If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Monday 26 December 2011

PARTNER DAN BERPARTNER


Tinggal bersama partner (teman lelaki) adalah suatu perkara normal yang telah diterima dalam masyarakat di sini sekarang. Pasangan lelaki dan perempuan boleh sahaja tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan yang sah, mempunyai keluarga dan anak-anak, diterima sebagaimana anak-anak dari perkahwinan yang sah!

Beberapa orang rakan sekerja saya sekarang tinggal bersama partner masing-masing. Tak perlu habiskan duit untuk dibayar kepada gereja atau registration office untuk kahwin, jumpa pasangan yang berkenan, bincang-bincang, kalau mendapat kata sepakat, boleh tinggal bersama. Sewa sebuah rumah, jimat kos sara hidup dan dapat memenuhi fitrah insani.

Salah seorang rakan sekerja saya beberapa bulan lalu memberitahu bahawa dia menyambut ulangtahun perkenalan dengan partnernya yang ke 13 (instead of wedding anniversary?). Dia seorang duda, mempunyai dua anak lelaki dengan bekas isterinya. Bila saya tanya kenapa dia tak mahu kahwin? Dia kata "Never again". Dia sangat kecewa kerana ditinggalkan isterinya suatu ketika dulu. Katanya, bersama partner lebih mudah kerana tiada ikatan dan tanggungjawab. Hidup nafsi-nafsi kata orang!

Walau bagaimanapun, keadaan ini hanyalah fenomena baru dalam masyarakat Barat. Dulu mereka pun tidak dapat menerima pasangan yang tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan. Dua orang Jehovah Witnesess yang mengunjungi saya memang menolak keharusan pergaulan bebas sebelum berkahwin. Bukan dari ajaran mereka dan mereka juga menganggapnya sebagai dosa dan perkara yang keji. Yalah, agama mana yang mengajar perkara yang tidak bertanggungjawab sebegini?

Minggu lepas, saya bersembang dengan seorang pengusaha SPA/Salon yang menyediakan khidmat kepada disable di rumah saya bekerja. Dia kini berusia 60 tahun, masih sihat dan jelita orangnya. Menurutnya, semasa mudanya, ibu bapa mengawal ketat anak-anak, dia sendiri tidak berpeluang untuk tinggal atau bermalam bersama kekasihnya sehinggalah malam pertama perkahwinannya walaupun mereka telah menyiapkan rumah itu sebelumnya. Namun keadaan sekarang telah berubah, katanya..

Seronok sungguh mereka, boleh tinggal bersama pasangan tanpa perlu mengeluarkan belanja kahwin yang sangat mahal di sini, kalau terberanak pun anak tersebut sah dan boleh didaftarkan! Sekiranya ditinggalkan teman lelaki atau sememangnya tiada pendapatan boleh minta benefit kerana mereka layak mendapat child benefit; pendek kata anak-anak mereka akan mendapat layanan seperti anak-anak yang lahir dari pada perkahwinan yang sah juga.

Namun pada hakikatnya tidak sama. Permulaan yang tidak bertanggungjawab, begitulah jugalah akhirnya. Maka banyaklah anak-anak yang tiada ayah, walaupun mereka bertiga beradik namun tiada yang sama nama, macam berlainan keluarga saja. Jangan cerita kisah bergaduh dan bertengkar, berbaling-baling botol arak sehingga berjahit-jahit muka!

Team leader saya yang baru, berusia 31 tahun. Telah 5 tahun tinggal bersama partnernya. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun depan. Katanya, dia percaya bahawa keluarga yang baik bermula dari pada sebuah perkahwinan. Dalam sebuah keluarga, semua anak-anak mesti mempunyai nama yang sama, barulah anak-anak akan berasa sebagai sebuah keluarga, oleh itu dia hanya mahukan anak selepas berkahwin pada tahun depan! Entahlah, mudah-mudahan 'lelaki itu' setia bersamanya hingga tahun depan, lantas dapatlah dia mencapai keluarga impiannya itu!

Seorang lagi rakan sekerja juga tinggal bersama partner, yang kedua katanya. Menurutnya partnernya yang pertama dulu tidak bagus, dia sangat kecewa dengan sikap partnernya yang sanggup berlaku curang terhadapnya. Mereka bergaduh dan kemudian mengambil keputusan untuk berpisah. Dia sangat berharap partnernya sekarang berlaku baik terhadapnya, dia mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dengan 2 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Dia harap lelaki yang tinggal bersamanya sekarang adalah lelaki yang bertanggungjawab, "try and error!" Sekiranya kali ini nasib menyebelahinya barulah dia akan memulakan hidup dengan ikatan yang sah!

Sedangkan agama kita sangat melindungi dan memuliakan kita orang perempuan. Lelaki yang ingin mengahwini kita mestilah memberi mahar kepada kita. Setelah menjadi suami, semua urusan yang menjadi tanggungjawab ayah kita berpindah ke bahu suami, termasuklah dosa dan kesalahan isteri akan ditanggung oleh suami sekiranya tidak ditangani. Banyak pula diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam al-Quran dan hadis-hadisnya cara-cara memilih suami/isteri serta mengendalikan sebuah rumahtangga agar sentiasa bahagia lagi diberkati Allah SWT. 14 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami, saya merasa sangat dihargai sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami walaupun bahtera kekadang dilambung ombak, namun terurus dengan rasa keimanan dan tanggungjawab. Syukur ya Ilahi!

Kasihan sungguh kepada rakan-rakan saya di sini, saya melihat betapa sesatnya mereka, hidup dalam kegelapan dan kecelaruan sistem kehidupan yang mereka cipta sendiri. Semakin bertambah pula kesyukuran dalam hati ini dengan anugerah 'addin' yang agung dan sempurna ini. Semoga Allah selamatkan anak cucu dan keturunan saya serta sahabat-sahabat seagama daripada kehinaan sebegini dan semoga Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang dekat dengan saya. Wallahua'lam.

Wednesday 23 November 2011

HAPPY BIRTHDAY UCAI - 5 tahun


Sangat gembira dengan ketibaan hari jadinya, "Umi, can't believe it!" katanya, "Mana hadiah Ucai?", biasa la soalan penting.....


Kalau kat Malaysia mesti kek Ucai lebih meriah............


Baju Thomas, Thunder Jet dan kad Pirate.....semua kegemaran Ucai, Umi dan Ayah mahu Ucai menikmati keseronokan alam kanak-kanak yang akan berakhir suatu masa nanti.....


Kenangan Ucai dan Ayah


dan Umi juga...


KakCik pun tumpang glamer....


Abang Aan pun nak tolong Ucai....

Tiga beradik, moga saling berkasih sayang......

Part kegemaran KakCik, tu yang beriya nak menolong..........

Apa Ayah tulis ni??? kecik tulisan ayah, payah nak baca.....


Daripada Kakak, Abang Aan dan KakCik.....

Semoga anakanda membesar sebagai anak yang baik, rajin belajar dan hormatkan orang tua......

Tuesday 15 November 2011

TUHAN TAK PERLU???

Hari ini saya menghadiri training 'Learning Disability (LD) and Challanging Behaviour'. Satu-satunya training yang telah lama saya idamkan. Alhamdulillah, banyak input yang saya dapat hari ini untuk bidang yang saya ceburi sekarang, juga untuk saya sebagai ibu dan sudah tentu juga berguna sekiranya saya ingin meneruskan kerjaya sebagai pendidik selepas ini.
Tempat bertraining selama 2 hari.......

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah satu perkara yang kami bincangkan dalam training tadi. Penceramah meminta peserta yang seramai 7 orang (semua perempuan) itu menyenaraikan perkara yang perlu bagi kehidupan seorang manusia normal seperti kita (our needs), maka tersenarailah : Fags (rokok), chocolate, twix, socialise, phone, computer, family etc. Saya menanti apakah mereka akan menyebut apa yang ada dalam minda saya; GOD! Namun sampai sudah perkataan itu tidak keluar. Saya diam saja, saya seorang saja Melayu dan Muslim. Mereka semua Kristian, pada nama sahaja, mungkin kalau nak bercakap pasal agama Kristian saya lebih tahu dari pada mereka sendiri.

Begitulah kehidupan mereka, Tuhan tidak wujud dalam kehidupan seharian, kehidupan mereka tidak perlu kepada Tuhan. Mereka tidak tahu apa Tuhan boleh buat untuk mereka.

Anak-anakku, semoga kamu semua meniti jalan yang lurus.......

Sebenarnya sikap begini boleh kita lihat di kalangan orang-orang Islam sendiri; orang Islam juga ada yang lupa terus kepada Tuhan namun masih mengaku muslim jika mengisi borang. Ada yang ingat sikit-sikit saja, perkara agama buat apa yang dia suka aje; ada pula yang buat sama banyak dosa dan pahala. Pendek kata macam-macam peringkat manusia beramal dengan agama mengikut tahap iman. Ada orang kaya yang hidup tanpa agama tapi bila masjid atau badan-badan agama minta derma murah hati bersedekah. Nampak seolah-olah agama perlu kepada mereka, mereka tak perlukan agama!

Oleh itu renung-renungkanlah maksud firman Allah swt dalam surah al-asr; Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Seterusnya hayatilah bait-bait kalimah Allah dalam ummul kitab yang kita ulang-ulang saban hari; Engkaulah Tuhan yang aku sembah, dan Engkaulah tempat aku memohon pertolongan, tunjukilah daku jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat. Wallahualam.

Monday 14 November 2011

I LOVE AUTUMN 2011

Selama setengah jam saya mengambil masa berjalan kaki dari tempat kerja untuk pulang ke rumah. Ini merupakan percubaan pertama saya berjalan kaki memandangkan tempat kerja baru saya lebih hampir dengan rumah berbanding dulu.

Hari ini pula cuaca lebih stabil daripada hari-hari sebelumnya, lebih nyaman dan kurang kedinginannya! Jadi saya dapat berjalan dengan selesa, saya kira jika saya berjalan laju dan sekata, saya cuma mengambil masa 15 minit saja untuk sampai ke rumah, namun disebabkan saya selalu alah berjalan kaki dan mempunyai masalah otot, maka saya mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan dalam minggu ini setiap hari saya bekerja. Maka saya berlenggang lenggok saja laa...


Sepanjang jalan pula saya menyaksikan pemandangan indah musim luruh, pohon-pohon berdaun lebat sedang galak menggugurkan dedaunnya yang kekuningan. Sungguh saya amat takjub dengan keindahan alam di musim luruh ini. Segera pula kenangan menerpa benak fikiran.  Ayah seorang penoreh getah. Tika melihat dedaun luruh di sepanjang jalan ini, terkenang zaman lampau, musim pokok-pokok getah meluruh, tebal betul daun-daun getah yang jatuh ketika itu sehingga tidak kelihatan permukaan tanah di kebun getah ayah. Menurut ibu saya getah kurang mengeluarkan hasil semasa musim luruhnya, bermakna kuranglah juga pendapatan ayah yang telah sedia seadanya itu.....


Kini..., saya menapak di bumi asing, memang tidak pernah terlintas di fikiran ini bahawa suatu hari saya akan bernafas di sini. Masyaallah! Sesungguhnya Dia perancang terunggul, Dia memberi apa saja dan kepada siapa sahaja. Maka aku di antara penerima anugerah yang nikmat ini. Nikmatnya mataku menyantap keindahan alam di waktu ini.........





Tepi Sungai Red Hall...........
Sayang masih tidak berpeluang membawa anak-anak berposing untuk autumn kali ini. Minggu kebelakangan ini matahari mahu tak mahu saja menjengul. Hari-hari redup saja renungannya..............Tambahan pula, saya dan suami agak sibuk dengan kerja dan sambutan aidil adha yang masih belum habis, jemputan dan kunjungan masih berjalan. Waktu siang pula semakin pendek, cepatnya gelap bumi di sini, tiada peluang lagi untuk anak-anak berada di luar, sekolah tamat di waktu senja, tiba di rumah malam menerpa! Depan tv saja tempat mereka, laptop saya juga yang jadi mangsa mereka................
Ucai di depan rumah

dalam perjalanan ke sekolah............









Saturday 22 October 2011

DI AMBANG WINTER 2011

Diam tak diam sudah 2 tahun kami menghuni bumi UK ini. Bermakna sudah dua tahun saya tidak bersua muka dengan ibunda tercinta dan kaum keluarga di Malaysia. Hanya talian bicara penyambung ukhuwwah, pengubat rindu yang sudah bertimbun di sanubari...

Minggu ini cuaca mulai menyejukkan bumi, autumn ketiga bagi kami. Ketika saya pulang dari bekerja malam tadi suhu di luar 5C, suhu makin menurun menjelang tengah malam dan dinahari, manakala siang dalam minggu ini mengalami suhu antara 8C - 14C. Hari ini pagi-pagi lagi suami keluar menjirus air ke atas windscreen keretanya bagi mencairkan fros yang menyelaputi cermin kereta. Saya telah pun mengeluarkan kot-kot winter dan menyimpan semua kot yang digunakan oleh kami anak beranak sepanjang spring dan summer. Angin yang kuat bukan saja meluruhkan dedaun bahkan juga boleh menumbangkan tubuh manusia. Sering saja saya khautir Nusair jatuh ditiup angin kala dia berlari-lari pergi dan pulang dari sekolah.

Anak-anak pula tidak lagi keluar bermain, suhu sejuk yang menggigit kulit dan menyeri hingga ke tulang hitam menyebabkan mereka melupakan keseronokan alam luar, di depan tv dan komputer saja tempat yang sesuai untuk mereka sepanjang musim sejuk ini.

Saya masih lagi menjemur kain di luar, memanfaatkan sinaran mentari yang cerah di samping menjimatkan tenaga elektrik, menggunakan dryer memakan banyak tenaga elektrik, 'massive!', kata rakan sekerja. Kebas juga tangan ini menghabiskan dua bakul kain untuk pagi ini! Dua ekor binatang manjaan kami, 'Softy and Roughty the Rabbits' seperti biasa berlari dan melompat keriangan di laman belakang rumah, winter dan summer seakan serupa bagi mereka. Sungguh! hebatnya kejadian Allah!


Teringat pengalaman mengembara bersama suami ke Prague dan Vienna tahun 2007 yang lalu. Kononnya ingin merasa musim sejuk dan melihat fenomena alam di negeri orang. Hairan juga melihat orang putih menunggu bas di bawah cahaya matahari, sedangkan saya dan suami duduk dengan selesa di kerusi platform menunggu. Namun kini, jika saya menunggu bas untuk ke bandar atau ke tempat kerja, maka saya juga akan berdiri di bawah sinaran mentari, bahangnya amat selesa dinikmati di musim dingin ini!

Berdebar juga menanti winter 2011 ini, menurut forecast, tahun ini uk akan mengalami suhu melampau. MINI ICE AGE. Bersedia menghadapi kesejukan;  mental, fizikal dan pokett!!

Dec 2010: Back garden rumah kami, masa ni baru 2/3 hari berpindah ke Darlington

Tuesday 18 October 2011

GADIS AUTISM

Minggu ini saya diberi kesempatan untuk mengenali dan 'belajar' menguruskan seorang  'klien' baru. Elly Bratt, gadis kulit putih berusia 29 tahun, learning disability - Autistic. Saya menekan door bell rumahnya dengan hati yang berdebar, apa tidaknya, sebelum ini saya telah mendengar banyak perkara tentang Elly. Dirinya sering dikaitkan dengan aggressive behaviour! Namun cerita-cerita yang saya dengar kebelakangan ini menjadikan hati agak tenang. Elly banyak berubah terutama setelah diberi rawatan psikiatri.

Pintu dibuka dan kelihatan dua perempuan, Lindsay (Carer) menyapa saya, dan dibelakangnya adalah Elly! Saya memperkenalkan diri, kehadiran saya telah pun dimaklumi, alhamdulillah seperti doa saya kepada Allah swt, Elly memberi respon yang baik kepada saya, segera dia memeluk saya dan memimpin tangan saya masuk ke rumahnya. Cuma Elly saja yang tinggal di rumah besar itu, Elly 'one to one support', jadi setiap masa Elly akan ditemani oleh seorang staf yang akan menguruskan segala perkara personal untuknya. Elly membawa saya melawat rumahnya.Dia seorang yang periang, bangga dan ramah bercerita sambil menunjukkan segala persediaan yang dilakukannya untuk menyambut  Halloween. Terdapat 'skeleton' besar tergantung di ruang tengah rumah, dan bermacam-macam jenis hantu yang dibuatnya untuk haloween,  apabila Elly membuka setor bawah tangga untuk saya menyangkut kot, satu lagi skeleton kecil yang tergantung menyeringai kepada saya! Seterusnya, saya di bawa melihat bilik tidurnya dan setelah itu ke bilik 'sleep over' merangkap office tempat staf menjalankan kerja-kerja dokumentasi!

Di situ Lindsay menunjukkan file-file dan dokumen-dokumen yang perlu saya telaah, Elly tetap menemani kami sepanjang Lindsay memberi taklimat kepada saya. Elly kekadang ketawa mengilai tanpa sebab, mujur juga saya telah biasa dan banyak bergaul dengan golongan learning disabilities , serba sedikit saya telah faham personaliti mereka yang pelik. Kalau tidak memang berdiri juga bulu roma mendengar hilai tawanya yang panjang dan tidak bersebab itu! Akhirnya Lindsay meminta Elly meninggalkan saya di bilik itu untuk menyambung kerja artnya; membuat  hantu spider, Elly akur saja.....

Saya membuka komputer dan mula membaca apa saja berkenaan Elly. Saya mula dengan tajuk 'Getting to know Me': Ibu Elly mengidap kanser, kerana itu dia dijaga oleh 'foster carer' yang juga sahabat ibunya. Kemudian dipindahkan ke beberapa 'care home' sehinggalah diserahkan kepada company sekarang. Perangainya yang agak aggressive membuatkannya sering bergaduh dengan kawan-kawan serumah, dan akhirnya dia diputuskan untuk tinggal berasingan di rumah ini.

Sebelum ini Elly sering di bawa keluar bersosial dan membuat pelbagai aktiviti di luar, namun setelah beberapa kali dia mengganggu public, dia tidak dibenarkan keluar dan sekarang dia diberi kaunselling untuk memulihkan keadaannya. Suatu hari nanti mereka berharap Elly akan kembali membuat aktiviti di luar dan bergaul dengan masyarakatnya.

Sepanjang saya di situ dua kali Elly masuk mengganggu saya, saya diheretnya menuruni tangga, melihat spider yang telah disiapkan, diajaknya saya menonton kartun kegemarannya, disuruhnya saya memeluk bear dollnya. Elly memang manja, percakapannya pelat, saya mesti mendengar baik-baik untuk memahami pertuturannya. Dari apa yang saya baca, otaknya cuma boleh memproses 3 perkataan saja dalam satu masa. Oleh itu, staf mesti bercakap secara jelas dan terang dan memastikan dia faham dan dapat menurut arahan.  Saya cuba melayani perangai keanak-anakannya dengan baik, walaupun umurnya mencecah 30an, namun aqalnya seperti kanak-kanak 3 tahun. Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan pelbagai keadaan supaya manusia saling memerhati dan memikir, seterusnya mensyukuri nikmat-nikmat Ilahi ke atas diri sendiri.

Selain sejarah Elly, saya juga 'study' Risk Plan, Support Plan, Medication, dan membaca menu makanan dan Support Daily Records, semua ini sebagai persediaan untuk saya bekerja dengannya nanti. Letih juga mata saya membaca tulisan-tulisan di komputer, dua jam di rumah itu, saya meminta diri, 'Come back, come back', kata Elly bila dia tahu saya akan pergi. 'Yes, I will!', jawab saya. Insyaallah, saya akan kembali, banyak lagi perkara yang perlu saya belajar tentangnya sebelum memulakan tugas di rumah itu.

Friday 23 September 2011

KERJA....KERJA.....

Hari ini antara hari yang memenatkan, memulakan hari dari jam 4 pagi, goreng pasta, kemudian sahur, masak sekali untuk breakfast dan 'packed lunch' anak-anak. Selepas subuh menyambung tidur seketika dan bangun untuk menyiapkan anak-anak ke sekolah. Pukul 9.00 pagi, menghantar Nusair ke kelasnya, terasa lega bila melihat dia hilang dari pandangan masuk ke dalam bangunan sekolah dan menghala ke kelas 'Reception'.

Mula mengurus diri sendiri. Bersiap ke tempat kerja, masuk kerja jam 10.00 pagi, terlewat sedikit. Hari ini saya ditugaskan untuk membawa salah seorang 'disable' ke aktiviti mingguannya, 'Dementia Group Meeting', tepat jam 10.30 pagi saya dan dia masuk ke bangunan King William Street Community Centre. 

Kebetulan saya antara staf yang kerap ditugaskan membawanya ke perjumpaan ini sehingga saya ditegur oleh Ann, salah seorang staf yang mengendalikan perjumpaan itu; adakah saya bekerja setiap hari Khamis? Nak buat macammana, selalu saja terkena hari Khamis, jadi itu antara tugasannya.....agak sukar. Community Centre tempat perjumpaan diadakan tidak jauh, dalam 10 - 15 minit berjalan kaki, sama ada berjalan dan memimpin beliau atau saya menolaknya di atas 'wheelchair'. Satu pengalaman yang tidak pernah saya gambarkan sebelum ini! Mungkin fizikal saya agak lemah, sering saja saya rasa sukar mengendalikan 'wheelchair'. Terasa tidak kuat. Alternatif lain saya memimpinnya berjalan kaki seperti hari ini. Namun saya menghadapi masalah kedegilannya; berjalan laju dan tidak seimbang, tidak peduli dengan lalu lintas semasa menyeberang jalan, saya terpaksa guna kekuatan juga untuk 'control' kakinya. Selain itu saya bimbang jika berlaku sesuatu mudarat di jalan kerana dia sering diserang sawan (seizure). 

Perjumpaan dikendalikan oleh dua orang Occupational Theraphist; Shirley dan Donna, seorang Community Nurse, Anne dan seorang Social Worker, Caroline. Semua ahli kumpulan ini adalah 'people with learning disabilities'. Dalam perjumpaan ini saya akan menggalakkan dan membantu beliau untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Contohnya aktiviti hari ini adalah listening skill, 'matching sounds and the cards'. Pelbagai aktiviti menarik yang saya dapat belajar dari pada perjumpaan ini. Cara mereka melayani golongan disable sangat menarik perhatian saya. 'Bercakap dengan seseorang mengikut qadar aqalnya', begitulah lebih kurang maksud hadith Nabi saw, dan itulah yang di'praktis'kan mereka. Setiap kali perjumpaan saya dapat melihat wajah-wajah mereka gembira dan ceria, mereka bercakap dengan penuh keyakinan walaupun isunya 'isu budak-budak'...Masyaalah! macam-macam ciptaan Allah di kalangan manusia, mereka tidak serupa dengan kita semua yang terlalu sempurna kejadian fizikal. Sebelum melibatkan diri dengan pekerjaan ini saya merasa sangat asing dengan golongan 'disable', namun sekarang tidak lagi, hilang sudah perasaan janggal dan ragu-ragu terhadap mereka. Saya gembira berada di kalangan mereka dan terhibur dengan keletah mereka terutama ahli kumpulan 'Dementia' ini.

Selesai perjumpaan jam 12.00 tengahari saya ambil teksi ke 'Hurwoth Grange', hari ini adalah 'day out' dia, jadi saya kena buat aktiviti diluar bersamanya. Kami pergi ke kedai 'clay', Buttercup Pottery. Ini kali kedua saya membawanya ke sini. 'Pot painting', suatu aktiviti yang menarik! Saya akan pilih 'plate, pot, or bowl', kemudian fikirkan konsep dan 'color', saya pegang tangannya dan 'paint', siapa yang buat aktiviti sebenarnya??? Sayalah!!!

2 minggu lepas; siap, akan disempurnakan oleh tuan kedai....
.
Hasil kreativiti 'kami' hari ini.......

Perjalanan pulang dengan bas, 5 minit berjalan kaki menuju bus stop memenatkan saya, badannya yang tidak seimbang ketika berjalan menyebabkan saya terpaksa memegang dan menahannya dari terjatuh. Dalam pada itu saya bersyukur, alhamdulillah, aku dan keluargaku dikurniakan tubuh badan yang sempurna, boleh berjalan ke sana sini, tak perlu dibantu-bantu seperti ini!

Bas dari Hurwoth Grange ke bandar Darlinton mengambil masa antara 15 - 20 minit. Sampai di bandar saya bawa dia lunch, lama tunggu kerana dia makan menggunakan dua jari sahaja, burger ayam dan salad saya potong kecil-kecil, dia tiada gigi; saya difahamkan dulu dia sering menggigit lawannya ketika bergaduh, jadi semua giginya terpaksa dicabut! Selesai makan saya heret dia ke bus stop dan ambil bas terus pulang ke rumah (tempat kerja la tuuu), menyambung kerja-kerja 'financial', merekodkan resit-resit perbelanjaan hari ini dan 'all the things about monies'. Jam 4 petang selesai shift saya hari ini dan hubby datang menjemput 4.10 petang, sambung shift wajib di rumah pula, masak untuk buka puasa! sekian....


Tuesday 13 September 2011

SALTBURN- BY-THE-SEA

UCAI AND THE TRAIN


It 's 5th day of Hari Raya, and we decided to spend our time at Saltburn-by-the Sea, as the kids started school the week after. Saltburn is the right place actually for the family to have exciting fun, the kids were very  excited as they had chance to ride the donkey and be on trip in train, and more important, relaxing and peace of mind for mum and dad as well......


CLIFF LIFT OR CLIFF TRAMWAY WHICH LINKING THE TOWN AND THE PIER
At the top

Going down.........
Cliff lift to the seaside


just £1 for a single journey


An alternative - Staircase! So you can save your £1...or £4 for the six of us!


The pier


View from the pier

and....photo session....












my lovely little one...naughty and cheeky....















THE DONKEY RIDES....




















SALTBURN MINIATURE RAILWAY
It was about 15 minutes journey from the seafront through the Valley Gardens, Italian Gardens, Tea Lawn and Woodland Centre
waiting for the train..............


It's coming!!!..........watch Nusair, watch!!



cute little tiny diver...................


but then, he chose to be a passenger! so sorry.....










what's that Nusair??




Is that Thomas??.....Thomas with no face this time!


It's time to go! bye bye...see u later.....


AND MANY MORE..............


































































lovely one....nasi lemak!!








Time to go home, alhamdulillah, one of our nice journey and quality moment for the family. What's after? Get ready for the school kids! Iffah year9, Nabhan year7, Nadhila year4 and Nusair Reception, ohh!! It's a Big School, isn't it??  Good luck for every body.......