cheese, raisin n cranberry's |
Class premium cookies |
Yang ni favourite ummi, fruity nut...sedapp๐ |
Surah ini mengajar tentang kekuasaan Allah SWT yang mencipta langit dan bumi dan menjadikan manusia serta menyempurnakan rupa bentuk kejadiaan manusia... Allah Al- Musawwir. Lalu diutus Rasul kepada manusia dan diberikan kitab keterangan supaya manusia mengenali Allah SWT. Lalu sebahagian manusia mendustakan Rasul-rasul itu. Mereka mempertikaikan kelayakan Rasul-rasul yang juga manusia seperti mereka datang untuk membawa petunjuk kepada mereka.
Allah SWT telah memberi amaran kepada orang-orang kafir ini bahawa mereka akan menerima balasan di Hari Kebangkitan, mereka akan menerima balasan perbuatan mereka.
Bagi orang-orang beriman pula, mereka orang yang beruntung kerana pada hari itu mereka akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya dan itulah kemenangan yang sebenar.
Di dunia ini manusia akan diuji dengan kesusahan dan bala bencana, semua itu tidak berlaku kecuali dengan izin Allah SWT. Oleh itu hendaklah kita bersabar dengan ujian Allah kerana Allah akan memimpin hati orang-orang yang bersabar supaya menjadi tenang menerima setiap dugaan yang diberikan. Orang beriman hendaklah sentiasa bertawakkal dan menyerah diri kepada Allah SWT.
Dalam surah ini juga Allah mengingatkan bahawa harta dan anak-anak adalah ujian kepada orang-orang beriman, hendaklah kita berwaspada dengannya. Jadikan mereka jalan untuk kita mengaut pahala yang besar di sisi Allah. Janganlah mereka menjadi sesuatu yang menjerumuskan kita kepada kemurkaan Allah SWT.
Di akhir surah ini Allah mnegaskan supaya kita sedaya upaya berusaha untuk menjadi orang yang bertaqwa, mendengar pengajaran dan taat kepada Allah, membelanjakan harta kita ke jalan Allah, membuat kebajikan, serta memelihara diri daripada dipengaruhi sifat tamak.
Allah menyebut tentang "Qardhul hasan" iaitu memberi pinjaman kepada Allah, Allah akan melipatgandakan balasan bagi orang yang memberi pinjaman kepadanya.. Oleh itu marilah kita meminjamkan masa, tenaga dan harta kita kepada Allah. Kita tidak akan rugi untuk itu kerana Allah amat-amat menghargai orang yang berbuat baik.
Allah sentiasa mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata dan Allah Maha Bijaksana.....
Waalahu alam.
anak-anak muridku... |
No comments:
Post a Comment