2nd testing potato bun menggunakan potato flakes. resepi sama seperti bun yang ummi buat sebelum ni, cuma tambah potato flakes, tambah kuantiti air suam supaya doh lembut dan tambah telur juga.
Bahan-bahan:-
1 paket yis (11 gram)
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 3/4 cawan air suam
Bancuh dan biarkan yis kembang
Masukkan sebiji telur (gred B, klu gred C 2 biji)
4 cawan tepung high protin
4 sudu besar potato flakes
1 sudu garam
2 sudu besar margerin
Cara buat seperti biasa..combine tepung, potato flakes dan garam. Mix bancuhan yis dengan tepung, Uli-uli sedikit dan masukkan margerin. Uli sampai tak lekat di tangan. Rehatkan 10 minit dan uli lagi sekejap. Tutup dan rehatkan hingga doh betul-betul naik, bentukkan dan bakar. Suhu oven sangat penting untuk bakar roti. Umi guna oven fotile, suhu mesti 180C dalam 10 ke 20 minit.
Bun ni sangat lembut, puas hati. Rasanya juga lemak manis.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KULIAH AQIDAH
Alhamdulillah, selepas Ramadhan dan Eid, sesi family bonding diteruskan dengan kuliah aqidah pula. Kuliah setiap malam selepas solat maghrib. Ayah akan membaca kitab aqidah, Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal jamaah. Ayah akan berkuliah selama setengah jam, selepas itu sesi Q & A yang biasanya akan berlanjutan. Banyak saja persoalan dan perkongsian daripada ummi dan anak-anak. Alhamdulillah sangat bermanfaat.
Ustaz glamer😉 |
Haa siapa yang kena soal tu??? |
Durham community pop up di FB hari ini. Rindu dengan program-program DurhamMy... |
No comments:
Post a Comment