Teman-teman yang ditinggalkan; Terima kasih dan selamat meneruskan perjuangan
Sahabat-sahabat yang saling doa mendoakan...
Suka duka dan pahit manis kehidupan di perantauan kini kusimpan dalam lipatan kenangan. Terima kasih kawan-kawan. Kalian bukan sahaja tetangga, bahkan umpama keluarga....Terima kasih Bowburn Nursery n Infant School, di situlah anak-anak kesayanganku Nadhila dan Nusair mengenali keriangan alam persekolahan. Terima kasih Bowburn Junior School kerana menerima Nabhan dengan penuh keikhlasan; dengannya aku mendapat "ketenangan". Terima kasih Durham Johnston; titik mula Iffah melangkah kehadapan.
Terima kasih Redhall, terima kasih Darlington. Sesungguhnya aku mencintai keindahan kampung dan kotamu pada setiap musim bertukar. Separuh jiwaku masih bersamamu...
Redhall; Winter terakhirku bersamamu....14 Januari, 13
Terima kasih Redhall Primary School kerana mengajar anak-anakku dengan penuh kasih sayang. Terima kasih Haughton Academy; Jasa dan budi guru-gurumu ku sanjung tinggi. Di situ anakku Iffah menempa kecemerlangan, di sana juga anakku Nabhan membina keyakinan. Guru tetap guru. Beza dan beda budaya bangsa serta agama tidak menghalang guru-guru mencurahkan ilmu kepada anak-anakku. Sungguh aku terasa, KERANA AKU JUGA SEORANG GURU!
Terima kasih UBU, terima kasih Windermere, Terima kasih Geneva, Terima kasih Elmcroft, terima kasih Christchurch, terima kasih penghuni-penghuninya yang kukasihi. Pada kalian kutemui pelajaran yang mengajar aku erti kesyukuran akan nikmat Tuhanku.
Terlalu banyak kenangan di rumah ini...
Terima kasih kakakku yang kusayangi di bumi London. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan kebaikanmu...
Terima kasih keluarga di West Crescent. Jiran, sahabat, saudara yang baik itu adalah rezeki daripada Allah. Segala kenangan kita bersama sentiasa segar dan manis dalam ingatan.....
Kini aku di sini, menyambung kembali perjuangan yang telah lama aku tinggalkan. Sesungguhnya cerita dan pengalaman semalam adalah pelajaran SEJARAH dalam kehidupan.
salam,
ReplyDeleteboleh saya dapatkan email atau contact no. ingin bertanya mengenai durham
azwan
Wsalam Azwan. Email saya ummunusair@yahoo.com.my
Delete