If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Wednesday 25 July 2012

PERMULAAN RAMADHAN DAN PENGAKHIR SESSI 2012

Jumaat 20 Julai, 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H, bermula umat Islam menyambut bulan penuh berkat, kami berpuasa sedari jam 3.00 pagi sehingga 9.33 malam. Pengalaman kedua berpuasa di perantauan, Iffah dan Nabhan berpuasa penuh seperti tahun lepas sementara Nadhila pula saya tetapkan berpuasa 12/13 jam sahaja mengikut waktu di tanahair. Alhamdulillah, setakat ini kami semua dapat melaksanakan ibadah puasa selama 18 jam setengah di sini dan semoga Allah menerima ibadah kami yang panjang ini.

Jumaat yang sama adalah hari akhir persekolahan anak-anak di sini. Sebenarnya Nadhila dan Nusair telah tamat sessi persekolahan pada hari Khamis lagi kerana guru-guru mereka terlibat dengan 'Teachers' Training Day'. Cuma Iffah dan Nabhan sahaja yang masih bersekolah sehingga hari Jumaat.

Alhamdulillah, semua anak-anak menunjukkan kemajuan yang baik dalam pelajaran mahupun syahsiyyah sebagai murid yang baik di sekolah. Ummi dan ayah sangat bersyukur dan gembira dengan 'feedback' guru-guru terhadap anak-anak semua; diringkaskan di sini ummi sertakan pengiktirafan pihak sekolah terhadap pencapaian masing-masing...


Alhamdulillah, Iffah berjaya mencapai target dalam semua subjek!

 
Sebak dan terharu......, terusik jiwa keibuan melihat penghargaan yang tak disangka-sangka ini..., semua ini rezeki dari pada Allah, semoga anakku Nabhan menjadi hambanya yang bersyukur...

Nadhila/KakCik, mendapat certificate terbaik dalam Year4, alhamdulillah!

Nusair pula mengakhiri zaman tadikanya dan akan melangkah ke Year1 September ini. Nusair telah boleh membaca perkataan mudah, masih bertatih dan kurang satu level dari pada target, namun melepasi target dalam subjek matematik. Tidak mengapa, insyaallah masa cuti ini Nusair boleh belajar membaca dari pada ummi dan kakak ye!

Begitulah coretan ummi untuk kenangan anak-anak di kemudian hari, semoga anak-anak terus bersemangat menimba ilmu kerana orang yang berilmu diangkat martabat oleh Allah beberapa darjat berbanding dengan orang-orang yang tidak berilmu.

Wednesday 18 July 2012

KERAS TANGAN SAYA BERSAMA KLIEN

Untuk mengisi masa lapang di tempat kerja sering kali juga saya membuat kraf tangan bersama mereka@ lebih tepat lagi saya buat untuk mereka, kerana klien-klien saya ini adalah yang terdiri dari pada insan-insan yang disayangi Allah. Mereka semua diberi peluang oleh Allah hidup di muka bumi tanpa direzekikan dengan kesempurnaan fizikal, mental mahupun spiritual. Maka apalah yang boleh diharapkan dari pada mereka. Apa-apa yang saya buat sebenarnya adalah untuk mereka walaupun dalam report saya akan tulis..'si pulan was supported to......', si pulan akan terima barang yang sudah siap saja.

Biasanya saya akan buat di depan mereka, ada juga antara mereka yang berminat menolong, dan sebetulnya ada juga yang boleh buat dengan bantuan, seperti Mak Cik JS yang suka menolong saya buat kraf untuknya, Makcik PT pula boleh buat tapi jangan lama, nanti tak semena-mena kita dicubitnya, ataupun tangannya singgah di muka atau di kepala kita! Kalau dia mula main kuku (twitching/flicking fingers) tu, cepat-cepat tamatkan aktiviti atau bawa lari jauh dari dia sebelum keNA!  Cik adik EB pula langsung tidak berminat menolong, baik dia main game wii Mario atau PS3, tapi bila siap dia datang tersengih-sengih dan berkata; 'I keep it!', muka tak malu!

Begitulah perangai klien-klien yang saya jaga bila saya buat aktiviti kraf tangan dengan mereka, namun saya jadi seronok dan ralit pula membuat kraf. Dulu masa saya diminta mengajar Pendidikan Seni di sekolah rasa malas dan tiada idea. Maklumlah, mana ada masa nak fikir, sibuk memanjang. Sekarang fikiran ada sikit tenang, idea pun ada berkembang!

Ini antara benda-benda kraf yang saya buat dengan EB:

 Ini adalah karektor kartun yag EB suka tengok di Cbeebies, saya dah lupa apa nama rancangannya

Ini 'view' sawah padi, masa ni terkenang sawah ayah dan mak. Sedapnya makan nasi di tepi sawah (masa darjah 5/6 dulu...). Saja nak bagi omputeh tengok sawah padi kita...

Butterfly untuk EB

EB walaupun sudah 30an tapi masih lagi suka toys, ini antara watak yang EB suka 'Thomas n Friends'
Antara hasil kerja pertama saya bersama EB

Menghias potret
Tiru Mr Maker!
Watak kartun yang menjadi teman EB di mana-mana

dibuat sempena Queen's Diamond Jubilee Celebration 2012

EB memang minat dengan spider, di mana dia jumpa spider dia akan spend masa to say hello and have a chat with this little creature!

Caterpillar, silap letak sesungut plak dahh!

 
Mungkin ada satu dua gambar lagi yang saya akan bubuh selepas ini, antaranya watak Waybuloo, boleh kata setiap kali saya shift, saya diminta melukis watak-watak Waybuloo; Yojojo, Nok Tok, Lau-lau dan De Li, betul-betul macam budak 3 tahun!