If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again, I'd do less correcting, and more connecting, I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes. I would care to know less and know to care more. I'd take more hikes and fly more kites. I'd stop playing serious, and seriously play. I'd run through more fields and gaze at more stars. I'd do more hugging, and less tugging. I would be firm less often, and affirm much more, I'd build self-esteem first, and the house later. I'd teach less about the love of power and more about the power of love.
Alhamdulillah, hanya kepada Allah SWT yang layak dipersembahkan pujian dan kesyukuran. Kakak graduated from UIAM 2022 dan majlis konvokesyen diadakan pada 4 Dec 2022. Hari yang sangat bersejarah.. Umi dan ayah sangat happy melihat Kakak naik stage dan menerima ijazah daripada Rektor UIA pada hari ini. Sebak dan terharu bila mengenang kembali segala ujian dan dugaan sepanjang pengajian Kakak di UIA. Kakak sangat tabah dan kuat sekali... Study, mooting, arbitration dan entah apa lagi...Allahlah yang memberi kekuatan kepada Kakak. Allahuakbar..
Entri ini umi tulis dan abadikan sebagai kenang-kenangan untuk tatapan di kemudian hari.
Hadiah untuk Kakak, Ayah booked Berjaya Times Square Hotel..
Actually Berjaya Times Square ni bersebelahan dengan bilik sewa Kakak di Hotel Sungai Wang, lokasi yang sangat sesuai untuk Kakak yang busy dan banyak urusan pada hari tersebut.
Seronok dan syukur tengok Kakak cantik dan ceria di hari Konvokesyen
Sebelum meninggalkan Berjaya Hotel.....Ini semua idea Kakcik, disuruhnya Kakak posing pelbagai gaya😂
Acara memakai robe di Konvokesyen ke-38.....
Pakai topi pula. Masa umi konvo tahun 1995 masih pakai tudung krim dengan logo UIA. Lelaki pakai songkok.
IIUM Garden of Knowledge and Virtue💟
Menuju ke IIUM Cultural Centre (ICC)
Meraikan Kakak, Ayah Umi dan Kakcik sahaja, Aan dan Ucai tak dapat datang😙
Dalam ICC..... Seronok Konvo UIA, Islamik. Rasanya semasa Umi konvo dulu ada asma ul husna. Sekarang ada selawat dan nasyid kontemporari lah. Senyap sunyi dewan bila lagu ayah dan Ibu dendangan Allahyarham Sudirman diperdengarkan...Video cuma memaparkan wajah ayah ibu dan anak-anak dengan lelehanan airmata.......
Logo... Signage UIAM...yang pernah dipakai oleh Umi dan Ayah juga.. UIA yang sentiasa di hati💓
Masih relevan😂😇
Post glamour Kakcik di Berjaya Hotel... Cantik bilik air dia..Kakcik kata...😅
Konvo sesi petang. Tidak banyak masa nak bergambar. Masa habis dengan menunggu sesi fotografi dalam studio. Mujur snap juga sekeping dua gambar semasa menunggu tu...
Seribu kesyukuran. Ummah ini perlu kepada generasi yang berilmu. Dengannya kita dapat menabur budi....
4 Iffah naik stage...Berkongsi nama, dari kiri...Iffah Fatina, Iffah Firzana, Iffah Nabiha dan Iffah Nadhirah
Panjang jodoh kakak dan Anis. Dari Durham Johnson ke UIA.. Sama-sama konvo... Alhamdulillah💓 Tiyah, Adam dan Adib dah besar-besar semuanya....
Ibu-ibu dan anakanda yang happy...... Seronok boleh jumpa Aunty Ayu dan family.....
Tangkap layar oleh Kakcik dari Main Auditorium.......
Seronok disambut dengan bouquet dan hadiah.....
Alhamdulillah, terima kasih Atuk, Nenek, Cik Chah, Aunty Munie, Aunty Yah , Lin dan semua family meraikan Kakak...
Hari ni pagi-pagi lagi ummi bake scones, Aunty Zie nak hantar kuih raya yang Kakcik pesan. Tiap-tiap hari Kakcik tanya pasal kuih raya yang dia order tu.... Ummi nak bagi Aunty Zie merasa scones ummi ni. Biasa tu buat cheese scones atau cranberry n raisin, tapi kali ni mix semua. gaul, gaul, gaul...haa, dah jadi. Nanti berbuka kita try rasa macammana😀😀😀
Class premium cookies
Yang ni favourite ummi, fruity nut...sedapp😋
Hari ini ummi tadabbur beberapa Surah, antaranya Surah Attaghabun. Salah satu surah yang bermula dengan tasbih kepada Allah SWT...
Surah ini mengajar tentang kekuasaan Allah SWT yang mencipta langit dan bumi dan menjadikan manusia serta menyempurnakan rupa bentuk kejadiaan manusia... Allah Al- Musawwir. Lalu diutus Rasul kepada manusia dan diberikan kitab keterangan supaya manusia mengenali Allah SWT. Lalu sebahagian manusia mendustakan Rasul-rasul itu. Mereka mempertikaikan kelayakan Rasul-rasul yang juga manusia seperti mereka datang untuk membawa petunjuk kepada mereka.
Allah SWT telah memberi amaran kepada orang-orang kafir ini bahawa mereka akan menerima balasan di Hari Kebangkitan, mereka akan menerima balasan perbuatan mereka.
Bagi orang-orang beriman pula, mereka orang yang beruntung kerana pada hari itu mereka akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya dan itulah kemenangan yang sebenar.
Di dunia ini manusia akan diuji dengan kesusahan dan bala bencana, semua itu tidak berlaku kecuali dengan izin Allah SWT. Oleh itu hendaklah kita bersabar dengan ujian Allah kerana Allah akan memimpin hati orang-orang yang bersabar supaya menjadi tenang menerima setiap dugaan yang diberikan. Orang beriman hendaklah sentiasa bertawakkal dan menyerah diri kepada Allah SWT.
Dalam surah ini juga Allah mengingatkan bahawa harta dan anak-anak adalah ujian kepada orang-orang beriman, hendaklah kita berwaspada dengannya. Jadikan mereka jalan untuk kita mengaut pahala yang besar di sisi Allah. Janganlah mereka menjadi sesuatu yang menjerumuskan kita kepada kemurkaan Allah SWT.
Di akhir surah ini Allah mnegaskan supaya kita sedaya upaya berusaha untuk menjadi orang yang bertaqwa, mendengar pengajaran dan taat kepada Allah, membelanjakan harta kita ke jalan Allah, membuat kebajikan, serta memelihara diri daripada dipengaruhi sifat tamak.
Allah menyebut tentang "Qardhul hasan" iaitu memberi pinjaman kepada Allah, Allah akan melipatgandakan balasan bagi orang yang memberi pinjaman kepadanya.. Oleh itu marilah kita meminjamkan masa, tenaga dan harta kita kepada Allah. Kita tidak akan rugi untuk itu kerana Allah amat-amat menghargai orang yang berbuat baik.
Allah sentiasa mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata dan Allah Maha Bijaksana.....
Waalahu alam.
anak-anak muridku...
Menjadi seorang guru, peluang terbuka luas untuk membuat amal kebajikan. Mengajar ilmu yang bermanfaat salah satu amal yang akan mengalir pahala sehingga ke alam barzakh. Setiap hari menjejakkan kaki ke sekolah, niat untuk membuat amal kerana Allah, boleh mengajar, mendidik, bersedekah sama-sama membuat amal ibadah. Bersama memburu keredhaan dan kasih Allah SWT 💓💓💓
Read this fasinating article from a non-Muslim scientist, Dr. Barrett and then think about what Islam teaches on this topic. (Hadeeth mentioned at end)
"Children are born believers in God" -- says scholar.
Children are "born believers" in God and do not simply acquire religious beliefs through indoctrination, according to an academic.
Dr. Barrett: "If we threw a handful (of kids) on an island and they raised themselves I think they would believe in God."
Dr Justin Barrett, a senior researcher at the University of Oxford's Centre for Anthropology and Mind, claims that young people have a predisposition to believe in a supreme being because they assume that everything in the world was created with a purpose.
He says that young children have faith even when they have not been taught about it by family or at school, and argues that even those raised alone on a desert island would come to believe in God.
"The preponderance of scientific evidence for the past 10 years or so has shown that a lot more seems to be built into the natural development of children's minds than we once thought, including a predisposition to see the natural world as designed and purposeful and that some kind of intelligent being is behind that purpose," he told BBC Radio 4's Today programme.
"If we threw a handful on an island and they raised themselves I think they would believe in God."
In a lecture to be given at the University of Cambridge's Faraday Institute on Tuesday, Dr Barrett will cite psychological experiments carried out on children that he says show they instinctively believe that almost everything has been designed with a specific purpose.
In one study, six and seven-year-olds who were asked why the first bird existed replied "to make nice music" and "because it makes the world look nice". Another experiment on 12-month-old babies suggested that they were surprised by a film in which a rolling ball apparently created a neat stack of blocks from a disordered heap. Dr Barrett said there is evidence that even by the age of four, children understand that although some objects are made by humans, the natural world is different. He added that this means children are more likely to believe in creationism rather than evolution, despite what they may be told by parents or teachers. Dr Barrett claimed anthropologists have found that in some cultures children believe in God even when religious teachings are withheld from them.
"Children's normally and naturally developing minds make them prone to believe in divine creation and intelligent design. In contrast, evolution is unnatural for human minds; relatively difficult to believe."
-- The prophet Muhammad, peace be upon him, said, "Every child is born on the fitrah (natural inclination) of Islam (submission to God in peace) and it is their parents who raise them up to be Jews, Christians or fireworshippers".
From:
Islam Newsroom - News Muslims Need - When We Need It!
Suatu hari saya melihat 'congregation' di tv, dan saya bertanya kepada rakan saya; Apakah itu church congregation? Saja memancing bicaranya...Ya, jawabnya, ini congregation Church of England, katanya. Oh! Adakah awak pengikut Church of England? Tanya saya lagi. Saya tahu kebanyakan staf di situ adalah pengikut Mazhab Church of England. Tidak, saya Spiritualist! katanya. Apa?? Itu pertama kali saya mendengarnya! Saya Spiritualist, dia mengulangi. Apa tu?? Saya minta penjelasan...
Menurutnya Spiritualist boleh berhubung dengan alam ghaib, boleh berkomunikasi dengan 'spirit' (roh orang mati). Dia sendiri boleh berhubung dan bercakap dengan roh orang yang telah mati dan dia sentiasa menerima mesej-mesej daripada roh-roh tersebut. Dia juga mampu menjadi 'medium' bagi sesiapa yang mahu bercakap dengan saudara mara mereka yang telah mati. Hebatnya dia!
Ceritanya lagi, ada banyak Spiritualist Church di sini, dan ramai peminat kumpulan ini yang sering berkunjung ke church untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Mereka memberi rawatan (healing) kepada yang memerlukan. Orang-orang yang kematian keluarga dan orang yang disayangi, yang kesedihan dan kehilangan akan terubat apabila boleh kembali berhubung dengan roh-roh tersebut melalui 'medium' ini. Mereka juga cekap 'menujum', boleh meramal masa depan. Patutlah sebelum ini beberapa orang staf di situ menggunakan perkhidmatannya, saya ingat dia sekadar 'fortune teller', rupanya maqamnya lagi tinggi dari itu! Selain daripada boleh menerima mesej daripada roh orang mati, dia juga selalu bercakap dengan 'guard angel'nya, sekiranya ada masalah dia sering mengadu kepada guard angel, katanya. Oh! rupanya dia pun percaya kepada malaikat.
Namun ada satu perkara yang menghairankan saya, orang yang sebegitu hebat, boleh mererima mesej daripada roh orang mati, boleh berkomunikasi secara langsung dengan malaikat ini selalu saja menjadi mangsa buli di rumah itu! Selalu saja saya melihat dia dibuli oleh seorang staf lelaki di situ, macam-macam kerja yang tidak sepatut dia lakukan disuruh oleh rakan staf tersebut, Dia menurut saja walaupun dia sendiri kurang sihat, dia punya banyak masalah kesihatan. Sedangkan saya selalu kasihan kepadanya, dan sering menawarkan bantuan melakukan kerja-kerja yang dirasakan bahaya untuknya. Baru-baru ini sekali lagi dia diperdaya dan dipergunakan oleh staf tersebut lalu dia melakukan satu kesilapan besar dalam kerja!
Lalu di mana kehebatannya? Kenapa 'Guard Angel'nya dan roh-roh yang sentiasa berhubung dengannya tidak memberi mesej kepadanya dalam perkara tersebut sekiranya benar dia sentiasa menerima mesej daripada mereka. Kalau benar dia boleh melihat masa depan orang lain, kenapa dia tidak boleh melihat masa depannya sendiri sehingga dengan senangnya dipergunakan dan ditipu oleh staf yang jahat itu??
Kesimpulannya, mereka ini adalah orang-orang yang diperdayakan oleh syaitan; mereka berhubung dengan syaitan, mereka bercakap dengan syaitan, mesej-mesej yang mereka terima adalah daripada syaitan yang menyesatkan. Syaitan telah mempermainkan mereka. Syaitan bukan saja membantu orang-orang kafir bahkan syaitan juga turut menyesatkan orang-orang yang beriman, sebab itu terdapat dalam masyarakat kita orang-orang yang dirasuk syaitan sehingga bertukar suara, dan terdapat bomoh-bomoh yang 'menurun' dan menjadi orang lain! Semua itu adalah pekerjaan dan bantuan syaitan, makhluk yang sentiasa menyesatkan manusia daripada jalan Allah SWT. Mohon perlindungan daripada gangguan dan tipu daya makhluk yang durjana ini. Wallahua'lam!
Seronok juga keluar bersama kawan-kawan, kopi-kopi di COSTA, Teeside Park. Macam-macam sembang, macam-macam juga pengajaran yang boleh dicerna dari cerita dan berita dari pada kawan-kawan.
Musim winter begini, waktu solat sangat-sangat perlu dijaga, maka Asar kami dalam kereta, Maghrib pula di dalam fitting room Dorothy Perkin, wudhuk dengan meyapu khuf. Menyapu khuf ini saya pelajari semasa di sekolah menengah, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh. Tidak ingat Fekah tingkatan berapa saya belajar tajuk tersebut. Kemudian ilmu menyapu khuf tinggal dalam buku, kurang faham dan tiada sebab pula untuk dipraktikkan. Terasa janggal juga menyapu air di atas setokin begitu. Namun kini itu antara perkara yang dipraktikkan. Maklum saja, bukan senang nak jumpa masjid di sini, surau apatah lagi. Kalau ada pun tumpang solat di 'chapel' atau sacred room', itu pun jarang-jarang ada. Jadi jika mahu solat, wudhuk di toilet, air pula tiada dalam toilet, ada kat sink di luar. Jika ada orang lain, tak boleh basuh kaki di sink, itu adat mereka. Sink untuk basuh muka dan tangan saja. Apa pilihan yang ada? Menyapu khuf sajalah nampaknya. Agama yang sempurna, mudah dan sesuai di mana-mana. Ada saja penyelesaiannya, asalkan mahu, boleh saja kita solat!
Alhamdulillah! Dah selesai tanggungjawab, baru boleh shopping! Memang menarik offer di akhir tahun, macam-macam sales, namun beringat-ingat ketika berbelanja. Saya cuma membeli sebuah handbag dan sehelai cardigan, teringin juga membeli winter coat, semenjak di sini saya pakai coat yang dibeli 4 tahun yang lepas, namun memikirkan kemungkinan tinggal di sini dalam satu setengah tahun saja lagi, saya batalkan hasrat tersebut. Buat apa membazir, bila kembali ke tanahair, baju-baju tebal tidak dipakai lagi.
Keluar dengan rakan sekali-sekala ada baiknya bagi saya. Ada masa yang cukup untuk membuat 'khiyar', di samping boleh bertanya pendapat teman-teman mengenai kesesuaian pilihan. Rasa puas hati dengan barang yang saya beli, harga pun berpatutan dengan purse saya yang 'comel' ini!
Terimakasih juga kepada suami tersayang, tolong jaga permata hati kami. Tapi dia pun seronok juga, seharian boleh bersembang dengan kawan-kawannya......! Begitulah 'Mothers@Wives Day Out' bagi penamat tahun 2011 minggu lepas. Tahun ini mungkin ada sessi lagi jika diizinkan Allah......Terima kasih kepada Kak Amy, Lin dan Wan Kamariah Baba.
Tinggal bersama partner (teman lelaki) adalah suatu perkara normal yang telah diterima dalam masyarakat di sini sekarang. Pasangan lelaki dan perempuan boleh sahaja tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan yang sah, mempunyai keluarga dan anak-anak, diterima sebagaimana anak-anak dari perkahwinan yang sah!
Beberapa orang rakan sekerja saya sekarang tinggal bersama partner masing-masing. Tak perlu habiskan duit untuk dibayar kepada gereja atau registration office untuk kahwin, jumpa pasangan yang berkenan, bincang-bincang, kalau mendapat kata sepakat, boleh tinggal bersama. Sewa sebuah rumah, jimat kos sara hidup dan dapat memenuhi fitrah insani.
Salah seorang rakan sekerja saya beberapa bulan lalu memberitahu bahawa dia menyambut ulangtahun perkenalan dengan partnernya yang ke 13 (instead of wedding anniversary?). Dia seorang duda, mempunyai dua anak lelaki dengan bekas isterinya. Bila saya tanya kenapa dia tak mahu kahwin? Dia kata "Never again". Dia sangat kecewa kerana ditinggalkan isterinya suatu ketika dulu. Katanya, bersama partner lebih mudah kerana tiada ikatan dan tanggungjawab. Hidup nafsi-nafsi kata orang!
Walau bagaimanapun, keadaan ini hanyalah fenomena baru dalam masyarakat Barat. Dulu mereka pun tidak dapat menerima pasangan yang tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan. Dua orang Jehovah Witnesess yang mengunjungi saya memang menolak keharusan pergaulan bebas sebelum berkahwin. Bukan dari ajaran mereka dan mereka juga menganggapnya sebagai dosa dan perkara yang keji. Yalah, agama mana yang mengajar perkara yang tidak bertanggungjawab sebegini?
Minggu lepas, saya bersembang dengan seorang pengusaha SPA/Salon yang menyediakan khidmat kepada disable di rumah saya bekerja. Dia kini berusia 60 tahun, masih sihat dan jelita orangnya. Menurutnya, semasa mudanya, ibu bapa mengawal ketat anak-anak, dia sendiri tidak berpeluang untuk tinggal atau bermalam bersama kekasihnya sehinggalah malam pertama perkahwinannya walaupun mereka telah menyiapkan rumah itu sebelumnya. Namun keadaan sekarang telah berubah, katanya..
Seronok sungguh mereka, boleh tinggal bersama pasangan tanpa perlu mengeluarkan belanja kahwin yang sangat mahal di sini, kalau terberanak pun anak tersebut sah dan boleh didaftarkan! Sekiranya ditinggalkan teman lelaki atau sememangnya tiada pendapatan boleh minta benefit kerana mereka layak mendapat child benefit; pendek kata anak-anak mereka akan mendapat layanan seperti anak-anak yang lahir dari pada perkahwinan yang sah juga.
Namun pada hakikatnya tidak sama. Permulaan yang tidak bertanggungjawab, begitulah jugalah akhirnya. Maka banyaklah anak-anak yang tiada ayah, walaupun mereka bertiga beradik namun tiada yang sama nama, macam berlainan keluarga saja. Jangan cerita kisah bergaduh dan bertengkar, berbaling-baling botol arak sehingga berjahit-jahit muka!
Team leader saya yang baru, berusia 31 tahun. Telah 5 tahun tinggal bersama partnernya. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun depan. Katanya, dia percaya bahawa keluarga yang baik bermula dari pada sebuah perkahwinan. Dalam sebuah keluarga, semua anak-anak mesti mempunyai nama yang sama, barulah anak-anak akan berasa sebagai sebuah keluarga, oleh itu dia hanya mahukan anak selepas berkahwin pada tahun depan! Entahlah, mudah-mudahan 'lelaki itu' setia bersamanya hingga tahun depan, lantas dapatlah dia mencapai keluarga impiannya itu!
Seorang lagi rakan sekerja juga tinggal bersama partner, yang kedua katanya. Menurutnya partnernya yang pertama dulu tidak bagus, dia sangat kecewa dengan sikap partnernya yang sanggup berlaku curang terhadapnya. Mereka bergaduh dan kemudian mengambil keputusan untuk berpisah. Dia sangat berharap partnernya sekarang berlaku baik terhadapnya, dia mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dengan 2 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Dia harap lelaki yang tinggal bersamanya sekarang adalah lelaki yang bertanggungjawab, "try and error!" Sekiranya kali ini nasib menyebelahinya barulah dia akan memulakan hidup dengan ikatan yang sah!
Sedangkan agama kita sangat melindungi dan memuliakan kita orang perempuan. Lelaki yang ingin mengahwini kita mestilah memberi mahar kepada kita. Setelah menjadi suami, semua urusan yang menjadi tanggungjawab ayah kita berpindah ke bahu suami, termasuklah dosa dan kesalahan isteri akan ditanggung oleh suami sekiranya tidak ditangani. Banyak pula diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam al-Quran dan hadis-hadisnya cara-cara memilih suami/isteri serta mengendalikan sebuah rumahtangga agar sentiasa bahagia lagi diberkati Allah SWT. 14 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami, saya merasa sangat dihargai sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami walaupun bahtera kekadang dilambung ombak, namun terurus dengan rasa keimanan dan tanggungjawab. Syukur ya Ilahi!
Kasihan sungguh kepada rakan-rakan saya di sini, saya melihat betapa sesatnya mereka, hidup dalam kegelapan dan kecelaruan sistem kehidupan yang mereka cipta sendiri. Semakin bertambah pula kesyukuran dalam hati ini dengan anugerah 'addin' yang agung dan sempurna ini. Semoga Allah selamatkan anak cucu dan keturunan saya serta sahabat-sahabat seagama daripada kehinaan sebegini dan semoga Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang dekat dengan saya. Wallahua'lam.
Hari ini saya menghadiri training 'Learning Disability (LD) and Challanging Behaviour'. Satu-satunya training yang telah lama saya idamkan. Alhamdulillah, banyak input yang saya dapat hari ini untuk bidang yang saya ceburi sekarang, juga untuk saya sebagai ibu dan sudah tentu juga berguna sekiranya saya ingin meneruskan kerjaya sebagai pendidik selepas ini.
Tempat bertraining selama 2 hari.......
Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah satu perkara yang kami bincangkan dalam training tadi. Penceramah meminta peserta yang seramai 7 orang (semua perempuan) itu menyenaraikan perkara yang perlu bagi kehidupan seorang manusia normal seperti kita (our needs), maka tersenarailah : Fags (rokok), chocolate, twix, socialise, phone, computer, family etc. Saya menanti apakah mereka akan menyebut apa yang ada dalam minda saya; GOD! Namun sampai sudah perkataan itu tidak keluar. Saya diam saja, saya seorang saja Melayu dan Muslim. Mereka semua Kristian, pada nama sahaja, mungkin kalau nak bercakap pasal agama Kristian saya lebih tahu dari pada mereka sendiri.
Begitulah kehidupan mereka, Tuhan tidak wujud dalam kehidupan seharian, kehidupan mereka tidak perlu kepada Tuhan. Mereka tidak tahu apa Tuhan boleh buat untuk mereka.
Anak-anakku, semoga kamu semua meniti jalan yang lurus.......
Sebenarnya sikap begini boleh kita lihat di kalangan orang-orang Islam sendiri; orang Islam juga ada yang lupa terus kepada Tuhan namun masih mengaku muslim jika mengisi borang. Ada yang ingat sikit-sikit saja, perkara agama buat apa yang dia suka aje; ada pula yang buat sama banyak dosa dan pahala. Pendek kata macam-macam peringkat manusia beramal dengan agama mengikut tahap iman. Ada orang kaya yang hidup tanpa agama tapi bila masjid atau badan-badan agama minta derma murah hati bersedekah. Nampak seolah-olah agama perlu kepada mereka, mereka tak perlukan agama!
Oleh itu renung-renungkanlah maksud firman Allah swt dalam surah al-asr; Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Seterusnya hayatilah bait-bait kalimah Allah dalam ummul kitab yang kita ulang-ulang saban hari; Engkaulah Tuhan yang aku sembah, dan Engkaulah tempat aku memohon pertolongan, tunjukilah daku jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat. Wallahualam.
Diam tak diam sudah 2 tahun kami menghuni bumi UK ini. Bermakna sudah dua tahun saya tidak bersua muka dengan ibunda tercinta dan kaum keluarga di Malaysia. Hanya talian bicara penyambung ukhuwwah, pengubat rindu yang sudah bertimbun di sanubari...
Minggu ini cuaca mulai menyejukkan bumi, autumn ketiga bagi kami. Ketika saya pulang dari bekerja malam tadi suhu di luar 5C, suhu makin menurun menjelang tengah malam dan dinahari, manakala siang dalam minggu ini mengalami suhu antara 8C - 14C. Hari ini pagi-pagi lagi suami keluar menjirus air ke atas windscreen keretanya bagi mencairkan fros yang menyelaputi cermin kereta. Saya telah pun mengeluarkan kot-kot winter dan menyimpan semua kot yang digunakan oleh kami anak beranak sepanjang spring dan summer. Angin yang kuat bukan saja meluruhkan dedaun bahkan juga boleh menumbangkan tubuh manusia. Sering saja saya khautir Nusair jatuh ditiup angin kala dia berlari-lari pergi dan pulang dari sekolah.
Anak-anak pula tidak lagi keluar bermain, suhu sejuk yang menggigit kulit dan menyeri hingga ke tulang hitam menyebabkan mereka melupakan keseronokan alam luar, di depan tv dan komputer saja tempat yang sesuai untuk mereka sepanjang musim sejuk ini.
Saya masih lagi menjemur kain di luar, memanfaatkan sinaran mentari yang cerah di samping menjimatkan tenaga elektrik, menggunakan dryer memakan banyak tenaga elektrik, 'massive!', kata rakan sekerja. Kebas juga tangan ini menghabiskan dua bakul kain untuk pagi ini! Dua ekor binatang manjaan kami, 'Softy and Roughty the Rabbits' seperti biasa berlari dan melompat keriangan di laman belakang rumah, winter dan summer seakan serupa bagi mereka. Sungguh! hebatnya kejadian Allah!
Teringat pengalaman mengembara bersama suami ke Prague dan Vienna tahun 2007 yang lalu. Kononnya ingin merasa musim sejuk dan melihat fenomena alam di negeri orang. Hairan juga melihat orang putih menunggu bas di bawah cahaya matahari, sedangkan saya dan suami duduk dengan selesa di kerusi platform menunggu. Namun kini, jika saya menunggu bas untuk ke bandar atau ke tempat kerja, maka saya juga akan berdiri di bawah sinaran mentari, bahangnya amat selesa dinikmati di musim dingin ini!
Berdebar juga menanti winter 2011 ini, menurut forecast, tahun ini uk akan mengalami suhu melampau. MINI ICE AGE. Bersedia menghadapi kesejukan; mental, fizikal dan pokett!!
Dec 2010: Back garden rumah kami, masa ni baru 2/3 hari berpindah ke Darlington
Minggu ini saya diberi kesempatan untuk mengenali dan 'belajar' menguruskan seorang 'klien' baru. Elly Bratt, gadis kulit putih berusia 29 tahun, learning disability - Autistic. Saya menekan door bell rumahnya dengan hati yang berdebar, apa tidaknya, sebelum ini saya telah mendengar banyak perkara tentang Elly. Dirinya sering dikaitkan dengan aggressive behaviour! Namun cerita-cerita yang saya dengar kebelakangan ini menjadikan hati agak tenang. Elly banyak berubah terutama setelah diberi rawatan psikiatri.
Pintu dibuka dan kelihatan dua perempuan, Lindsay (Carer) menyapa saya, dan dibelakangnya adalah Elly! Saya memperkenalkan diri, kehadiran saya telah pun dimaklumi, alhamdulillah seperti doa saya kepada Allah swt, Elly memberi respon yang baik kepada saya, segera dia memeluk saya dan memimpin tangan saya masuk ke rumahnya. Cuma Elly saja yang tinggal di rumah besar itu, Elly 'one to one support', jadi setiap masa Elly akan ditemani oleh seorang staf yang akan menguruskan segala perkara personal untuknya. Elly membawa saya melawat rumahnya.Dia seorang yang periang, bangga dan ramah bercerita sambil menunjukkan segala persediaan yang dilakukannya untuk menyambut Halloween. Terdapat 'skeleton' besar tergantung di ruang tengah rumah, dan bermacam-macam jenis hantu yang dibuatnya untuk haloween, apabila Elly membuka setor bawah tangga untuk saya menyangkut kot, satu lagi skeleton kecil yang tergantung menyeringai kepada saya! Seterusnya, saya di bawa melihat bilik tidurnya dan setelah itu ke bilik 'sleep over' merangkap office tempat staf menjalankan kerja-kerja dokumentasi!
Di situ Lindsay menunjukkan file-file dan dokumen-dokumen yang perlu saya telaah, Elly tetap menemani kami sepanjang Lindsay memberi taklimat kepada saya. Elly kekadang ketawa mengilai tanpa sebab, mujur juga saya telah biasa dan banyak bergaul dengan golongan learning disabilities , serba sedikit saya telah faham personaliti mereka yang pelik. Kalau tidak memang berdiri juga bulu roma mendengar hilai tawanya yang panjang dan tidak bersebab itu! Akhirnya Lindsay meminta Elly meninggalkan saya di bilik itu untuk menyambung kerja artnya; membuat hantu spider, Elly akur saja.....
Saya membuka komputer dan mula membaca apa saja berkenaan Elly. Saya mula dengan tajuk 'Getting to know Me': Ibu Elly mengidap kanser, kerana itu dia dijaga oleh 'foster carer' yang juga sahabat ibunya. Kemudian dipindahkan ke beberapa 'care home' sehinggalah diserahkan kepada company sekarang. Perangainya yang agak aggressive membuatkannya sering bergaduh dengan kawan-kawan serumah, dan akhirnya dia diputuskan untuk tinggal berasingan di rumah ini.
Sebelum ini Elly sering di bawa keluar bersosial dan membuat pelbagai aktiviti di luar, namun setelah beberapa kali dia mengganggu public, dia tidak dibenarkan keluar dan sekarang dia diberi kaunselling untuk memulihkan keadaannya. Suatu hari nanti mereka berharap Elly akan kembali membuat aktiviti di luar dan bergaul dengan masyarakatnya.
Sepanjang saya di situ dua kali Elly masuk mengganggu saya, saya diheretnya menuruni tangga, melihat spider yang telah disiapkan, diajaknya saya menonton kartun kegemarannya, disuruhnya saya memeluk bear dollnya. Elly memang manja, percakapannya pelat, saya mesti mendengar baik-baik untuk memahami pertuturannya. Dari apa yang saya baca, otaknya cuma boleh memproses 3 perkataan saja dalam satu masa. Oleh itu, staf mesti bercakap secara jelas dan terang dan memastikan dia faham dan dapat menurut arahan. Saya cuba melayani perangai keanak-anakannya dengan baik, walaupun umurnya mencecah 30an, namun aqalnya seperti kanak-kanak 3 tahun. Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan pelbagai keadaan supaya manusia saling memerhati dan memikir, seterusnya mensyukuri nikmat-nikmat Ilahi ke atas diri sendiri.
Selain sejarah Elly, saya juga 'study' Risk Plan, Support Plan, Medication, dan membaca menu makanan dan Support Daily Records, semua ini sebagai persediaan untuk saya bekerja dengannya nanti. Letih juga mata saya membaca tulisan-tulisan di komputer, dua jam di rumah itu, saya meminta diri, 'Come back, come back', kata Elly bila dia tahu saya akan pergi. 'Yes, I will!', jawab saya. Insyaallah, saya akan kembali, banyak lagi perkara yang perlu saya belajar tentangnya sebelum memulakan tugas di rumah itu.
Sepanjang Ramadhan bertadarus bersama keluarga, sebenarnya hanya kami bertiga sahaja; saya, suami dan Iffah yang bertadarus. Jika kena masa bekerja dan saya bermalam di tempat kerja maka saya akan menghabiskan satu juzuk bersendirian dan esok sambung tadarus bagi juzuk yang berikutnya. Terasa seronoknya bertadarus kerana ada orang yang menyemak bacaan kita. Walaupun sering membaca al-Quran, namun ada sahaja kesilapan dalam bacaan terutama baris dan cara bacaan bagi tempat-tempat tertentu. Oleh kerana Iffah dan ayahnya membaca al-Quran online, maka sekiranya ketiga-tiga kami keliru dengan cara bacaan maka dengan senangnya boleh disemak bacaan qari terkemuka, hanya 'di hujung jari', semak saja bacaan qari terkemuka di Quran Explorer, maka akan dapat cara bacaan yang pasti!
Alhamdulillah, menamatkan bacaan pada 29 Ramadhan........
Hari ini hari ketiga, tiga hari sudah Ramadhan berlalu......, muhasabah, apa yang telah kita isi selama tiga hari ini? Saya sendiri terasa masih sedikit amalan yang dibuat dalam masa tiga hari ini. Tadarus juzuk ketiga dalam keluarga, alhamdulillah setakat tiga hari ini kami masih istiqamah! Mudah-mudahan amalan yang secebis ini berterusan. Berzikir rasanya amat kurang sekali, memang saya lemah dalam bab berzikir. Bila teringat mulut kumat-kamit seketika, kemudian hilang dalam khayalan, terleka, sedar-sedar fikiran dah melayang ke arah lain, maklum saja cinta dunia......banyak masa ditumpu kepada urusan dunia, maka banyaklah usaha ditumpahkan untuk dunia...., astaghfirullah!
Bagi memastikan rumah dihiasi dengan al-Quran saya sentiasa membuka youtube-bacaan al-Quran oleh qari terkemuka seperti Sheikh Misyari al-Afasy, Sheikh Shuraim dan Abdul Rahman Sudais, Al-Ghamidy dll. Saya pernah terbaca bahawa air yang dibacakan ayat-ayat al-Quran, molekul-molekul air itu terbentuk dengan cantik sekali. Mungkin juga, sememangnya secara fitrahnya makhluk-makhluk Allah SWT tunduk dan taat kepada Allah. Saya fikir elok juga jika air, makanan dan seisi rumah saya dibacakan al-Quran, moga-moga berkat makanan dan minuman yang menjadi darah daging kami sekeluarga.........dan yang terpenting anak-anak mendengar halwa telinga yang terbaik!
Mujur juga anak-anak tidak tertarik dengan lagu-lagu pop masa kini, mereka tak pernah terdedah dengan perkara seumpama itu. Semenjak kecil saya cuma pasangkan 'nursery rhymes' saja untuk mereka, sampai saya sendiri pun hafal hampir keseluruhan lagu-lagu itu. Bila besar mereka beralih minat kepada kartun pula, di rumah memang jarang saya buka program nyanyian, kalau nak tengok pun masa anak-anak dah tidur, ye lah nak juga tahu siapa penyanyi popular, siapa menang AF, bak kata suami 'buat modal ceramah', saya pula 'buat modal menyapa pelajar dalam kelas!'...........Namun semenjak ke sini, saya langsung tak ambil tahu, entah siapa pulak penyanyi popular tanahair sekarang!
Berbalik kepada bulan yang mulia ini, saya berhajat untuk mentelaah al-Quran, sekali lagi youtube sangat berguna, selain dari pada membaca dari pada Quran terjemahan, saya juga mendengar tafsiran dari pada youtube. Untuk mengelak saya jemu dan hilang tumpuan, saya baca atau klik surah yang saya teringat dan ingin tahu tafsirannya, kalau saya ikut turutan dan mula dari pada al-Baqarah dan seterusnya saya akan mudah lupa. Jadi untuk mengelak perkara tersebut saya cari surah yang saya ingin tahu dan meneroka maksudnya...Cara ini saya dapati lebih baik dan berkesan bagi saya yang mudah hilang tumpuan ini.
Antara yang istimewa dan tidak dapat tidak di bulan yang mulia ini adalah perihal juadah! Kalau di Malaysia sudah maklum Pasar Ramadhan tempat tumpuan, di sini terpaksalah menyalakan api memasak sendiri. Namun rezeki dari Yang Esa tidak kurang juga. Petang ini saja kedua-dua jiran yang baik menghantar juadah-juadah yang enak untuk kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ruqan, jirang berbangsa Bangladesh yang sangat baik akhlak dan agamanya, dari nasi, kuih muih, buah-buahan semua ada. Tidak lupa juga buat jiran yang berusaha Tuan Dr Azam dan Dr Lin yang sanggup drive dari West Cresent ke Trafford Close untuk memberi kami merasa Laksa Johornya yang cukup enak itu, cucur udang tuan Dr juga boleh berkira! Jazkallah, moga Allah membalas segala kebaikan jiran-jiranku dengan kemuliaan dan kasih sayangNya.
Begitulah tiga hari di bulan mulia, moga hari keempat dan seterusnya makin baik dan bertambah amalan isi rumah ini. Selamat berusaha dan berlumba-lumba ke arah kebaikan! Fastabiqul khairat!
Malam penuh keberkatan bermula..............kali kedua menempuh Ramadhan di bumi yang jauh, amat jauh dari ibunda tercinta dan adik-beradik yang dikasihi. Terasa sayu juga, menjalani Ramadhan kali ini, apatah lagi kali ini bukan saja jauh dari sanak saudara malah jauh juga dari kawan dan rakan Melayu seperti tahun lalu. Nampaknya tahun ini kami bertadarus dalam keluarga sahaja. Alhamdulillah baru sebentar tadi suami telah memaklumkan bahawa tadarus di rumah sehari satu juzuk, di samping bacaan individu.
Semasa usrah kaum ibu di Bowburn dua minggu lepas, telah pun dibincangkan bahawa yang terbaik adalah membaca al-Quran beserta menghayati maksudnya, itu adalah azam yang saya sematkan dalam hati. Moga diberi kekuatan dan masa oleh Allah SWT.
Puasa kali ini bermula pada pukul 3.20 pagi hingga 9.13 malam. Menjalani ibadah puasa semasa musim panas memerlukan kesabaran yang tinggi kerana waktu siang yang panjang. Waktu malam pula pendek, singkat benar waktunya, untuk makan minum, berehat, terawih, tidur dan bangun sahur. Pilihannya berjaga sehingga sahur. Nampaknya terpaksa tidur selepas subuh juga. Mungkin agak sukar jika kena dengan hari bekerja. Seawal jam 8 pagi sudah berada di tempat kerja. Namun jarang-jarang mendapat shift begitu.
Dua hari lepas saya disapa seorang rakan sekerja, pemuda berdarah campuran Cina Malaysia dan Inggeris. 'Ramadhan is coming, are you looking foward?' Tergamam saya, tak sangka pula dia ambil berat juga pasal Ramadhan, sedangkan kehidupannya penuh dengan kepura-puraan dunia! 'Yes, I can't wait!', dan dia menggeleng-gelengkan kepala tidak faham. Mungkin dia ingat Ramadhan ini satu bulan penyiksaan bagi orang Islam, lantaran dia ini sangat suka berhujah mempertikaikan itu ini dalam Islam. Kenapa perempuan Islam pakai tudung, kenapa orang Arab pakai purdah, kenapa saya tak going out (keluar berhibur malam), kenapa lelaki Islam boleh kahwin empat sedangkan perempuan tidak boleh dan macam-macam lagi soalan yang saya kena jawab untuk dia. Namun saya sangat seronok mempunyai rakan sekerja seperti ini. Sekurang-kurang nya bergerak juga minda saya walaupun saya terpaksa memerah otak bukan saja memikir jawapan tapi men'translate!'.
Hari pertama puasa bersamaan dengan hari jadi Iffah. Istimewa pula hari jadinya kali ini, disambut sekali dengan Ramadhan. Macam-macam nikmat Allah! Nabhan pula tiada bersama. Berada di Sheffield, di rumah kawannya. Seminggu ini kami akan berpuasa tanpa Nabhan, terasa sunyi pula, selalunya sebahagian tugas saya adalah mengawal Nabhan. Dari bangun tidur saya terpaksa memberi arahan; mandi, gosok gigi, solat, mengaji, baca buku, jangan bergaduh, bla,bla,bla......... Moga dia dapat mengawal diri sendiri di rumah orang.
Nadhila pula telah berjanji untuk berpuasa. Saya sudah tanya dia tadi, kenapa mesti puasa? jawabnya sebab Baby nak rasa macam mana orang susah, tak dapat makan. Kalau tak Baby jadi orang tamak..., saya kata yang pertama kena tahu bahawa puasa itu suruhan Allah, jadi kita puasa sebab taatkan Allah! Lain kali boleh sambung 'lecture' lagi. Saya tak paksa dia puasa, cuma digalakkan mencuba sekadar terdaya, masih lagi dalam proses tarbiyah. Kena difahamkan cara dan hikmah puasa. Jangan berpuasa sekadar adat sahaja!
Begitulah permulaan Ramadhan bagi keluarga kami tahun ini. Harapan menggunung bahawa madrasah Ramadhan kali ini dapat menjadikan ahli usrah kami sebagai hamba yang diredhai Allah. Moga dilapangkan jalan ketaatan bagi kami semua dan ditutup jalan keingkaran, Ya Allah permudahkan kami dengan ketaatan dan halangi kami dari kemaksiatan. Selamat membersihkan diri wahai ummat, moga keluarnya kita dari madrasah ini sebagaimana keluarnya seorang bayi ke dunia ini...............
Dua hari sudah saya merasa kehilangan, satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan sepanjang hidup saya terhadap orang yang tak pernah saya temui seperti Allahyarhamah Dr. Lo'lo' Ghazali. Sesungguhnya saya amat meminati peribadi beliau, wajahnya yang tenang, personalitinya yang matang, keluarganya yang sakinah, dan perjuangannya yang tak kunjung padam.
Walau hanya dapat menatap wajah-wajahnya di dada akhbar dan majalah, namun saya rasa dekat kepadanya, dia idola saya terutama dalam membentuk keluarga dan mendidik anak-anak. Membaca kisahnya dan melihat gambarnya sekeluarga dalam sebuah majalah beberapa tahun yang lalu, membuatkan saya jatuh cinta kepadanya. Bagus keluarganya, anak-anak yang beriman dan menghayati agama. Bersama-sama pula mereka sekeluarga berkelana dalam medan perjuangan mengislah ummah!
Dr. lo'lo', dia memang permata, Moga dapat aku berkongsi permata itu dan kusematkan juga di dalam jiwaku...........
Seandainya kau tangisi kematianku Dan kau siram pusaraku dengan air matamu Maka di atas tulangku yang hancur luluh Nyalakanlah obor buat umat mulia ini Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku Taman-taman di syurga bangga menerimaku Burung-burung berkicau riang menyambut ku Berbahagialah hidupku di alam abadi
Puaka kegelapan pasti akan hancur Dan alam ini akan disinari fajar lagi Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya Janganlah gentar berkelana ke alam abadi Nun di sana fajar sedang memancar
Sungguh ramai yang menziarahinya, curahan doa mengiringi pemergiannya, tanda-tanda bahagia roh Dr. lo'lo' yang pergi mengadap Ilahi.........
Antara perbezaan 'tempat dulu' dan 'sekarang' yang saya perasan adalah ANJING. Semasa di tanah air dulu anjing adalah binatang yang sangat saya takuti, apatah lagi ianya najis yang dikategorikan sebagai najis berat (mughallazah). Dalam hadis pun disebut bahawa air liur dan najis anjing adalah najis mughallazoh, dan dalam mazhab syafie pula anjing itu sendiri adalah najis mughallazah. Tambahan pula pengalaman saya dengan anjing semasa di sana buruk-buruk belaka. Saya pernah terjun dari basikal semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah kerana dikejar anjing, malah itu bukan pengalaman pertama saya dianiayai anjing, banyak kali berlaku sama ada sebelum mahupun selepas peristiwa itu. Saya berasa seolah-olah anjing-anjing tersebut tahu bahawa saya sangat gerun dengan mereka, mendengar salakan pertama anjing sahaja membuat saya terkejut macam kena elektrik, jantung saya berdegup pantas, saya bersedia untuk lari bak 'sprinter'!
Bila saya sampai di sini keadaan amat berlainan. Amat jarang@terlalu sukar untuk saya melindungkan diri saya dari pada anjing. Setiap kali saya keluar dari rumah, saya akan bertemu dengan anjing. Alhamdulillah, anjing di sini sentiasa bersama tuannya. Anjing di sini dijaga dan dibelai, dibelikan mainan, dibawa bersiar-siar, pendek kata anjing adalah sebahagian dari pada kehidupan mereka. Jarang sekali rumah yang dihuni tanpa anjing. Sekiranya di negara kita anjing dipelihara sebagai pengawal rumah atau dijadikan pembantu semasa perburuan, di sini pula anjing dipelihara sebagai binatang manjaan seperti kucing layaknya. Bermacam-macam jenis anjing yang saya lihat, dari pada bull dog sehinggalah anjing baka kecil dan rendah, sangat comel, namun dia tetap ANJING! Andai dia lalu, saya akan ke tepi dan tabik hormat kepadanya!
Semua kawan-kawan sekerja saya memelihara anjing, seorang daripadanya pernah membawa anjingnya kepada saya. Mak ooi besarnya, hampir sebesar anak kerbau! Anjing hitam berusia 8 tahun itu dipanggil 'place', dia makan serba macam, kerap kali kawan saya itu membawa sisa-sisa makanan di rumah kami bekerja untuk anjingnya, termasuklah sayur-sayuran. Saya terfikir, patutlah badannya besar, tolak batu dan kayu! Malah kayu pun digigit-gigitnya!
Pernah sekali semasa saya masih tinggal di Bowburn, saya berjalan bersama Nabhan, tiba-tiba seorang remaja perempuan lalu bersama dua ekor anjingnya yang tidak bertali, sedangkan undang-undang di sini semua anjing yang di bawa keluar ke tempat awam mesti dikenakan tali dan di kawal. Ketika berselisih dengan saya, anjing ini mungkin terbau akan ketakutan saya kepadanya, apa lagi salah seekor dari padanya menerpa ke arah saya, berdiri dan mencium baju saya disamping menyalak 'manja', walaupun saya tahu bahawa anjing itu tidak mencederakan saya, namun ketakutan saya kepada makhluk ini membuatkan saya menjerit-jerit dan terlompat-lompat! Ah! mujur tiada siapa yang merakam aksi saya dalam telefon bimbit, kalau tidak tak tahulah betapa sumbangnya lompatan dan jeritan saya ketika itu. Keadaan tersebut tidak berlarutan kerana tuan anjing pantas memanggilnya, dan masuk ke dalam pagar rumahnya.
Anjing-anjing yang garang di sini tidak di bawa keluar, seperti anjing di sebelah rumah saya sekarang. Anjing ini memang garang, saya tidak pernah melihat rupa anjing itu, hanya mendengar salakannya sahaja saban hari. Di depan pagar rumah jiran saya ini tertulis notis 'ENTER THIS ENTRANCE IS AT YOUR OWN RISK'. Saya pernah melihat beberapa rumah yang mempunyai notis yang sama di pintu pagarnya. Anjingnya memang garang, tuannya pun garang juga, sepanjang 7 bulan saya tinggal di sini tidak pernah saya mengenali jiran saya ini. Ada dua orang yang pernah senyum dengan saya, namun saya kurang pasti adakah mereka penghuni rumah tersebut atau tetamu. Apa yang berlaku setiap hari saya akan terdengar suara tuan rumah itu memarahi dan menengking anjingnya yang kadang-kadang menyalak dengan nyaring. Kerap kali saya mendengar dia menjerit, 'get out!! bla...bla...bla... (swearing).
Sebenarnya bila berhadapan dengan keadaan di sini, baru saya terfikir dengan ikhtilaf di kalangan fuqaha' mengenai masalah anjing. Di negara kita hukum berkenaan anjing sangat syadid dan kita mengamalkan mazhab syafie, di sini pula mazhab maliki lebih sesuai diamalkan kerana pandangannya yang lebih longgar dalam masalah anjing. Ini bersesuaian kerana pengalaman bersentuh dengan anjing adalah biasa terjadi. Kadang-kadang agak sukar mengawal anak-anak yang sukakan anjing, ada sahabat yang membenarkan nak-anak mengusap-usap badan dan kepala anjing, anjing sudah jadi umpama kucing parsi di sini. Mahu saja menggesel-gesel di kaki kita. Hari ini pun anak saya Iffah mengadu bahawa seekor anjing cuba 'bermanja' dengannya ketika dia dalam perjalanan ke sekolah, seluarnya di pijak anjing tersebut, tuan anjing itu membiarkan sahaja walaupun anak saya menjerit-jerit. Mereka sukakan anjing, dan mereka tidak faham kenapa kita sangat sensitif dengan peliharaan yang comel itu.
Menurut Mazhab Syafie seluruh badan anjing dan apa sahaja yang keluar dari pada anjing sama ada air liur, najis, peluh, darah dan muntahnya adalah najis mughallazah, mana kala menurut Mazhab Maliki pula hanya air liur dan najis anjing sahaja yang merupakan najis mughallazah, maka saya menyuruh Iffah membasuh seluarnya yang dipijak anjing itu dengan menggunakan sabun dan dibilas sebagaimana biasa sahaja. Mungkin hari esok anjing tersebut akan datang 'bermanja' lagi dengannya kerana itu adalah laluannya juga! Begitulah bagaimana kita menggunakan keluasan fiqh dalam keadaan dan tempat yang berbeza!
Sabda Rasulullah SAW;
"Jika seekor ANJING menjilat bejana salah satu dari pada kamu sekalian, maka hendaknya kamu menuangkan bejana itu (mengosongkan isinya) kemudian membasuhnya tujuh kali" (HR.Imam Muslim:al-Fiqhu Alal Madzhahibil,Juz I,hal.16).
Salagi tidak dijilat anjing atau terkena najisnya, maka bersihkanlah menurut cara membersihkan kotoran yang lainnya.