If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Saturday, 26 April 2014

HARI-HARI BARUKU SEBAGAI GURU...

Kini masuk bulan ke-4 saya bertugas di sekolah baru, SMK Bertam Perdana. Suasana yang berbeza dari sekolah lama. Memulakan hari persekolahan dengan perhimpunan pagi setiap hari. Daripada masuk kelas 7.40 pagi di sekolah lama (jika ada kelas waktu pertama), sekarang rutin harian saya bermula seawal 7.20 pagi. Kalau dulu saya akan membaca al-Quran selembar dua di bilik guru dan masih sempat minum kopi sebelum ke kelas, sekarang tiada lagi. Terkejar-kejar ke office di aras 1 untuk punch in dan kemudian ke bilik guru di aras dua. Check jadual waktu dan bersegera ke dataran perhimpunan untuk perhimpunan pagi.



Apa yang saya suka di sekolah ini, pelajar-pelajar akan mengalunkan zikir asma-ul-husna, dan dengan usaha Panitia Pendidikan Islam kini diikuti pula dengan bacaan ayat-ayat hafazan, bergilir-gilir hari mengikut tingkatan. Hari-hari bekerjaku bermula dengan memuji kebesaran Allah dan membaca ayat-ayat Allah...Subhanallah. credit to our Pengetua, Tuan Haji Mohamad Fauzi bin Ahmad. Semoga Allah panjangkan umur Tuan Haji dan diberi rezeki-rezeki yang baik di dunia dan akhirat.

Kelas 1 Bestari

Kembali ke alam persekolahan selepas bercuti selama 4 tahun; teruja juga masuk kelas dan mengajar. Pelajar kelas saya di tingkatan 3 sewaktu saya mula bercuti dulu, kini sebahagiannya telah pun menjejakkan kaki ke universiti. Sebagai guru, saya rasa bahagia dan gembira bila anak didik berjaya. Pelajar yang saya tinggalkan dulu tidak seperti yang ada di depan mata saya sekarang. Teringat anak-anak murid yang baik-baik, yang nakal pun ada juga...namun masih boleh beri perhatian. Pelajar-pelajar sekarang lebih mencabar. Macam-macam kerenah dan perangai yang terpaksa dihadapi. Mungkin Allah nak memberi pahala jihad untuk kami guru-guru, maka dihadirkan anak didik yang sebegini. Kekadang rasa "give up" juga. Fitrah manusia, ada rasa putus asa. Itulah pentingnya kawan dan keluarga. Perbincangan, perkongsian perasaan dan luahan rasa bukan bertujuan mengumpat atau menghina anak didik, namun semua adalah untuk mengurangkan rasa stress dalam diri. Di samping itu kerap kali juga menghasilkan solusi kepada permasalahan yang dihadapi.
Yang baguss....

Yang baguss..

Yang tak baguss..

Kekangan masa dengan tugasan yang semakin bertambah di sekolah juga semakin terasa berbanding sebelum bercuti dahulu. Perubahan dalam sistem pendidikan negara yang sangat bercelaru terpikul dibahu kini. Apa nak buat dah kusandang jawatan ini. Kini masa menyeluk pekasam....

Merentas desa...

Namun ku berdoa agar Allah SWT memberi kekuatan dan keupayaan  kepada diri ini untuk terus mencurahkan ilmu. Ilmu yang menurut kata Saidina Ali karramallahu wajhah, sifatnya semakin diberi semakin bertambah! Mengajar ini minatku. Berilah aku tingkatan satu, dua, tiga atau berapa; aku tidak jemu mengajar. Janji saja ada yang mau belajar, ada yang mau mendengar, ada yang mau mengikuti patah kata dariku, akan ku bicarakan ilmu. Walau sedikit biar kusampaikan padamu anak didikku..moga ianya menjadi amal jariahku dimanfaatkan generasi demi generasi tika aku tiada lagi di dunia ini......

Pdp di sekolah kini; Jalan dakwah yang berliku...

No comments:

Post a Comment