If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Wednesday 23 November 2011

HAPPY BIRTHDAY UCAI - 5 tahun


Sangat gembira dengan ketibaan hari jadinya, "Umi, can't believe it!" katanya, "Mana hadiah Ucai?", biasa la soalan penting.....


Kalau kat Malaysia mesti kek Ucai lebih meriah............


Baju Thomas, Thunder Jet dan kad Pirate.....semua kegemaran Ucai, Umi dan Ayah mahu Ucai menikmati keseronokan alam kanak-kanak yang akan berakhir suatu masa nanti.....


Kenangan Ucai dan Ayah


dan Umi juga...


KakCik pun tumpang glamer....


Abang Aan pun nak tolong Ucai....

Tiga beradik, moga saling berkasih sayang......

Part kegemaran KakCik, tu yang beriya nak menolong..........

Apa Ayah tulis ni??? kecik tulisan ayah, payah nak baca.....


Daripada Kakak, Abang Aan dan KakCik.....

Semoga anakanda membesar sebagai anak yang baik, rajin belajar dan hormatkan orang tua......

Tuesday 15 November 2011

TUHAN TAK PERLU???

Hari ini saya menghadiri training 'Learning Disability (LD) and Challanging Behaviour'. Satu-satunya training yang telah lama saya idamkan. Alhamdulillah, banyak input yang saya dapat hari ini untuk bidang yang saya ceburi sekarang, juga untuk saya sebagai ibu dan sudah tentu juga berguna sekiranya saya ingin meneruskan kerjaya sebagai pendidik selepas ini.
Tempat bertraining selama 2 hari.......

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah satu perkara yang kami bincangkan dalam training tadi. Penceramah meminta peserta yang seramai 7 orang (semua perempuan) itu menyenaraikan perkara yang perlu bagi kehidupan seorang manusia normal seperti kita (our needs), maka tersenarailah : Fags (rokok), chocolate, twix, socialise, phone, computer, family etc. Saya menanti apakah mereka akan menyebut apa yang ada dalam minda saya; GOD! Namun sampai sudah perkataan itu tidak keluar. Saya diam saja, saya seorang saja Melayu dan Muslim. Mereka semua Kristian, pada nama sahaja, mungkin kalau nak bercakap pasal agama Kristian saya lebih tahu dari pada mereka sendiri.

Begitulah kehidupan mereka, Tuhan tidak wujud dalam kehidupan seharian, kehidupan mereka tidak perlu kepada Tuhan. Mereka tidak tahu apa Tuhan boleh buat untuk mereka.

Anak-anakku, semoga kamu semua meniti jalan yang lurus.......

Sebenarnya sikap begini boleh kita lihat di kalangan orang-orang Islam sendiri; orang Islam juga ada yang lupa terus kepada Tuhan namun masih mengaku muslim jika mengisi borang. Ada yang ingat sikit-sikit saja, perkara agama buat apa yang dia suka aje; ada pula yang buat sama banyak dosa dan pahala. Pendek kata macam-macam peringkat manusia beramal dengan agama mengikut tahap iman. Ada orang kaya yang hidup tanpa agama tapi bila masjid atau badan-badan agama minta derma murah hati bersedekah. Nampak seolah-olah agama perlu kepada mereka, mereka tak perlukan agama!

Oleh itu renung-renungkanlah maksud firman Allah swt dalam surah al-asr; Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Seterusnya hayatilah bait-bait kalimah Allah dalam ummul kitab yang kita ulang-ulang saban hari; Engkaulah Tuhan yang aku sembah, dan Engkaulah tempat aku memohon pertolongan, tunjukilah daku jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat. Wallahualam.

Monday 14 November 2011

I LOVE AUTUMN 2011

Selama setengah jam saya mengambil masa berjalan kaki dari tempat kerja untuk pulang ke rumah. Ini merupakan percubaan pertama saya berjalan kaki memandangkan tempat kerja baru saya lebih hampir dengan rumah berbanding dulu.

Hari ini pula cuaca lebih stabil daripada hari-hari sebelumnya, lebih nyaman dan kurang kedinginannya! Jadi saya dapat berjalan dengan selesa, saya kira jika saya berjalan laju dan sekata, saya cuma mengambil masa 15 minit saja untuk sampai ke rumah, namun disebabkan saya selalu alah berjalan kaki dan mempunyai masalah otot, maka saya mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan dalam minggu ini setiap hari saya bekerja. Maka saya berlenggang lenggok saja laa...


Sepanjang jalan pula saya menyaksikan pemandangan indah musim luruh, pohon-pohon berdaun lebat sedang galak menggugurkan dedaunnya yang kekuningan. Sungguh saya amat takjub dengan keindahan alam di musim luruh ini. Segera pula kenangan menerpa benak fikiran.  Ayah seorang penoreh getah. Tika melihat dedaun luruh di sepanjang jalan ini, terkenang zaman lampau, musim pokok-pokok getah meluruh, tebal betul daun-daun getah yang jatuh ketika itu sehingga tidak kelihatan permukaan tanah di kebun getah ayah. Menurut ibu saya getah kurang mengeluarkan hasil semasa musim luruhnya, bermakna kuranglah juga pendapatan ayah yang telah sedia seadanya itu.....


Kini..., saya menapak di bumi asing, memang tidak pernah terlintas di fikiran ini bahawa suatu hari saya akan bernafas di sini. Masyaallah! Sesungguhnya Dia perancang terunggul, Dia memberi apa saja dan kepada siapa sahaja. Maka aku di antara penerima anugerah yang nikmat ini. Nikmatnya mataku menyantap keindahan alam di waktu ini.........





Tepi Sungai Red Hall...........
Sayang masih tidak berpeluang membawa anak-anak berposing untuk autumn kali ini. Minggu kebelakangan ini matahari mahu tak mahu saja menjengul. Hari-hari redup saja renungannya..............Tambahan pula, saya dan suami agak sibuk dengan kerja dan sambutan aidil adha yang masih belum habis, jemputan dan kunjungan masih berjalan. Waktu siang pula semakin pendek, cepatnya gelap bumi di sini, tiada peluang lagi untuk anak-anak berada di luar, sekolah tamat di waktu senja, tiba di rumah malam menerpa! Depan tv saja tempat mereka, laptop saya juga yang jadi mangsa mereka................
Ucai di depan rumah

dalam perjalanan ke sekolah............