If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Monday 25 October 2010

AGAMA YANG MULIA DAN DIMULIAKAN

Bersembang dengan suami lewat petang semalam membuat saya terfikir akan kebenaran betapa bertuahnya menjadi seorang muslim. Suami baru saja pulang dari Scarborough, menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar  kita dari beberapa buah universiti di sini. Kebetulan beliau bertemu dengan seorang pelajar al-Azhar, Mesir yang turut bersama dalam program tersebut. Pelajar itu datang ke sini setiap kali cuti panjang untuk bekerja di ladang-ladang bagi membiayai pengajiannya di al-Azhar.

Menurut suami pelajar itu memberitahu bahawa majikannya sangat suka kepada pekerja Melayu kerana berdisiplin dan tidak minum arak. Mereka juga amanah dan rajin bekerja. Majikannya tahu bahawa mereka perlu solat dan menetapkan 15 minit untuk waktu solat, namun  dia dan kawan-kawannya hanya mengambil masa 10 minit saja untuk solat, kemudian terus kembali ke tempat kerja. Sikap mereka yang baik ini sangat menarik perhatian majikan mereka. Oleh sebab itu mereka mudah mendapat pekerjaan di sini.

Daripada pengalaman saya sendiri, rakan-rakan staf di tempat kerja tidak bermasalah dengan amalan saya sebagai seorang muslim. Ada yang telah biasa dan faham dengan Islam dan ada yang baru pertama kali berpeluang bergaul dengan seorang muslim seperti saya. Seorang staf yang bekerja dengan saya bertanya apa agama saya. Saya jawab Islam. Dia pelik bila saya datang pakai scarf, apakah saya perlu memakainya setiap masa? Saya jawab, tidak, cuma di hadapan lelaki yang bukan family. 'Oh, sekiranya Jay datang, awak kena pakailah ye?(Jay adalah Community Manager kami, dia seorang saja 'expected gentleman' yang mungkin datang ke rumah itu selain dari orang 'handy mandy' kerana kedua2 tenant di rumah itu perempuan, jadi semua carer adalah perempuan). Saya jawab kepadanya, 'benar'.

Saya bekerja di rumah kedua pula, di sini lagi mudah kerana telah ada seorang muslim yang bekerja. Mereka telah faham dengan rutin seorang muslim. mereka bukan saja suruh saya solat, malah ada antaranya yang pesan supaya saya 'pray' untuk dia sekali! Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan hambanya.

Bila bercakap mengenai ibadat puasa, mereka sangat kagum dengan kita yang boleh berpuasa seharian kerana menunaikan tuntutan agama. Ramai yang terkejut, 'not even water?' Itulah yang biasa mereka tanya bila saya kata puasa tu tak boleh makan dan minum dari pukul 3 pagi hingga maghrib (macam upin dan ipin plak).

Baru-baru ini kami disyaratkan dengan dress cord, siap dengan arahan memakai tudung hitam bagi yang bertudung. Setahu saya, saya jelah yang pakai tudung di situ! Saya tak berapa minat pakai tudung hitam, selalunya saya pakai tudung berwarna cerah dan bersulam, mereka pula gemar membelek manik dan corak sulaman tudung saya.

Iffah, puteri saya yang belajar di Durham Johnston pula, menceritakan bahawa terdapat kawan-kawannya yang tolong jaga auratnya. Mereka susah hati bila masa P.E, sekiranya Iffah melompat dan ternampak lehernya, sedangkan tiada pun pelajar lelaki di situ kerana mereka melakukan aktiviti berasingan untuk subjek tersebut.

Kebelakangan ini kami sibuk mencari rumah yang sesuai yang berdekatan dengan tempat kerja untuk disewa. Apa yang menghairankan, banyak rumah yang diklankan dengan syarat 'no smokers'. Hairan, kerana tidak pernah pula saya tengok di negara kita ada pemilik rumah sewa yang bagi syarat sebegitu. Iya, kebanyakan ulama kita mengharamkan rokok kerana ayat al-Quran menegaskan; jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan!

Mungkin di beberapa tempat di England atau UK amnya, kita lihat terdapat permusuhan antara orang Kristian dan orang Islam seperti yang berlaku di Leceister baru-baru ini. Namun apa yang saya faham, bandar-bandar seperti Leceister, Manchester dan beberapa bandar seumpamanya telah dikuasai oleh orang-orang Islam dari Pakistan dan Bangladesh. Sebahagian besar daripada mereka adalah imigran yang datang ke sini, menetap dan membuat masalah di sini. Mereka orang-orang islam yang telah hilang arah agama, namun masih dikenali sebagai muslim. Maka personaliti buruk yang mereka hidangkan kepada masyarakat Barat itulah yang menjadi modal pihak tersebut untuk menyerang Islam.

Sepanjang setahun di sini kami sekeluarga tidak bermasalah dengan 'agama' yang menjadi pakaian kami. Malah terasa mulia pula bila berurusan, mereka tanya, "kamu tak minum alkohol kan?". Itu pula soalan pihak yang menguruskan gereja di hadapan rumah saya ini, bila kami ingin menyewa dewan gereja untuk program kami. Mereka tak benarkan alkohol di dalam gereja walupun itulah minuman kegemaran mereka.

Benar, Islam agama yang mulia, cuma benarkan yang baik-baik saja, tiada alkohol, tiada rokok, umat yang berdisiplin, taat beribadat, menjaga amanah, ah! Betapa mulianya menjadi seorang muslim, di mana saja kita berada kita kan dipandang mulia dengan agama ini, Islam yang mulia, umatnya dimuliakan!

Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamumu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu
nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagi kamu... (Al Maa-idah:
3)

Sunday 24 October 2010

FUNERAL PLAN

Kini masuk bulan ke2 saya bekerja sebagai enabler. Bidang baru ini sangat berlainan dengan pekerjaan sebelum ini, baik dari segi bidang tugas, kedudukan, apatah lagi 'pendapatan'. Di sini saya bekerja mengikut shift, antara 4 - 8 jam, atau sehari semalam sekiranya saya dijadualkan untuk 'sleep over'. Setakat ini saya bertugas di dua buah rumah, alhamdulillah, pekerjaan ini selesa dan saya kira amat sesuai untuk saya sebagai wanita kerana banyak melibatkan 'household dan nursing'. Semua staf menerima kehadiran saya dengan baik dan mereka tidak lokek membantu jika saya memerlukan bantuan. Seperti biasa, masalah utama saya adalah bahasa. Di samping masalah 'speaking and listening', saya juga terpaksa buat 'daily report' dan juga kena siapkan worksheet dan workbook, kena jawab soalan macam budak sekolah menengah. Tu pun saya banyak tiru jer, kalau nak harap saya buat sendiri sampai bila pun tak siap ( tiru pun tak siap-siap lagi nih!).

Minggu lepas saya bekerja tiga hari, Isnin, Selasa dan Rabu. Hari Selasa saya bersama seorang staf ditugaskan membawa seorang 'tenant' keluar ke bandar. Di samping membeli barang-barang personal, kami bawa dia ke kedai 'cat kuku', dia ni suka kukunya dicat.

Tempat yang kami pergi selepas itu sangat menarik perhatian saya, kami membawanya ke pejabat yang menguruskan pengkebumiannya(Funeral Assosiation). Menurut staf yang bersama saya itu, kami kena menguruskan plan untuk pengkebumian tenant itu. Saya bertanya adakah semua orang kena buat 'plan' untuk pengkebumian? Menurutnya, tidak semua, dia sendiri tidak buat, dan tidak mahu membuatnya.



Saya teringat akan perbualan saya dengan ibu mengenai kematian suatu ketika dulu. Masa itu saya masih di sekolah menengah. Ibu saya menceritakan bahawa orang tua-tua dahulu sentiasa menyimpan kain kafan di rumah mereka. Saya tidak pasti adakah amalan orang tua kita menyimpan kain kafan di rumah ini kerana mereka sukar membelinya ketika berlaku kematian, maklumlah dahulu kala untuk sampai ke bandar memang mengambil masa yang agak lama. Mungkin sebab itulah mereka sentiasa bersedia dengan peralatan untuk menguruskan jenazah.

Ataupun satu kemungkinan lain, mereka sentiasa mengingati kematian dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Setiap kali membuka almari untuk mengambil pakaian, maka akan ternampaklah 'pakaian terakir' yang akan dipakai oleh mereka.

Teringat juga hadis Nabi SAW, bahawa 'orang yang paling cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati'. Mati dan kematian sangat menggerunkan, saya tidak menafikan sifat cintakan dunia dan takut mati yang diamarankan oleh Rasulullah SAW itu  sering membelenggu jiwa dan kehidupan saya sendiri, sementelahan lagi di ambang 40an ini. Takut mati, takut tinggalkan suami dan anak-anak, takut memikirkan nasib sendirian di alam kubur. Apakah natijah daripada ketakutan-ketakutan ini? Tidakkah kita pun ada plan kita sendiri untuk menghadapi kematian walaupun bukan Funeral Plan? Jawapannya 'kita perlu ada'. Sebagaimana kita merancang untuk kehidupan esok, sepatutnya kita tidak lupa menyelitkan 'plan' kematian yang akan datang menerpa pada bila-bila masa.

Mari kita mulakan dengan solat, segerakan solat jangan dilengahkan, beri tumpuan, jaga ingatan jangan dibuai khayalan. Jauhi sifat lalai dalam solat yang disebut dalam surah al-kafirun, dan mudah-mudahan kita termasuk di kalangan orang-orang yang memelihara solat seperti yang disebut Allah dalam surah al-mukminun.

 Maka wahai diri, jadilah orang yang cerdik, ingatlah mati, sempurnakanlah ibadat, laksanakakan amanah dan tanggungjawab, lazimkanlah sifat-sifat mahmudah dan berjihadlah untuk kejayaan hidup seorang insan yang muslim, mukmin dan mukhsin. Wallahu a'lam.

Thursday 21 October 2010

OUR OPEN HOUSE OR HOUSE OPEN

TETAMU BERAYA DI 15, DURHAM ROAD

RUMAH AMIR/NIK MARLINA

 OPEN HOUSE AYU DAN AIDA


OPEN HOUSE KAMI, BERTEMPAT DI RUMAH USTAZAH HAMIDAH DAN USTAZ MASZLE. NI JUADAH YANG SAYA SEDIAKAN; BIHUN TOMYAM, POPIA GORENG DAN DUTCH APPLE KEK (IFFAH'S)


OPEN HOUSE TN HAJI ROSLI/HAJJAH MAS

SEPERTI JUGA DI MALAYSIA KAMI BERAYA SELAMA SEBULAN, SETIAP MINGGU ADA SAJA OPEN HOUSE DI SAMPING JEMPUTAN KHAS. MINAL AIDIN WAL FAIZIN, KULLU A'MIN WA ANTUM BI KHAIR. ALHAMDULILLAH.

Wednesday 20 October 2010

POTRET EIDUL FITRI KAMI (1 SYAWAL 1431H)

HIDANGAN DI HARI RAYA


MAJLIS HARI RAYA DURHAM MY KALI INI DIADAKAN DI KEENAN HOUSE, SALAH SEBUAH KOLEJ UNIVERSITI DURHAM.

MAJLIS DIPENGERUSIKAN OLEH SAUDARA JUFITRI

PERSEMBAHAN - ANAK-NAK MENYANYIKAN LAGU RAYA



 NADHILA, NUSAIR DAN KAWAN-KAWAN

PAKCIK JAI, PAKCIK NASO DAN PAKCIK ROSLI

BERSAMA KAK MAS NOORAINI

BERSAMA ROHAIDA

AYAH, JUFITRI DAN AMIRUDDIN

ANAK SAPE NI? CARER ANAK INI SEORANG MUSLIM YANG BAIK. SEMOGA KEINDAHAN ISLAM AKAN MEWARNAI KEHIDUPANNYA SUATU MASA NANTI.

NUSAIR DAN JANNAH
OUR PUTERI
KAUM IBU BOWBURN

AKTIVITI
1 ANAK-ANAK
NUSAIR COLOR 'LION KING IN THE JUNGLE'
NABHAN DAPAT NO 3

2. IBU BAPA
CONVEYING MESSAGE: IBU-ANAK-AYAH
PERTANDINGAN MEMAKAIKAN SAMPIN SUAMI

ADA SATU LAGI.......PERTANDINGAN MENYUAP KUIH MAKMUR, SUAMI SUAPKAN ISTERI....................SUSAH RUPANYE NAK MAKAN KUIH MAKMUR CEPAT-CEPAT, KEMBANG DALAM MULUT!

ITULAH ANTARA KEMERIAHAN EIDUL FITRI KAMI DI SINI, WALAUPUN TIDAK DAPAT BERSAMA IBU BAPA DAN SANAK SAUDARA, NAMUN KAMI MASIH DAPAT MENIKMATI SUASANA HARI RAYA DAN JUADAH YANG DIKONGSI BERSAMA, LEMANG DAUN PISANG JE, BULUH BELUM TUMBUH DI ENGLAND NI!

NABHAN 11 TAHUN

Nabhan dan Nusair
Nabhan dan Nadhila
Zakwan, Nabhan dan Zarif
Nabhan dan Amin
Dari belakang: Zakwan, Nabhan, Hilmi, Nabhan Harraz. Depan: Zarif, Irfan, Amin, Syahmi

Bersama kakak

 Ribuan terima kasih kepada Auntie Zizah, 'our cake decorater'


11 tahun sudah usia Nabhan. Doa dan harapan ummi dan ayah semoga Nabhan sentiasa gigih berusaha untuk membentuk jati diri sebagai seorang anak muslim yang soleh. Nabhan harus belajar mengurus diri dan masa dengan baik. Nabhan mesti belajar memilih perkara yang baik dan menjauhi segala yang tidak baik, dan sudah semestinya Nabhan tahu bahawa ayah, ummi dan kakak sentiasa ada bersama Nabhan untuk membantu Nabhan ke arah itu. Semoga rahmat dan keberkatan sentiasa mengiringi hidup anakku Nabhan. Ameen.