If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.
Showing posts with label usrati habibati. Show all posts
Showing posts with label usrati habibati. Show all posts

Monday, 9 October 2023

DI AMBANG SPM 2023




Rakan-rakan seperjuangan dari pada tingkatan satu....


Tahun ini merupakan tahun penting untuk Ucai.  Tahun terakhir Ucai di alam persekolahan.  Terasa sekejap sahaja Ucai melalui hari-hari menuntut ilmu di SAKBA.  Banyak peristiwa pahit manis yang telah dilalui oleh Ucai dan kawan-kawan selama hampir lima tahun di sekolah ini.  Proses pembelajaran yang mematangkan!

Umi ingin tinggalkan foto kenangan bersama sedikit coretan buat kenangan dan ingatan Ucai di masa depan. Ini hanya beberapa episod yang sempat dirakam oleh parents dan guru-guru. 


PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA RUMAH PHOENIX

Juadah disediakan cara pot luck.  Banyak makanan parents bawa, tak terhabis.  Puas anak-anak Pheonix makan. Lepas maghrib sambung makan lagi.... Semoga diberkati rezeki  bulan Ramadhan.

Kakak pun join

Kita semua kuning la support Pheonix💪💪💪

Ucai dan kawan-kawan tolong angkat makanan..


Pheonix girls💗💗💗

PROGRAM KELAS TAMBAHAN  

Banyak program Kecemerlangan, salah satu adalah kelas tambahan.  Kelas apa umi tak pasti. Ini antara gambar-gambar yang cikgu hantar setiap minggu.



Ini mesti kelas kimia Cikgu Azman



MESYUARAT AGONG PIBG 2023/2024

Ayah letak jawatan dan dilantik semula sebagai wakil PIBG tingkatan 5



HARI KANTIN / USAHAWAN MUDA

Umi dan ayah dari Perlis, singgah di SAKBA melawat Ucai.  Banyak gerai dan meriah Hari Katin sekolah Ucai.




Lagi program kecemerlangan..... tak pasti program apa ni





Salah satu sesi lawatan mingguan.  Mesti bawa makanan dan kudapan. Makan sambil dengar dengan teliti weekly report😂

GOTONG ROYONG MADANI

Umi ambil peluang beramah mesra dengan classmate Ucai

Semua tunjuk kat Ucai sebab..... ayah belanja pizza😆

Gegirls 5 ALUMINIUM.....

Actually 6 orang.....Ucai, Alif, Adam, Fahmi. Dua lagi tak tahu ke mana..

Makan pizza dan nasi lemak... Air sihat tu😉

Kakcik tumpang memeriahkan 


Sebelum pulang posing dulu..  


PROGRAM SOLAT HAJAT DAN KOFERENSI WARIS TINGKATAN 5

Manalah Ucai???



Motivasi oleh wakil PIBG Tingkatan 5....

Pass baton..... Ayah nak pergi court pulak.  Umi ambil alih...

Meriah DM SAKBA dengan menu daripada ibu bapa..


COFFEE BREAK (CB) PROGRAM KELAS KECEMERLANGAN HARI AHAD

Coffee Break ni adalah pakatan ibu bapa yang prihatin dengan anak-anak yang mengikuti kelas tambahan, guru muda dsb pada pagi ahad.  Persatuan mak-mak ni pun turunlah menyantuni anak-anak yang kelaparan setelah penat belajar.... Pukul 10 pagi hari ahad umi sedia hadir untuk serve makanan untuk Ucai dan kawan-kawan.. Duit tabung CB adalah sumbangan parents..

Beginilah keadaannya bila kaunter dibuka....

Nasi lemak 2 bungkus sorang... roti krim dan ayaq sirap...

Sedap air sirap masa cuaca panas.....


Nasi lemak banyak ni..

Minggu ini special sikit.  Order macaroni meatball dengan kawan umi...

Sekali sekala kita serve western food..


Ini kelas apa yer?😅Bubuh je la sebagai kenangan....

Demikianlah serba sedikit kutipan memori untuk disematkan di sini.... Simpan saja... Bila tua ingatan pun makin pudar. Jadi, kita catatkan di sini supaya nanti boleh ulangkaji...💖

Sunday, 7 May 2023

LONG CALL KAKAK IFFAH NABIHA

 14 APRIL 2023 tarikh bermakna untuk Kakak Iffah Nabiha.  Hari penerimaan masuk Kakak sebagai peguam Mahkamah Tinggi Malaya.  Umi Ayah Atuk Nenek  Aunty Munie dan Kak Sarah hadir menyaksikan Kakak Call to the Bar di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pelanggan Capitol turun temurun, dulu Ayah berulang ke Capitol,
sekarang anak pulak...ini memang Anak Bapak😂

Sesampainya di Mahkamah Kuala Lumpur


Sebelum masuk ke Mahkamah.  Dalam beg hijau tu hadiah untuk 
Master n Mover

Gambar curi sebelum mula prosiding....

Bittaufiqillah..Selesai....Senyum seorang peguam muda😇

Bersama Master, Mr Heng Yee Keat Peguam yang melatih Kakak

Mr Andrew Heng Yeng Hoe selaku  mover Kakak (peguam pengusul) 



4 Lawyers VS a Teacher😉




Sering ke sinilah la pulak lepas ni gamaknya.....


Terima kasih Atuk dan Nenek... Jauh datang
untuk support cucunda sulong


Lagi... 3 lawyers VS a Teacher


Terima kasih juga Kak Sarah Syahirah sudi datang memeriahkan 
hari istimewa Kakak.. walaupun Mahkamah ni tempat
dia ulang alik setiap hari....




Diraikan rakan-rakan dari CLO


Anak didik Kakak aka juniors di CLO


Kakak and Aunty Munie ( favorite anak2 sedara)😘



Ruang legar Mahkamah Kuala Lumpur

Semoga Kakak terus maju jaya dalam bidang ini.  Kakak akan mula bekerja sebagai advocate and solicitor di firma Tetuan Zain & Co pada 8 Mei, 2023.  Hari ini 7 Mei, bermakna esok hari pertama Kakak bekerja...
Good luck Kakak.  Umi doakan Kakak diberi kesihatan yang baik, mendapat taufik dan hidayah Allah SWT dalam apa sahaja urusan Kakak, semoga dipimpin olehNya....