If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.
Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Monday, 7 September 2020

LASAGNA KEGEMARAN ANAK-ANAK

Lasagna ni memang menjadi favourite anak-anak, Setiap kali bake lasagna mesti licin. Suka sangat.....

Resepi ummi belajar dengan kawan-kawan makcik Geordie kat Winderemere Court tu dulu😍😍😍
Teringat kat diorang yang sangat rajin mengajar ummi their traditional food. Biasanya ummi la yang kena keluar ke kedai mencari bahan-bahannya.  Dekat saja ASDA dan Farmfood dari rumah tempat kami bekerja, cuma kadang-kadang kena bawa Mr Peter atau partnernya Jane Stabler. Yang tu susah sikit sebab kena tolak wheelchair.  Ummi ni lemah sikit nak nolak benda alah tu..... itu la kenangan service 3 tahun dengan UBU (2010 - 2013).

Ok, ni resepi lasagna orang kampung Darlo...

Untuk sos daging:

500 g  minced meat
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebiji tomato
Semua cincang saja
Olive oil
Sedikit cili paste, cili powder pun ok-ikut selera nk pedas ke tak.  Mokcik Geordie tu xboh pung..
1 atau 2 tin (atau botol) sos pasta - prego/ adabi atau apa-apa brand laa
2 susu besar gula
Sedikit garam
Oregano flakes/Italian spice/ mix spice flakes blh je .....
Blh tambah sos cili juga kalau mau

Cara:

Panaskan olive oil, tumis bawang, bawang putih, cili paste, masuk daging, tambah sedikit air untuk daging agak-agak masak. Masukkan sos pasta, tomato, gula, garam, and the "flakes".  Boleh tambah cili sos jika mau.  Kalu nak banyak kuahnya guna 2 botol sos pasta.  Ummi selalu guna 1 botol sederhana dan 1 tin kecil tu.  So, kuah dia banyak sikit sebab ummi malas nak rebus lasagna sheet tu..

Dah siap sos merah

Untuk white sause:

500 ml  fresh milk
2 1/2 sudu besar corn flour
Sedikit cheese, lebih kurang segenggam. nk letak banyak pun ok
sedikit garam

Kacau sampai agak pekat, kalau nak sedap letak parmesan cheese sikit.

Kasi jadi macam ni,,

Dah siap, sekarang sudah boleh "on" oven.  160C bajet lebih kurang 50 minit ke 1 jam.  Sekarang aktiviti melapis pulak. Mula dengan lapisan pertama sos daging.

Begini lapisan pertama, just sos daging dan sheet


Lapisan kedua sos daging, white sause, tabur sedikit cheese dan lasagna sheets

Begitulah seterusnya, sos daging, white sause, cheese, sheets...... buat sampai habis.
Akhir sekali susun sheet, white sause dan tabur cheese, kalu nak cantik atas guna mozarella dan parmesan.  Baru elok rata bila masak.  

Ok, bo;eh masuk dalam oven

Petua nak lembutkan lasagna sheet yang tak rebus tu, cover dengan aluminium foil semasa dibakar selama 40 minit, then keluarkan, uncover dan masuk semula dalam oven sekita 10 minit atau sampai cheese nampak agak brown.


Ni ummi guna cheddar cheese dan parmesan.

Macam tulah, menu kegemaran anak-anak.  Ummi pun suka juga, tapi tetap rindukan nasi... nasi dengan ikan talang goreng bawang lada juga yang sedap, yang ni buat sekali-sekala ok lah..

Alhamdulillah ala kulli hal... semoga bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anak-anak suatu hari nanti...  Love you all abnai wa banatiπŸ’•πŸ’•πŸ’•

Tuesday, 25 August 2020

GRANOLA BARS SNACK BERKHASIAT

Entri yang ringkas ini ummi nak post resepi granola bars kegemaran Ucai.  Umi buat kat Ucai untuk bawa balik ke asrama, boleh makan dengan kawan-kawan.  Pernah dulu Ucai cerita dia simpan granola dalam beg sekolah.  Bila rasa mengantuk dalam kelas, dia akan makan sepotong, buat hilang mengantuk..

Granola bars ni bagus, selain daripada oats, ada buah-buah kering seperti kismis dan cranberry.  Kalau tanya Kakcik dia akan suruh buh coklat chips.  haa choc lover macam tulahπŸ˜‚ Umi pula memang suka letak cranberry macam dalam scones juga.  Selain itu ada almond, sunflower seeds, flaxeed seeds, dried coconut dan boleh bubuh apa saja yang ada di rumah tu...

Resepi yang selalu ummi guna:

2 cups roll oat (quick cooking)

2 cups rice krispies

1/2 cup raisins ( any dried fruits..cranberries, apa sj blh buh laa)

1/2 cup shredded coconut ( tak letak pn ok)

3/4 cup almond (crushed je)

3/4 cup light corn syrup - ummi buh golden syrup + honey

1/2 cup brown sugar...ummi tukar dengan gula nise...haha kasi melayu like😍

3/4 cup peanut butter

1 teaspoon vanilla


Cara:

Gaulkan bahan-bahan kering dan masukkan semua yang lain dalam periuk.  Kacau sehingga gula cair dan sebati, then masukkan campuran bahan kering.  Gaul sekata.  Tutup api dan masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper. Cara alas rujuk gambar di bawah.  Mesti lebihkan sedikit paper tu supaya mudah nak dikeluarkan nanti.


gunting sikit
Gunting sikit untuk kemaskan bahagian sudut loyang



Guna scrapper untuk tekan-tekan bagi kemas sebelum masuk oven


Bakar dalam 15 minit, keluarkan daripada oven dan sejukkan.  Alihkan ke atas chopping board dan  bolehlah dipotong. Patut jadi bar, tapi ummi potong kiub sebab senang nak makan, satu mulut sekali ngap!


Ni  GRANOLA CUBES LA....haha

Sebenarnya banyak cara buat granola ni kalau tengok dalam youtube tu, tapi ini cara ummilah.  Jangan tanya ambik kat mana, tak ingat dah.  Tapi ada resepi dalam buku resepi legend tu.....

Kebetulan minggu ni nenek datang.  Kita bagi nenek rasa, alhamdulillah nenek suka dengan granola ni.  Buat bagi bekal untuk Nenek n Aunty Munie juga, boleh makan on the way balik Bukit Marak.  Lupa cakap, Akyas pun datang jugaπŸ‘§πŸ‘§πŸ‘§

Monday, 8 June 2020

QURAN TIME, SPANISH OMALETTE DAN NAN CHEESE BREAD

Alhamdulillah, pagi ini tadarrus Al-Quran kita sekeluarga telah pun masuk juzuk ke-3.  Alhamdulillah biiznillah kita mampu istiqamah setakat ini.  Dapat membaca dan memperbetulkan bacaan setiap dari kita.  Umi pun ada lagi kekadang tersilap baca atau salah makhraj huruf...  Semoga kita akan terus bersama Al-Quranul karim sepanjang hidup kita.

Seusai solat subuh.....
Hari ini bermula program QuranicHour di Tv Al-Hijrah.  Entri ini ditulis sambil mendengar program ini... Mudah-mudahan ummi diberi kesempatan bersama mengikuti program ini di TV Al-Hijrah sehingga khatam Al-Quran.  Jangkaan program ini akan berlangsung selama dua tahun.. Insyaallah.

SPANISH OMALETTE
Ini breakfast ummi dan ayah kemarin.  First try, tasteful, alhamdulillah.  Resepi youtube, macam biasa.
A
1 biji potato russet
bawang holand
kobis
sedikit garam
Goreng sehingga masak dan ketepikan.
B
3 biji telur, tapi ummi guna 5 biji.
black pepper
corriander leaves
C
Cheese mozarella / cheddar

Cara:
Masukkan A dalam B, Tuang separuh dalam pan apabila minyak cukup panas.  Tunggu sekejap dan tabur cheese. Cover dengan lebihan bancuhan telur. Apabila sebelah bawah dah masak, terbalikkan guna pinggan.  Ummi guna periuk ajaib, senang boleh terus balikkan dengan periuk tu.. Jadi, ayah dah tunggu kat meja. haha...

Hari ini ayah keluar breakfast dengan old friend UIA.  So, ummi buat nan cheese bread dan kari ikan termenung lemak.  Senang je buat nan cheese ni....

Kegemaran semua anak-anak..
terima kasih kepada youtuber yang share resepi. 

1 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu besar yis
Bancuh dan biarkan sekejap

2 cawan tepung gandum, umi guna 3 cawan
(tambah ir suam dalam 1/4 cawan supaya doh lembut)
1 sudu teh garam
Bila yis kembang boleh gaul dengan tepung. Uli sedikit dan masukkan 1 sudu besar margerin (1 scoop heap), uli sehingga tak lekat di tangan. Rehatkan doh dalam 45 minit.Sementara itu boleh sediakan cheese, boleh guna cheddar atau mozarella.  Cheese keping pun bolehlah.

Umi bahagi doh kepada 5 bebola sebab hari ini kita berlima sahaja.  Canai buh cheese ditengah dan tutup, leperkan dan roll lagi, lenser pan dengan margerin sikit dan buh dlm pan tu. bila dah elok brown balikkan. sekejap sja prosesnya...

Ni rupa mozarella bila roti dicarik...πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Sekian saja ye, semoga semua perkongsian ini memberi inspirasi untuk anak-anak tika berada di dapur suatu masa nantiπŸ‘ͺπŸ’–πŸ’–πŸ’–

Friday, 22 May 2020

WHIPPING CREAM CAKE DAN NASIHAT DR JUE

Alhamdulillah..... Selalu hujan pula Ramadhan kali ini.  Sejuk sikit dan cuaca pun agak redup.  "Stay at home" menjadikan puasa kali ini kurang mencabar kerana sebelum ini kita berpuasa di musim persekolahan.  Dengan keadaan kelas yang panas, pergerakan turun naik tangga, dan juga aktiviti PdP menjadikan hari-hari Ramadhan memakan banyak tenaga di sekolah. Balik rumah mesti ummi melepek di atas kusyen. Syukur kepada Allah SWT dengan kesempatan Ramadhan kali ini kita menghabiskan masa di rumah dan peluang ini membolehkan kita membuat amalan-amalan bagi mengisi masa-masa berharga di bulan yang berkat ini.

Sambil-sambil update blog ni ummi tengok fb live Dr Jue, tentang keburukan minum air ais ketika berbuka..

Keburukan minum air ais dan kebaikan minum air suam

1.  Suhu badan drop, badan akan menggunakan banyak tenaga untuk memanaskan badan
2.  Lemak lambat hadam, pencernaan tidak sempurna, masalah sembelit akan berlaku.
3.  Mukus dalam hidung dan tekak menjadi kental
4.  Menurunkan kadar denyutan jantung
5.  Lemak-lemak dalam badan keras

Kebaikan minum air panas atau suam
1. Air panas membuat mukus cair.  Relief masalah resdung
2. Air panas menyebabkan usus aktif, dapat mengatasi masalah sembelit. Coffee panas sangat bagus.
3.  Baik untuk central nervous system.  Bila absorption water better, otak lebih fokus, boleh membantu pesakit artritis.
4.  Relief constipation kerana air panas akan mencairkan lemak-lemak, mengurangkan masalah sembelit
5.  Air suhu bilik boleh menghilangkan dahaga.  Minum 8 gelas sehari
6.  Berat badan akan turun, semua metabolisma dalam badan berlaku dengan sempurna
7.  Memperbaiki perjalanan darah
8.  Mengurangkan stress,
9.  Menurunkan toksid dalam badan, dengan
10.  Relief masalah untuk menelan ( acalesia )

Sekian perkongsian Dr Jue..

selamat meneruskan ibadah Ramadhan. Ada sehari lagi puasa,  entry ni dah lama ummi buat. hari baru siap.

Wefie, nak tunjuk baju sedondon malam ni.  Bukan janji yer tapi tanda kita ni sehati sejiwaπŸ˜‡

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Whipping cream cake

Tak pasal-pasal kena buat kek.  Ni sebab ayah beli whipping cream kotak besar... OMG nak buat apa whipping cream?? Nak mendeko kek, malazzz sangat ummi ni.  Kalau Kakcik boleh jugalah. Selepas beberapa kali menggoogle jumpa resepi kek ni.  And membakinglah. Alhamdulillah jadi.  Rupa dan rasa macam butter cake gitu.

Kek ni saiz besar, lama sikit dalam oven

Dah saiz besar, dan lah hantar rumah Mama... Selebihnya ummi buat based triffle.  Alhamdulillah semua suka dan boleh makan triffle tu.....

Macam tu la kisah-kisah Baiti Jannati... Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.

Thursday, 30 April 2020

ROTI GARDENIA AND YELLOW COBWEB

Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah Ramadhan.  Hari ke-4 berpuasa ummi masak menu yang rare sikit untuk berbuka.

Ni la menu no nasi 😎
Ini boleh dilaksanakan after ummi did some slow talking to my better half, haha.  Ayah memang "penasik" orangnya.  Makanan paling sedap dan relevan setiap hari ialah nasi..  Nasi dengan teloq goreng pun takpe.  Kalau ayam ke... udang goreng kunyit ke... lagi ok!  Kita saja yang dok mereka-reka nak masak macam-macam food.  Dari masak kicap hinggalah ke rendang, kerabu bagai.  Ayah suka yang simple-simple tu aje...

Alkisah hari ini, dalam frigde ada ayam Bismi sepaket lagi.  Ummi teringat kat Ucai, suka makan "yellow cobweb", haha.... Kenangan semasa Ucai kecil, darjah 1, 2013.  Yellow cobweb is roti jala yer... Kebetulan rumah sewa dekat dengan pasar malam.  Boleh jalan kaki saja.  Kakak dan kakcik pulak minat sangat pergi pasar malam.  Sebelum pergi kakak akan ambil order, haaa.. tq kakak.  Untuk Ucai mesti dia akan order "that thing yellow cobweb" πŸ˜‚πŸ˜‚    Itulah Ucai, selalu jadi bahan usikan Ayah, abang dan kakaknya.... "Ucai ni half orang putih half orang Melayu....", macam tu la dia jawab bila orang ketawa kat dia...



Sehingga ke hari ini yellow cobweb masih menjadi kegemaran Ucai, Bila ummi buat, Ucai suka tolong. Buat batter dan tolong gulung... Untuk resepi yellow cobweb ni ummi selalunya ambik dari blog Aziekitchen https://www.aziekitchen.com/2014/08/roti-jala-yang-kekal-lembut-sampai-ke.html
Memang perfectπŸ‘ Nanti kalau anak-anak nak buat ikut saja resepinya, dan doakan pemiliknya murah rezeki kerana berkongsi ilmu.

Untuk dessert petang ini ummi buat puding roti.  Juga ambil resepi Aziekitchen https://www.aziekitchen.com/2020/03/puding-roti-dengan-sos-yang-sedap.html
Guna roti gardenia yang ayah beli tu, dah expired pun, simpan dalam fridge.  Anak-anak dah tak mahu makan roti gardenia, suka roti ummi buat.  Abang Aan kata tak sedap, nipis.  Takpe, kita buat puding hari ni.  Lebih tu kita fikir, nak buat apa lagi.

Puding Roti Dengan Sos
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
7-8 keping roti
2 sudu besar mentega - cairkan
3 sudu besar kismis


Bahan B:
500 ml susu segar @ 2 cawan
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil serbuk cinnamon

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
¼ tin air - guna tin susu cair tadi
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara cara:
Satukan bahan-bahan B. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam bahan B. Biarkan terendam dan meresap seketika.  


Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan. 

Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.

Ummi guna suhu 160C sahaja.



Tiada kismis, coklat chip sebagai ganti..


Alhamdulillah, puding roti bersos kastad memang menjadi kegemaran anak-anak.  Abang Aan finished it licin haha.. nanti kita buat lagi.  Yang penting kita meneruskan ibadah Ramadhan.  Congratulation to anak ummi  Ucai yang istiqamah follow semua program Ramadhan kita di rumah ini. Cayang anak ummiπŸ’Ÿ

Monday, 27 April 2020

CINNAMON ROLL IS KAKCIK'S FAVOURITE

Kita bagi nampak class sikit😍😎
BAHAN-BAHAN:

3 Cawan tepung gandum
3/4 cawan fresh milk
2 1/2 sudu besar gula
1/4 cawan butter ( 57g)
1 biji telur
1 1/4 sudu teh garam
1 sudu teh yis

CARA:

Fresh milk dipanaskan sedikit (suam).  Masukkan semua bahan dan gaul, masukkan fresh milk dan uli.
Rehatkan dalam 10 minit.  Leperkan dan biarkan dalam 20 minit.  Roll out , geleklah dengan rolling pin sehingga jadi pastry yang nipis dan sedia untuk difilling.
Filling:
1/4 cawan (57g)     unsalted butter (soften) 
1/2 cawan (90g)     soft brown sugar
2 sudu teh               cinnamon powder

Gaul dan spread atas pastry, gulung kemas, potong guna benang.  Atur dalam loyang dan siap untuk di bakar.  Bakar macam roti juga, 15 minit 180C.

aturlah semua, yang kurang segak tu yang hujung-hujung....



Bolehlah untuk menghilangkan craving anak-anak...

Sunday, 26 April 2020

FOCCACIA DI AMBANG RAMADHAN

Bersungguh praktis baking foccacia, pintalan sisi pizza berisi cheese..


Menu sehari sebelum Ramadhan.  Foccacia Pizza.  Gembira boleh belajar food negara lain.  Tq kepada Cik Chah yang memperkenalkan ummi kepada foccacia.  mujur Cik Chah pergi Italy.  Walaupun tak berpeluang menziarahi Cik Chah di sana, tapi boleh juga kenal foccacia..hihi
Foccacia ni boleh buat based pizza macam yang ummi buat hari ini, sedap juga cicah dengan mushroom sup. Boleh digayakan pelbagai cara.. Yang menarik foccacia ni banyak guna olive oil, so sangat baik untuk kesihatan.

Bahan-bahan

1 cawan air suam
2 sudu kecil gula
1 paket yis
-Kembangkan yis
xxxxxxxxx
-Tambahkan....
21/2 cawan air suam
1/4 cawan olive oil
xxxxxxxxx
4  cawan tepung high protein
2 sudu kecil garam

Masukkan tepung dalam bancuhan yis secawan demi secawan, sambil gaul dengan spatula. bila sudah rata, curahkan 1/4 cawan olive oil dan biarkan kembang.  Bila doh agak mengembang, lipat2 doh empat penjuru.. buat dalam tiga atau empat kali.  Tempoh doh mengembang dalam tiga hingga empat jam.

Selepas doh naik tarik-tarik sikit dan lipat macam ni dan balikkan, rehatkan kembali

Untuk buat pizza....
Dah roll nipis, macam ni cara nak transfer pastri ke dulang pembakar


Kureng cantik taburan rosemary tu, bila dibakar semerbak baunya..😍
       
Untuk membakar, lenser loyang dengan margerin, kemudian bubuh olive oil.. lagi banyak guna oil lagi elok kejadian foccacia nanti... cuma olive oil memang mahal.....
Masa ni belum terrer lagi menabur rosemary.  Just sprinkle garam and rosemary, biarkan seketika sambil panaskan oven. Suhu 180C 20 minit.  Sebelum masuk oven  curah sedikit olive oil dan buat lubang-lubang dengan jari-jari....
 
Original foccacia...


Best with mushroom soup hingga colek sambal nasi lemakπŸ˜†


Untuk pizza boleh keluarkan apabila doh sedikit brown.  Letak topping dan bakar semula.
Jika topping nipis, boleh letak topping dan terus bakar.

Based tebal. Aan and Ucai suka macam ni...
Boleh la untuk musim PKP niπŸ‘§



After a biteπŸ˜‹

Keistimewaan pizza based foccacia ni rasanya lebih mirip kepada pizza at pizza hutπŸ˜‡


                                                                                  
lagi........


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ramadhan kan datang lagi. Esok mula puasa.  Puasa tahun ini lain sikit sebab PKP.  Ummi, ayah dan anak-anak semua stay at home.  Puasa di rumah, fist time dalam sejarah.  Macammana nak memanfaatkan bulan yang mulia ini ye?  Ok, family gathering hari ini kita bincang tentang aktiviti kita bersama di bulan yang mulia ini. Macam biasalah mesti ada tarawih, Quranic hour, tazkirah dan yang lebihnya free style haha....

Rumah ini pun kita akan buat susun atur semula untuk memberi ruang yang sesuai dan selesa untuk setiap ahli keluarga beribadah di bulan yang mulia ini.

Convert ruang tamu kepada ruang solat

Insyaallah, semoga kita semua dapat beribadah dengan baik dan menjemput rahmah Allah SWT ke dalam rumah kita ini.

Haa sampoi je tok imam kita. Solat kat rumah lebih santai...
Macam tulah permulaan Ramadhan.  Semoga kelapangan dalam bulan Ramadhan kali ini kita dikurniai kesihatan dan boleh kita manfaatkan untuk muqarabah muraqabatullah, insyaallah.

Monday, 20 April 2020

RICE OMELETTE DAN FAMILY BONDING

ALHAMDULILLAH kembali lagi....



Hari ini bangun pagi kena warm up.   Mlm tadi family bonding sampai pukul 1.30 pagi, haha... rekod.  Seronok chatting dengan anak-anak, berkongsi suka duka kehidupan.  Anak-anak menginjak remaja dan makin dewasa.  Banyak cerita boleh dikongsi bersama. PKP ini membawa seribu makna buat kita sekeluarga.... Banyak hikmahnya.  Solat berjemaah, tazkirah, sharing session, game dan lain-lain pengalaman baru bersama keluarga.. terima kasih anak-anak yang sentiasa kreatif mengisi masa bersama.



Keluar ke depan rumah, tengok pokok pandan yang ditanam kemarin, ok saja, harap menjadi kali ini.  Entah berapa kali tanam dah pandan ni. Ubah pokok bunga kerdil tu, namanya tak ingat dah.  Beli kat IKEA hujung tahun lepas. Lambat la besar pokok tu. Lepas siram pokok-pokok bunga dan urus sampah kerana lori sampah akan mai sat lagi, ummi masuk rumah.  Baru boleh fikir nak buat breakfast hari ni.  Nak masak apa ye?

Teringat video kawan buh kat whatsapp nasi sejuk dgn teloq. ha.... bole la try wat tu... Kita otter2 sikit macam ni.....  Ala-ala omellete gitu..

BAHAN-BAHAN

4 biji telur
Segenggam nasi sejuk
Daun bawang
Tomato - umi guna sebelah sahaja sebab tomato tu besar
Segengam udang sayur
Carot dicincang
Cheddar cheese
Sedikit garam

Campur semua dalam mangkuk

Jadi macam ni. Nak tambah apa pun takpe...

Lepas tu masuk je dalam kuali,  sapu la minyak sikit atau buh butter. Atau guna non stick pan bagus juga.

Walaupun buruk, ummi selesa guna kuali ni tau

Terima kasih ayah, selalu meraikan hidangan ummi....


Kadang-kadang rasa jem juga nak merancang hidangan semasa PKP ni.  Kalau masa sekolah yang ada kat rumah ni ummi, ayah, kakcik.  Pagi-pagi semua keluar, kecuali ayah yang akan ada di rumah.  Tu pun kalau hari yang tiada court.  Jarang buat breakfast.  Lunch pun tak, cuma masak untuk dinner saja.  Ayah pula selalunya ada kuliah dan akan dinner dengan AJK masjid.  Ni dah sebulan ummi kena fikir breakfast, lunch, dinner.  Tak masuk lagi yang selang-selang di celah-celah tu...😭😭😭

Tapi umi cuba berjimat.  Lauk selalunya 1, sayur or else 1, dah cukup!

_____________________________________________________________________________

Ini cerita kemarinπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Gambar ni pop up di FB hari ni.  Ucai wearing glasses since 5 years old.
Darlington optometry, spec Mr Tickel tu..... this was 9 years ago....
And this was yesterday, he is 14.  Look at the winter coat. It was his.
Fortunately found the coat in the box,
Washed it and he was very proud to put it on after 9 years...

Begitulah cepat masa berlalu, miss my baby.  Ucai is settling very well at SMSKB. Sekarang Tingkatan 2.  Banyak kebaikan Ucai tinggal di asrama.  Sepanjang PKP ummi dapat lihat progres yang bagus.  Ucai gemar melaungkan azan.  Sejuk hati dengar alunan azan dari anakku.  Sudah boleh jadi imam untuk ummi dan kakak.  Boleh berwirid, boleh baca doa.  Tengah train Ucai menghafal beberapa surah, janji satu surah pendek RM5 , kalau panjang RM10. Kalau lagi panjang RM20 and more and more.... Ummi tak kisah asal Ucai nak hafal.  Anak-anak ni biasalah, kena bagi reward.  Sama macam anak-anak murid bertuah 3E, 3A, 2B dan 2T kat sekolah tu.... Tak kisah la kan, janji antum semua boleh menjadi hamba Allah yang berilmu dan bertaqwa...

Begitu serba sedikit diari hari semalam dan hari ini, titik PKP ke 34🌼

Saturday, 18 April 2020

COB LOAF


Alhamdulillah pagi ni breakfast dengan lasagne kakak. Lupa ambil gambar tadi. Dah nak habis pun. Tq kak, it's marvellousπŸ‘Œ

Kecintaan kepada aktiviti meroti diteruskan lagi.. Kali ini kita buat COB Bread.  COB is the short form of "circle of bread".  So, sebab tu roti ni berbentuk bulat.

BAHAN-BAHAN

500 gm         tepung high protin
40 gm           butter
1 paket          yis
1 sudu besar gula
2 sudu           teh garam
300 gm         air suam
1/4 cawan     minyak

CARA

1.   Yis, gula air suam disatukan dan biarkan seketika.
2.   Masukkan garam dalam tepung dan gaul rata.  Masukkan bancuhan yis dan butter, dan boleh
      mula uli.  Uli sehingga tidak lekat di tangan.  Bulatkan dan lenser minyak di mangkuk dan doh,
      rehatkan 10 minit.
3.   Uli lagi dan rehatkan sehingga doh naik dua kali ganda. Bulatkan dan rehatkan kembali
      sementara menunggu oven mencapai 180C.  Sebelum masuk oven sprinkle dengan tepung dan
      slash on top of the dough.


Bulatkan sampai jadi macam ni, dan selubungkan dengan tuala dapoq


Sprinkle tepung sedikit on top


Slash slash ..Omputeh kata bentuk diamond, wan pulok gelor deman....
haha orang kampung kannπŸ˜‚ 


Nah! Untuk santapan anak-anakku... hasbunallah wanikmal wakil.....
Best potong rotiπŸ‘πŸ‘

Butter or olive oil, parsely and cheddar will be good before back in to the oven,
cakap bahasa omputeh sikitπŸ˜‰

Rasa kelakar juga bila masuk hari kedua ummi tengok ada lagi roti bulat ni berbaki dalam tupperware.  Kakcik kata roti ni berkulat ummi.  Bukan berkulat nak, tu tepung yang ummi sprikle atas roti tu, Ishh budak ni😠

TEH MASALA




1.   Rebus teh, teh serbuk ke teh uncang ke, tiada maslah ye Kak Iffah, sebab kak minat sangat dengan teh berempah ni kan... Teh tu pun agak-agaklah macam kita nak buat teh tarik tu.  Bila dah menggelegak, maka tambahkan kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih, sedikit jintan manis.  Umi guna serbuk, bubuh sikit, hujung sudu teh saja.  Masukkan juga halia dititik dan daun pandan.

2.   Bancuh sedikit susu tepung, masukkan susu pekat manis ( ummi buh gula stevia saja sebab elak ambil susu pekat manis), dan masukkan fresh milk secukupnya.

3.   Tambahkan campuran susu ini ke dalam teh tadi, kacau dan tapis.... taraaa siap.


4.   Tarik-tarik sikit bagi buih.




Ayah tu kata pening minum teh ni, tapi yang hairannya setiap kali ummi buat mesti kena share dengan dia... ahaha....

Teh ni kami minum pagi after breakfast.  Sebelah petang pula biasanya teh O halia dan daun pandan, harum daun pandan sangat menyegarkan suasana petang..... alhamdulillah...

Cukuplah buat menghilangkan stress hari ini.  Stress kat anak-anak murid ummi yang bertuah tu.
Banyak dah tugasan dan latihan yang ummi bagi di GC dan whatsapp namun sorang saja yang hantar..uhuk...uhuk...bertuah la kamu semuaπŸ˜₯..ustazah😭😭😭

Wednesday, 15 April 2020

HONEY BREAD

Alhamdulillah.. hari ini ummi berjaya buat satu lagi roti benggali, Wan kat Temerloh panggil roti paun. Roti ni ummi belajar dengan Laura in the kitchen kat youtube tu..hehe, bukan semua pun ummi ikut dia.  Ambil basic idea saja.  Sebab ummi buat guna bahan-bahan yang ada.  Yang penting roti ni taruk honey, so bolehlah digelar Honey bread.. haaa gituπŸ˜‡πŸ˜‡

To be short, macam ni cara buat roti ni:

BAHAN-BAHAN
1 paket yis (11 gm)
1 sudu besar gula
1 1/2 cawan air suam
Macam biasa campu dan biarkan sehingga yis berbuih

4 cawan tepung high protin
1-2 sudu teh garam ( kalau tak suka masin kurangkan garam)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar honey

CARA

Masukkan bancuhan yis bersama minyak dan honey ke dalam tepung, dan uli sehingga tak lekat 
di tangan, boleh tambah sedikit sedikit air suam sehingga doh konsisten.  Rehatkan doh selama 
15 minit.  Uli lagi sedikit, dan rehatkan sehingga doh betul-betul naik.  
Giskan loyang dan leperkan doh, gulung dan masukkan sedikit kedua hujung doh ke bawah.
masukkan ke dalam loyang.  Tutup dengan kain atau cling film.  Tunggu sehingga doh naik kembali.
Bakar dalam oven lebih kurang 20 minit, 180C.

Bentukkan sehingga jadi begini ye anak-anak, then tutup dan tunggu hingga naik kembung...
Antara kegembiraan, apabila oven di buka rotinya kembung macan nihπŸ‘§πŸ˜πŸ˜πŸ˜

Tu ayah dah tunggu kat depan tu....

Roti honey ni sangat lembut, mula-mula makan ada rasa masam-masam sikit.  So, boleh makan menyicah dengan honey juga.... Alhamdulillah berbunga-bunga rasa hati bila boleh buat roti.....
cukup untuk hari ini.  Esok, insyaallah kita sambung lagi.