If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Sunday 28 June 2020

TAFSIR AL-QURAN TV HIJRAH SIRI 1










Episod 10 | My #QuranTime | TV AlHijrah 17.06.2020 AYAT 49 - 57

Episod 11 | m/s 9 | My #QuranTime | TV AlHijrah 18.06.2020 AYAT 58 - 61

Episod 12 | m/s 5-6 | My #QuranTime | TV AlHijrah 19.06.2020 (U)


Episod 14 | m/s 10 | My #QuranTime | TV AlHijrah 21.06.2020 AYAT 62 - 69

Episod 15 | m/s 11 | My #QuranTime | TV AlHijrah 22.06.2020


Episod 15 | m/s 11 | My #QuranTime | TV AlHijrah 22.06.2020 AYAT 70 - 76

Episod 16 | m/s 12 | My #QuranTime | TV AlHijrah 23.06.2020 AYAT 77 - 83

Episod 17 | m/s 13 | My #QuranTime | TV AlHijrah 24.06.2020 AYAT 84 - 88

Episod 18 | m/s 14 | My #QuranTime | TV AlHijrah 25.06.2020 AYAT 89 - 93

Episod 19 | m/s 10-12 | My #QuranTime | TV AlHijrah 26.06.2020 (U)

Episod 20 | m/s 13-14 | My #QuranTime | TV AlHijrah 27.06.2020 (U)

Episod 21 | m/s 15 | My #QuranTime | TV AlHijrah 28.06.2020 AYAT 94 - 101

My#QuranTime 29 Jun 2020 Episod 22 My QuranTime My AYAT 102 - 105

My#QuranTime 30 Jun 2020 Episod 23 My QuranTime My AYAT 106 - 112

Episod 24 | m/s 18 | My #QuranTime | TV AlHijrah 01.07.2020 AYAT 113 - 119

Episod 25 | m/s 19 | My #QuranTime | TV AlHijrah 02.07.2020 AYAT 120 - 126

Episod 26 | m/s 15-17 | My #QuranTime | TV AlHijrah 03.07.2020 609 views•Jul 3, 2020 (U)

My#QuranTime 4 Julai 2020 Episod 27 My QuranTime My (U)

My#QuranTime 5 Julai 2020 Episod 28 My QuranTime My AYAT 127 - 143

Episod 29 | m/s 21 | My #QuranTime | TV AlHijrah 06.07.2020 AYAT 135 - 141

JUZUK KEDUA

My#QuranTime 7 Julai 2020 Episod 30 My QuranTime My AYAT 142 - 145




Monday 8 June 2020

QURAN TIME, SPANISH OMALETTE DAN NAN CHEESE BREAD

Alhamdulillah, pagi ini tadarrus Al-Quran kita sekeluarga telah pun masuk juzuk ke-3.  Alhamdulillah biiznillah kita mampu istiqamah setakat ini.  Dapat membaca dan memperbetulkan bacaan setiap dari kita.  Umi pun ada lagi kekadang tersilap baca atau salah makhraj huruf...  Semoga kita akan terus bersama Al-Quranul karim sepanjang hidup kita.

Seusai solat subuh.....
Hari ini bermula program QuranicHour di Tv Al-Hijrah.  Entri ini ditulis sambil mendengar program ini... Mudah-mudahan ummi diberi kesempatan bersama mengikuti program ini di TV Al-Hijrah sehingga khatam Al-Quran.  Jangkaan program ini akan berlangsung selama dua tahun.. Insyaallah.

SPANISH OMALETTE
Ini breakfast ummi dan ayah kemarin.  First try, tasteful, alhamdulillah.  Resepi youtube, macam biasa.
A
1 biji potato russet
bawang holand
kobis
sedikit garam
Goreng sehingga masak dan ketepikan.
B
3 biji telur, tapi ummi guna 5 biji.
black pepper
corriander leaves
C
Cheese mozarella / cheddar

Cara:
Masukkan A dalam B, Tuang separuh dalam pan apabila minyak cukup panas.  Tunggu sekejap dan tabur cheese. Cover dengan lebihan bancuhan telur. Apabila sebelah bawah dah masak, terbalikkan guna pinggan.  Ummi guna periuk ajaib, senang boleh terus balikkan dengan periuk tu.. Jadi, ayah dah tunggu kat meja. haha...

Hari ini ayah keluar breakfast dengan old friend UIA.  So, ummi buat nan cheese bread dan kari ikan termenung lemak.  Senang je buat nan cheese ni....

Kegemaran semua anak-anak..
terima kasih kepada youtuber yang share resepi. 

1 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu besar yis
Bancuh dan biarkan sekejap

2 cawan tepung gandum, umi guna 3 cawan
(tambah ir suam dalam 1/4 cawan supaya doh lembut)
1 sudu teh garam
Bila yis kembang boleh gaul dengan tepung. Uli sedikit dan masukkan 1 sudu besar margerin (1 scoop heap), uli sehingga tak lekat di tangan. Rehatkan doh dalam 45 minit.Sementara itu boleh sediakan cheese, boleh guna cheddar atau mozarella.  Cheese keping pun bolehlah.

Umi bahagi doh kepada 5 bebola sebab hari ini kita berlima sahaja.  Canai buh cheese ditengah dan tutup, leperkan dan roll lagi, lenser pan dengan margerin sikit dan buh dlm pan tu. bila dah elok brown balikkan. sekejap sja prosesnya...

Ni rupa mozarella bila roti dicarik...๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
Sekian saja ye, semoga semua perkongsian ini memberi inspirasi untuk anak-anak tika berada di dapur suatu masa nanti๐Ÿ‘ช๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–

Sunday 7 June 2020

STRESS, PANELIS MOOTING, CUCUR UDANG DAN BARBER IN THE HOUSE

Ish ish ishhh... Banyak perkara nak cerita.......

Pertama tentang family bonding kita.  Kuliah akidah yang selalu berlangsung selepas maghrib kita berhentikan seketika untuk memberi laluan kepada satu tajuk perbincangan yang ummi dan ayah kira penting untuk kita bersama, iaitu TANDA STRESS YANG BAHAYA.  Perbincangan berdasarkan youtube ZONKULIAH, ceramah oleh Pakar Psikiatri Dr Rustam.

TANDA-TANDA STRESS YANG BAHAYA

Mudah-mudahan anak-anak mendapat manfaat yang banyak daripada dua sesi perbincangan yang kita adakan.
Malam ni kita sambung lagi kuliah aqidah kita....

Hari ini pula kakak buat pertama kali muncul di FB sebagai panelis forum Mooting....Tahniah Kakak kerana telah mara selangkah lagi kehadapan...We proud of you๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—


Usaha yang baik kakak!  Semoga terus maju dan menjadi pejuang keadilan suatu masa nanti, insyaallah biiznillah.

Ummi juga nak up pasal menu kegemaran ayah dan anak-anak yang ummi masak sehari dua ni.  Ni menu dua hari lepas, "cekodok"... hehe @ cucur udang atau cucur bilis.

Ha x nampak udang?? ohh sebab takde udang, so jadi cucur bilis...
ni ummi nak bagi resepi, kot-kot anak-anak nak buat nanti:

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
bawang
sayur-sayuran seperti taugeh, karot, sengkuang, daun bawang atu apa-apa yang sesuai..
garam
satu sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar minyak
Udang atau bilis
1 cawan air 

Gaul semua, tambah air sampai elok (konsisten) boleh goreng.  Kalau nak jadi bulat macam ummi buat kena guna senduk khas yang ummi beli tu, kalau malas taruk saja dalam kuali..haha ummi xbuat banyak rules...

Makan dengan kuah kacang atau sos chilli thai๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘



Next about 'barber in the house' pulak๐Ÿ‘ณ๐Ÿ‘ณ๐Ÿ‘ณ

No choice, hahaha.....


Nak buat camana la Ucai, ummi rimas tengok rambut anak ummi panjang menyerbunn.... Ucai terpaksa serah kepala kat ayah.  Not bad, boleh la walaupun amatur..... 

Begitulah kisah-kisah dalam keluarga dalam seminggu ini, boleh simpan di sini untuk kenangan di kemudian hari..... Nikmat-nikmat Allah yang patut kita syukuri sepanjang PKP ini.

Thursday 4 June 2020

POTATO BUN DAN KULIAH AQIDAH



2nd testing potato bun menggunakan potato flakes. resepi sama seperti bun yang ummi buat sebelum ni, cuma tambah potato flakes, tambah kuantiti air suam supaya doh lembut dan tambah telur juga.

Bahan-bahan:-

1 paket yis (11 gram)
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 3/4 cawan air suam
Bancuh dan biarkan yis kembang
Masukkan sebiji telur (gred B, klu gred C 2 biji)

4 cawan tepung high protin
4 sudu besar potato flakes
1 sudu garam
2 sudu besar margerin

Cara buat seperti biasa..combine tepung, potato flakes dan garam. Mix bancuhan yis dengan tepung, Uli-uli sedikit dan masukkan margerin.  Uli sampai tak lekat di tangan.  Rehatkan 10 minit dan uli lagi sekejap.  Tutup dan rehatkan hingga doh betul-betul  naik, bentukkan dan bakar.  Suhu oven sangat penting untuk bakar roti.  Umi guna oven fotile, suhu mesti 180C dalam 10 ke 20 minit.






Bun ni sangat lembut, puas hati. Rasanya juga lemak manis.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KULIAH AQIDAH


Alhamdulillah, selepas Ramadhan dan Eid, sesi family bonding diteruskan dengan kuliah aqidah pula.  Kuliah setiap malam selepas solat maghrib.  Ayah akan membaca kitab aqidah, Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal jamaah. Ayah akan berkuliah selama setengah jam, selepas itu sesi Q & A yang biasanya akan berlanjutan.  Banyak saja persoalan dan perkongsian daripada ummi dan anak-anak.  Alhamdulillah sangat bermanfaat.

Ustaz glamer๐Ÿ˜‰
Haa siapa yang kena soal tu???
Begitulah salah satu cara kita memanfaatkan hari-hari dalam PKP ini, alhamdulillah boleh buat perkara yang tidak mampu kita buat pada masa lalu, lantaran dulu ayah akan sangat sibuk menjelang petang untuk prepare kuliah maghrib setiap hari dan akan tergesa-gesa bersiap untuk segera sampai ke masjid sebelum maghrib tiba. Kini ayah sentiasa bersama kita, boleh la kita bersama menuntut ilmu.  Masyaallah๐Ÿ’“

Durham community pop up di FB hari ini.  Rindu dengan program-program DurhamMy...