12 tahun |
Kakak umpama bunga-bunga........ |
1 Ogos yang lalu genaplah usia Kakak Iffah 12 tahun. Untuk harijadi ke-12 ini Umi dan Ayah telah menghadiahkan bunga-bungaan untuk Kakak. Bunga rose, bunga matahari, dan bunga carnation pink dan putih dari kami adalah simbolik kepada peribadi muslimah solehah, indah di pandangan dan sentiasa harum di mana saja dia berada. Itulah harapan Umi dan Ayah buat anakanda kami yang menjejaki usia remaja ini.
Umi dan Ayah sangat gembira kerana Kakak masih dapat mengekalkan identiti Kakak sebagai pelajar Islam yang baik walaupun terpaksa menentang arus di bumi yang asing ini. Semoga kakak terus maju dalam pelajaran dan cekal dalam menempuh ranjau kehidupan.
Majlis Bersama - Happy Birthday Iffah, Anis, Nusaybah dan Mujaddid
Ucai sangat sayang kakak sebab tiap malam sebelum tidur kakak story kat ucai...... |
HAPPY BIRTHDAY KAKAK