka! Kenapa ye?

Menurut mereka Jehovah Witnesses tidak dapat menerima bahawa 25 Desember sebagai tarikh kelahiran Jesus kerana bulan Desember adalah musim sejuk. Adalah mustahil biri-biri berada di luar dan kandang kosong pada masa tersebut kerana pada lazimnya biri-biri akan berada di dalam kandang yang tertutup pada musim sejuk. (Sebaliknya menurut Kristian, Jesus dilahirkan di dalam kandang biri-biri yang dikosongkan dan  biri-biri berada di luar pada masa tersebut). Dengan hujah tersebut maka, Jehovah Witnesses menolak bahawa 25 Desember sebagai tarikh kelahiran Jesus. Justeru itu mereka tidak menyambut Krismas!

Bagi Jehovah Witnesses, mereka percaya bahawa Jesus dilahirkan pada musim bunga, tarikh sebenar mengikut kalendar Yahudi, jadi jika diaplikasi kepada tahun Masihi ianya akan berubah dari setahun ke setahun (macam Hari Raya kita yang berubah-ubah dari setahun ke setahun). Pada tahun ini tarikhnya jatuh pada 17 April baru-baru ini. Jadi kedatangan mereka yang kedua ini adalah untuk menjemput saya bersama-sama meraikan majlis yang mereka adakan pada tarikh tersebut di Education Village (Sekolah Iffah).

KEMATIAN DAN ALAM AKHIRAT

Perbincangan kami yang seterusnya berkisar kepada kematian dan selepasnya. Saya bertanya apakah yang mereka tahu mengenai kehidupan selepas mati. Mereka tidak percaya bahawa adanya kebangkitan dan hari akhirat, namun mereka tahu sebahagian agama percaya kepada adanya kehidupan selepas mati. Dia lalu membuka bible kecilnya dan membacakan kepada saya ayat yang menyebut bahawa apabila seseorang itu mati maka otaknya tidak berfungsi, tubuh badan tidak bergerak, bla..bla..bla..(saya lupa mencatat bible apa dan ayat berapa kerana saya cuma fikir apa yang saya akan kata, dan kurang perhati apa yang diperkatakan). 'Bagaimanakah manusia yang mati boleh hidup kembali sedangkan semua yang ada padanya tidak lagi berfungsi? Dia membuka risalah yang dibawa, kebetulan memang pada hari itu dia membawa risalah mengenai bagaimana menghadapi kematian untuk saya. Dia menunjukkan gambar lilin yang menyala dan sebahagiannya telah terbakar, lalu berkata; Lihat lilin ini, ia umpama kehidupan kita, api ini hidup selagi lilin ini ada, apa bila lilin ini habis maka padamlah api, apa yang tinggal? begitulah kehidupan kita, apa bila kita mati, nyawa kita habis dan jasad kita akan musnah, bagaimana kita boleh hidup kembali?   Saya bertanya, adakah mereka percaya bahawa Tuhan itu Maha Berkuasa? Mereka mengiyakan, bahkan mereka sangat yakin dengan kekuasaan Tuhan. ('God is Powerful', mereka menyebutnya berulangkali). Senang saja.... sekiranya Tuhan benar-benar berkuasa, maka apakah susahnya menghidupkan manusia yang telah mati, bahkan Tuhan jugalah yang menciptaka Adam daripada tiada kepada ada! Iya, kata mereka, Tuhan mencipta Adam dari pada tanah.

KEBANGKITAN DAN ALAM AKHIRAT

Saya menerangkan 'cycle' kehidupan menurut Islam: hidup-mati-hidup kembali-alam akhirat-hisab-syurga/neraka. Saya menjelaskan bahawa kita wajib beriman dengan hari kebangkitan dan alam akhirat. Salah seorang dari padanya berkata; Tidak ada orang yang mati boleh memberitahu kita tentang apa yang berlaku kepada mereka selepas kematian, jadi bagaimana kita boleh tahu apa yang akan terjadi. Saya bertanya adakah mereka percaya kepada Nabi-nabi terdahulu, Adam, Noah, Abraham, David, Samuel (sekadar menyebut beberapa nama yang saya tahu menurut bible). Mereka mengiyakan dan kelihatan gembira bila saya menyebut sedikit tentang kisah nabi-nabi tersebut. Mereka menyambung cerita saya.....Seterusnya saya bertanya dari mana kamu tahu cerita nabi-nabi ini sedangkan kamu tidak ada pada masa tersebut? Mereka menjawab 'dari bible'. Saya berkata; Oh! Samalah, kami mengetahuinya dari al-Quran, Al-Quran bukan saja menceritakan perihal nabi-nabi terdahulu bahkan di dalamnya juga diceritakan tentang 'future' iaitu Hari Kebangkitan dan pembalasan.

BUKTI KEADILAN ALLAH SWT

Seterusnya saya bertanya kepada mereka, apakah mereka percaya bahawa manusia adalah makhluk Tuhan yang paling istimewa di kalangan semua makhluk yang ada? Maksudnya, kejadian manusia berbeza dari pada makhluk-makhluk lain seperti binatang dan tumbuhan. Mereka mengakui keistimewaan manusia kerana manusia ada kehendak (freewill, kata mereka). Jadi, saya berkata bahawa ramai manusia yang mengikut nafsu dan memilih untuk melakukan kejahatan, kezaliman dan penganiayaan sesama manusia di dunia ini. Ramai pula mangsa daripada perbuatan jahat itu yang  tidak mendapat keadilan di dunia ini. Maka di akhirat nanti mereka dijanjikan dengan keadilan tersebut, Tuhan akan membalas segala perbuatan jahat manusia.'

'Tuhan Maha Penyayang, Tuhan tidak akan menyiksa manusia kerana  Tuhan kasihkan manusia.' Begitulah tohornya aqal dan keimanan mereka terhadap Tuhan!  Saya memandang ke arah tiga kanak-kanak yang sedang bermain di hadapan kami seraya berkata; Saya sangat sayangkan anak-anak saya, namun kadang-kadang saya tetap marahkan mereka dan menghukum mereka kerana kesalahan yang mereka lakukan....'Iye, kami lakukan perkara yang sama terhadap anak-anak kami', kata mereka. Jadi, menghukum manusia atas perbuatan jahat dan kesalahan yang mereka lakukan tidak berlawanan dengan sifat kasih Tuhan kepada manusia, kata saya. (Malah di mana-mana tempat di dunia ini pun guna konsep yang sama, menghukum orang yang melakukan kesalahan-xdan nak cakap masa tu). Menghukum manusia atas kesalahan dan memberi ganjaran atas kebaikan adalah bukti keadilan dan kasih sayang Allah kepada makhluknya, Itu 'point' sebenar yang ingin saya sampaikan kepada mereka!

Begitulah antara perkara-perkara yang kami bincangkan dalam pertemuan yang kedua lalu. Saya tidak pasti sama ada mereka akan terus mengunjungi saya lagi selepas ini, namun pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk mereka. Semoga pintu hati mereka juga terbuka untuk menerima kebenaran dan hidayahNya! Ameen....

Monday 9 May 2011

FINCHALE PRIORY



The very extensive remains of a 13th century priory, founded on the site of a retired pirate's hermitage. Part of it later served as a holiday retreat for the monks of Durham Cathedral. 

PEACE OF MIND......
Beautifully sited by the River Wear






EARLY HISTORY

Saint Godric of Finchale (or Saint Goderic) (c. 1065 – May 21, 1170) was an English hermitand popular medieval saint, although he was never formally canonized. He was born in Walpolein Norfolk and died in Finchale in County DurhamEngland.
Saint Godric's life was recorded by a contemporary of his: a monk named Reginald of Durham. Several other hagiographies are also extant. According to these accounts, Godric, who began from humble beginnings as the son of Ailward and Edwenna, "both of slender rank and wealth, but abundant in righteousness and virtue", was a pedlar, then a sailor and entrepreneur, and may have been the captain and owner of the ship that conveyed Baldwin I of Jerusalem to Jaffa in 1102. After years at sea, Godric reportedly went to the island of Lindisfarne and there encountered Saint Cuthbert; this will not have been a physical encounter as Cuthbert had long been dead and was by then interred under Durham Cathedral. This encounter changed his life, and he devoted himself to Christianity and service to God thereafter.




After many pilgrimages around the Mediterranean, Godric returned to England and lived with a hermit named Aelric for two years. Upon Aelric's death, Godric made one last pilgrimage to Jerusalem, and then returned home where he convinced Ranulf Flambard, the Bishop of Durham, to grant him a place to live as a hermit at Finchale, by the River Wear. He had previously served as doorkeeper, the lowest of the minor orders, at the hospital church of nearby St Giles Hospital in Durham. He is recorded to have lived at Finchale for the final sixty years of his life, occasionally meeting with visitors approved by the local prior. As the years passed, his reputation grew, and Thomas Becket and Pope Alexander III both reportedly sought Godric's advice as a wise and holy man.


Reginald describes Godric's physical attributes:
For he was vigorous and strenuous in mind, whole of limb and strong in body. He was of middle stature, broad-shouldered and deep-chested, with a long face, grey eyes most clear and piercing, bushy brows, a broad forehead, long and open nostrils, a nose of comely curve, and a pointed chin. His beard was thick, and longer than the ordinary, his mouth well-shaped, with lips of moderate thickness; in youth his hair was black, in age as white as snow; his neck was short and thick, knotted with veins and sinews; his legs were somewhat slender, his instep high, his knees hardened and horny with frequent kneeling; his whole skin rough beyond the ordinary, until all this roughness was softened by old age...




























St Godric is perhaps best remembered for his kindness toward animals, and many stories recall his protection of the creatures who lived near his forest home. According to one of these, he hid a stag from pursuing hunters; according to another, he even allowed snakes to warm themselves by his fire.

Building of Finchale Priory began during the latter half of the 13th century






.....from a hermitage, to a small monastery and place of pilgrimage, to a holiday home for the busy monks of Durham, and currently a monument of historical interest


After Godric’s death, two monks of Durham moved to Finchale, where there was already a church, mill, dam and fish pond. The site has been a dependency of Durham Cathedral since 1196, the year in which the chapel hermitage became known as Finchale Priory. In this year it was endowed by Bishop Hugh Pudsey and his son Henry in order to support the priory’s eight monks and prior. Bishop Pudsey appointed Thomas, formerly sacrist of Durham, as prior. While Finchale was never to become a wealthy house, it was the richest of Durham’s dependencies by the mid-15th century.




The church remained in various stages of construction for over a century after 1196. The most significant change following its completion was the narrowing of the nave and the chancel during the 1360s and 1370s through the removal of the aisles. Various construction projects lasted at Finchale through the mid-15th century as the church dates in part from around 1200 and in others from the late 14th century. 
source:wikipedia