If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Saturday 28 January 2012

MAZHAB SPIRITUALIST

Suatu hari saya melihat 'congregation' di tv, dan saya bertanya kepada rakan saya; Apakah itu church congregation? Saja memancing bicaranya...Ya, jawabnya, ini congregation Church of England, katanya. Oh! Adakah awak pengikut Church of England? Tanya saya lagi. Saya tahu kebanyakan staf di situ adalah pengikut Mazhab Church of England. Tidak, saya Spiritualist! katanya. Apa?? Itu pertama kali saya mendengarnya! Saya Spiritualist, dia mengulangi. Apa tu?? Saya minta penjelasan...

Menurutnya Spiritualist boleh berhubung dengan alam ghaib, boleh berkomunikasi dengan 'spirit' (roh orang mati). Dia sendiri boleh berhubung dan bercakap dengan roh orang yang telah mati dan dia sentiasa menerima mesej-mesej daripada roh-roh tersebut. Dia juga mampu menjadi 'medium' bagi sesiapa yang mahu bercakap dengan saudara mara mereka yang telah mati. Hebatnya dia!

Ceritanya lagi, ada banyak Spiritualist Church di sini, dan ramai peminat kumpulan ini yang sering berkunjung ke church untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Mereka memberi rawatan (healing) kepada yang memerlukan. Orang-orang yang kematian keluarga dan orang yang disayangi, yang kesedihan dan kehilangan akan terubat apabila boleh kembali berhubung dengan roh-roh tersebut melalui 'medium' ini. Mereka juga cekap 'menujum', boleh meramal masa depan. Patutlah sebelum ini beberapa orang staf di situ menggunakan perkhidmatannya, saya ingat dia sekadar 'fortune teller', rupanya maqamnya lagi tinggi dari itu! Selain daripada boleh menerima mesej daripada roh orang mati, dia juga selalu bercakap dengan 'guard angel'nya, sekiranya ada masalah dia sering mengadu kepada guard angel, katanya. Oh! rupanya dia pun percaya kepada malaikat.

Namun ada satu perkara yang menghairankan saya, orang yang sebegitu hebat, boleh mererima mesej daripada roh orang mati, boleh berkomunikasi secara langsung dengan malaikat ini selalu saja menjadi mangsa buli di rumah itu! Selalu saja saya melihat dia dibuli oleh seorang staf lelaki di situ, macam-macam kerja yang tidak sepatut dia lakukan disuruh oleh rakan staf tersebut,  Dia menurut saja walaupun dia sendiri kurang sihat, dia punya banyak masalah kesihatan. Sedangkan saya selalu kasihan kepadanya, dan sering menawarkan bantuan melakukan kerja-kerja yang dirasakan bahaya untuknya. Baru-baru ini sekali lagi dia diperdaya dan dipergunakan oleh staf tersebut lalu dia melakukan satu kesilapan besar dalam kerja!

Lalu di mana kehebatannya? Kenapa 'Guard Angel'nya dan roh-roh yang sentiasa berhubung dengannya tidak memberi mesej kepadanya dalam perkara tersebut sekiranya benar dia sentiasa menerima mesej daripada mereka. Kalau benar dia boleh melihat masa depan orang lain, kenapa dia tidak boleh melihat masa depannya sendiri sehingga dengan senangnya dipergunakan dan ditipu oleh staf yang jahat itu??

Kesimpulannya, mereka ini adalah orang-orang yang diperdayakan oleh syaitan; mereka berhubung dengan syaitan, mereka bercakap dengan syaitan, mesej-mesej yang mereka terima adalah daripada syaitan yang menyesatkan. Syaitan telah mempermainkan mereka. Syaitan bukan saja membantu orang-orang kafir bahkan syaitan juga turut menyesatkan orang-orang yang beriman, sebab itu terdapat dalam masyarakat kita orang-orang yang dirasuk syaitan sehingga bertukar suara, dan terdapat bomoh-bomoh yang 'menurun' dan menjadi orang lain! Semua itu adalah pekerjaan dan bantuan syaitan, makhluk yang sentiasa menyesatkan manusia daripada jalan Allah SWT. Mohon perlindungan daripada gangguan dan tipu daya makhluk yang durjana ini. Wallahua'lam!

Tuesday 3 January 2012

DAY OUT

 Seronok juga keluar bersama kawan-kawan, kopi-kopi di COSTA, Teeside Park. Macam-macam sembang, macam-macam juga pengajaran yang boleh dicerna dari cerita dan berita dari pada kawan-kawan.

Musim winter begini, waktu solat sangat-sangat perlu dijaga, maka Asar kami dalam kereta, Maghrib pula di dalam fitting room Dorothy Perkin, wudhuk dengan meyapu khuf. Menyapu khuf ini saya pelajari semasa di sekolah menengah, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh. Tidak ingat Fekah tingkatan berapa saya belajar tajuk tersebut. Kemudian ilmu menyapu khuf tinggal dalam buku, kurang faham dan tiada sebab pula untuk dipraktikkan. Terasa janggal juga menyapu air di atas setokin begitu. Namun kini itu antara perkara yang dipraktikkan. Maklum saja, bukan senang nak jumpa masjid di sini, surau apatah lagi. Kalau ada pun tumpang solat di 'chapel' atau sacred room', itu pun jarang-jarang ada. Jadi jika mahu solat, wudhuk di toilet, air pula tiada dalam toilet, ada kat sink di luar. Jika ada orang lain, tak boleh basuh kaki di sink, itu adat mereka. Sink untuk basuh muka dan tangan saja. Apa pilihan yang ada? Menyapu khuf sajalah nampaknya. Agama yang sempurna, mudah dan sesuai di mana-mana. Ada saja penyelesaiannya, asalkan mahu, boleh saja kita solat!

Alhamdulillah! Dah selesai tanggungjawab, baru boleh shopping! Memang menarik offer di akhir tahun, macam-macam sales, namun beringat-ingat ketika berbelanja. Saya cuma membeli sebuah handbag dan sehelai cardigan, teringin juga membeli winter coat, semenjak di sini saya pakai coat yang  dibeli 4 tahun yang lepas, namun memikirkan kemungkinan tinggal di sini dalam satu setengah tahun saja lagi, saya batalkan hasrat tersebut. Buat apa membazir, bila kembali ke tanahair, baju-baju tebal tidak dipakai lagi.

Keluar dengan rakan sekali-sekala ada baiknya bagi saya. Ada masa yang cukup untuk membuat 'khiyar', di samping boleh bertanya pendapat teman-teman mengenai kesesuaian pilihan. Rasa puas hati dengan barang yang saya beli, harga pun berpatutan dengan purse saya yang 'comel' ini!

Terimakasih juga kepada suami tersayang, tolong jaga permata hati kami. Tapi dia pun seronok juga, seharian boleh bersembang dengan kawan-kawannya......! Begitulah 'Mothers@Wives Day Out' bagi penamat tahun 2011 minggu lepas. Tahun ini mungkin ada sessi lagi jika diizinkan Allah......Terima kasih kepada Kak Amy, Lin dan Wan Kamariah Baba.