If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Wednesday, 20 May 2020

CATATAN 27 RAMADHAN DAN MENU UCAI

Hari ini mencecah 27 Ramadhan.  Syukur kepada Allah SWT ummi dikurniakan kesihatan untuk melaksanakan puasa dengan baik sehingga ke hari ini. Dapat menambah amalan di bulan yang mulia ini, dapat masak setiap hari untuk keluarga.  Dapat qiyam dan berdoa untuk anak-anak ummi yang dikasihi😍😍😍

Baru sahaja selesai menelaah Surah Al-Muddatthir.  Surah yang diajar kepada pelajar tingkatan 2,
5 ayat yang awal diturunkan ketika Nabi SAW sedang berada dalam selimut, Nabi masih merasa takut kepada Malaikat Jibril a.s yang muncul ketika Baginda SAW sedang mendaki Bukit untuk ke Gua Hira'.

Surah ini merupakan titik permulaan kepada perintah dakwah Rasulullah SAW untuk memulakan tugasan sebagai Rasul, menyeru manusia ke jalan Allah SAW.  Ayat-ayat seterusnya menceritakan betapa dakwah nabi ditentang oleh orang-orang Quraisy.  Disebut tentang seorang pemimpin Quraisy yang menentang dakwah Nabi SAW, seorang yang kaya dan dikelilingi anak-anak yang bersamanya.  Dia adalah Al-Walid bin Mughirah. Orang-orang Quraisy ini berpaling dan sombong ketika diseru kepada agama Islam. Golongan seperti mereka ini akan dimasukkan ke dalam neraka Saqar yang dijaga oleh 19 Malaikat.

Di akhir surah ini diceritakan tentang dialog penghuni syurga dengan penghuni neraka. Penghuni syurga bertanya keadaan penghuni neraka dan apakah yang mereka lakukan di dunia sehingga mereka dicampakkan ke dalam neraka. Terdengar laungan penyesalan penghuni neraka tentang keadaan mereka semasa di dunia yang tidak menunaikan solat, tidak memberi makan orang miskin dan sentiasa berbincang sesama mereka untuk untuk melakukan perkara-perkara yang salah. Mereka juga mendustakan hari kiamat.

Sehingga datanglah hari kiamat itu, barulah mereka terkejut, keadaan mereka seperti keldai liar yang terkejut dan lari daripada singa.  Begitulah keadaan orang-orang kafir.  Ketika itu barulah mereka menyesal, mereka mahu supaya diberikan kitab, dan mahukan hidayah Allah. Tapi masa untuk mereka telah berlalu dan mereka golongan yang terlambat. Mereka kekal dalam neraka Saqar.

Nauzubillah, anak-anak ummi ambil pengajaran.  Jauhilah golongan yang sesat, dan berdoalah supaya kita mendapat rakan-rakan yang baik, sentiasa berkumpul bersama orang yang benar, berbincang perkara-perkara kebaikan di dunia ini. Semoga kita semua berkumpul dalam syurga di akhirat nanti...

.................................................................................................................................................................

MENU RAMADHAN UCAI

Susu goreng budak Jepun😸


Foccacia Pizza

No comments:

Post a Comment