If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Sunday, 24 October 2010

FUNERAL PLAN

Kini masuk bulan ke2 saya bekerja sebagai enabler. Bidang baru ini sangat berlainan dengan pekerjaan sebelum ini, baik dari segi bidang tugas, kedudukan, apatah lagi 'pendapatan'. Di sini saya bekerja mengikut shift, antara 4 - 8 jam, atau sehari semalam sekiranya saya dijadualkan untuk 'sleep over'. Setakat ini saya bertugas di dua buah rumah, alhamdulillah, pekerjaan ini selesa dan saya kira amat sesuai untuk saya sebagai wanita kerana banyak melibatkan 'household dan nursing'. Semua staf menerima kehadiran saya dengan baik dan mereka tidak lokek membantu jika saya memerlukan bantuan. Seperti biasa, masalah utama saya adalah bahasa. Di samping masalah 'speaking and listening', saya juga terpaksa buat 'daily report' dan juga kena siapkan worksheet dan workbook, kena jawab soalan macam budak sekolah menengah. Tu pun saya banyak tiru jer, kalau nak harap saya buat sendiri sampai bila pun tak siap ( tiru pun tak siap-siap lagi nih!).

Minggu lepas saya bekerja tiga hari, Isnin, Selasa dan Rabu. Hari Selasa saya bersama seorang staf ditugaskan membawa seorang 'tenant' keluar ke bandar. Di samping membeli barang-barang personal, kami bawa dia ke kedai 'cat kuku', dia ni suka kukunya dicat.

Tempat yang kami pergi selepas itu sangat menarik perhatian saya, kami membawanya ke pejabat yang menguruskan pengkebumiannya(Funeral Assosiation). Menurut staf yang bersama saya itu, kami kena menguruskan plan untuk pengkebumian tenant itu. Saya bertanya adakah semua orang kena buat 'plan' untuk pengkebumian? Menurutnya, tidak semua, dia sendiri tidak buat, dan tidak mahu membuatnya.



Saya teringat akan perbualan saya dengan ibu mengenai kematian suatu ketika dulu. Masa itu saya masih di sekolah menengah. Ibu saya menceritakan bahawa orang tua-tua dahulu sentiasa menyimpan kain kafan di rumah mereka. Saya tidak pasti adakah amalan orang tua kita menyimpan kain kafan di rumah ini kerana mereka sukar membelinya ketika berlaku kematian, maklumlah dahulu kala untuk sampai ke bandar memang mengambil masa yang agak lama. Mungkin sebab itulah mereka sentiasa bersedia dengan peralatan untuk menguruskan jenazah.

Ataupun satu kemungkinan lain, mereka sentiasa mengingati kematian dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Setiap kali membuka almari untuk mengambil pakaian, maka akan ternampaklah 'pakaian terakir' yang akan dipakai oleh mereka.

Teringat juga hadis Nabi SAW, bahawa 'orang yang paling cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati'. Mati dan kematian sangat menggerunkan, saya tidak menafikan sifat cintakan dunia dan takut mati yang diamarankan oleh Rasulullah SAW itu  sering membelenggu jiwa dan kehidupan saya sendiri, sementelahan lagi di ambang 40an ini. Takut mati, takut tinggalkan suami dan anak-anak, takut memikirkan nasib sendirian di alam kubur. Apakah natijah daripada ketakutan-ketakutan ini? Tidakkah kita pun ada plan kita sendiri untuk menghadapi kematian walaupun bukan Funeral Plan? Jawapannya 'kita perlu ada'. Sebagaimana kita merancang untuk kehidupan esok, sepatutnya kita tidak lupa menyelitkan 'plan' kematian yang akan datang menerpa pada bila-bila masa.

Mari kita mulakan dengan solat, segerakan solat jangan dilengahkan, beri tumpuan, jaga ingatan jangan dibuai khayalan. Jauhi sifat lalai dalam solat yang disebut dalam surah al-kafirun, dan mudah-mudahan kita termasuk di kalangan orang-orang yang memelihara solat seperti yang disebut Allah dalam surah al-mukminun.

 Maka wahai diri, jadilah orang yang cerdik, ingatlah mati, sempurnakanlah ibadat, laksanakakan amanah dan tanggungjawab, lazimkanlah sifat-sifat mahmudah dan berjihadlah untuk kejayaan hidup seorang insan yang muslim, mukmin dan mukhsin. Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. Betul tu Shidah. Sama2lsh kita buat persediaan dgn sebanyk2-banyaknya. Insyaallah.K.Nab

    ReplyDelete