If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Thursday 30 April 2020

ROTI GARDENIA AND YELLOW COBWEB

Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah Ramadhan.  Hari ke-4 berpuasa ummi masak menu yang rare sikit untuk berbuka.

Ni la menu no nasi ๐Ÿ˜Ž
Ini boleh dilaksanakan after ummi did some slow talking to my better half, haha.  Ayah memang "penasik" orangnya.  Makanan paling sedap dan relevan setiap hari ialah nasi..  Nasi dengan teloq goreng pun takpe.  Kalau ayam ke... udang goreng kunyit ke... lagi ok!  Kita saja yang dok mereka-reka nak masak macam-macam food.  Dari masak kicap hinggalah ke rendang, kerabu bagai.  Ayah suka yang simple-simple tu aje...

Alkisah hari ini, dalam frigde ada ayam Bismi sepaket lagi.  Ummi teringat kat Ucai, suka makan "yellow cobweb", haha.... Kenangan semasa Ucai kecil, darjah 1, 2013.  Yellow cobweb is roti jala yer... Kebetulan rumah sewa dekat dengan pasar malam.  Boleh jalan kaki saja.  Kakak dan kakcik pulak minat sangat pergi pasar malam.  Sebelum pergi kakak akan ambil order, haaa.. tq kakak.  Untuk Ucai mesti dia akan order "that thing yellow cobweb" ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚    Itulah Ucai, selalu jadi bahan usikan Ayah, abang dan kakaknya.... "Ucai ni half orang putih half orang Melayu....", macam tu la dia jawab bila orang ketawa kat dia...



Sehingga ke hari ini yellow cobweb masih menjadi kegemaran Ucai, Bila ummi buat, Ucai suka tolong. Buat batter dan tolong gulung... Untuk resepi yellow cobweb ni ummi selalunya ambik dari blog Aziekitchen https://www.aziekitchen.com/2014/08/roti-jala-yang-kekal-lembut-sampai-ke.html
Memang perfect๐Ÿ‘ Nanti kalau anak-anak nak buat ikut saja resepinya, dan doakan pemiliknya murah rezeki kerana berkongsi ilmu.

Untuk dessert petang ini ummi buat puding roti.  Juga ambil resepi Aziekitchen https://www.aziekitchen.com/2020/03/puding-roti-dengan-sos-yang-sedap.html
Guna roti gardenia yang ayah beli tu, dah expired pun, simpan dalam fridge.  Anak-anak dah tak mahu makan roti gardenia, suka roti ummi buat.  Abang Aan kata tak sedap, nipis.  Takpe, kita buat puding hari ni.  Lebih tu kita fikir, nak buat apa lagi.

Puding Roti Dengan Sos
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
7-8 keping roti
2 sudu besar mentega - cairkan
3 sudu besar kismis


Bahan B:
500 ml susu segar @ 2 cawan
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil serbuk cinnamon

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
¼ tin air - guna tin susu cair tadi
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara cara:
Satukan bahan-bahan B. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam bahan B. Biarkan terendam dan meresap seketika.  


Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan. 

Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.

Ummi guna suhu 160C sahaja.



Tiada kismis, coklat chip sebagai ganti..


Alhamdulillah, puding roti bersos kastad memang menjadi kegemaran anak-anak.  Abang Aan finished it licin haha.. nanti kita buat lagi.  Yang penting kita meneruskan ibadah Ramadhan.  Congratulation to anak ummi  Ucai yang istiqamah follow semua program Ramadhan kita di rumah ini. Cayang anak ummi๐Ÿ’Ÿ

Monday 27 April 2020

CINNAMON ROLL IS KAKCIK'S FAVOURITE

Kita bagi nampak class sikit๐Ÿ˜๐Ÿ˜Ž
BAHAN-BAHAN:

3 Cawan tepung gandum
3/4 cawan fresh milk
2 1/2 sudu besar gula
1/4 cawan butter ( 57g)
1 biji telur
1 1/4 sudu teh garam
1 sudu teh yis

CARA:

Fresh milk dipanaskan sedikit (suam).  Masukkan semua bahan dan gaul, masukkan fresh milk dan uli.
Rehatkan dalam 10 minit.  Leperkan dan biarkan dalam 20 minit.  Roll out , geleklah dengan rolling pin sehingga jadi pastry yang nipis dan sedia untuk difilling.
Filling:
1/4 cawan (57g)     unsalted butter (soften) 
1/2 cawan (90g)     soft brown sugar
2 sudu teh               cinnamon powder

Gaul dan spread atas pastry, gulung kemas, potong guna benang.  Atur dalam loyang dan siap untuk di bakar.  Bakar macam roti juga, 15 minit 180C.

aturlah semua, yang kurang segak tu yang hujung-hujung....



Bolehlah untuk menghilangkan craving anak-anak...

Sunday 26 April 2020

FOCCACIA DI AMBANG RAMADHAN

Bersungguh praktis baking foccacia, pintalan sisi pizza berisi cheese..


Menu sehari sebelum Ramadhan.  Foccacia Pizza.  Gembira boleh belajar food negara lain.  Tq kepada Cik Chah yang memperkenalkan ummi kepada foccacia.  mujur Cik Chah pergi Italy.  Walaupun tak berpeluang menziarahi Cik Chah di sana, tapi boleh juga kenal foccacia..hihi
Foccacia ni boleh buat based pizza macam yang ummi buat hari ini, sedap juga cicah dengan mushroom sup. Boleh digayakan pelbagai cara.. Yang menarik foccacia ni banyak guna olive oil, so sangat baik untuk kesihatan.

Bahan-bahan

3/4 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 paket yis
Kembangkan yis

5 cawan tepung high protin
2 sudu teh garam
1 cawan air suam
1/4 cawan olive oil
Masukkan garam dalam tepung, gaulkan, buat lubang di tengah dan tuang yis, tambah air suam dan olive oil.  Uli sampai tak lekat di tangan. bulatkan, lumur mangkuk dan doh dengan minyak zaitun dan rehatkan.
Selepas 10 minit, uli lagi dan leperkan sedikit dan lipat doh sehingga jadi empat segi.
Biarkan sehingga doh naik kembali.

Selepas doh naik tarik-tarik sikit dan lipat macam ni dan bailikkan, rehatkan kembali

Dah roll nipis, macam ni cara nak transfer pastri ke dulang pembakar
1/4 cawan olive oil, rosemary dan sedikit air

Kureng cantik taburan rosemary tu, bila dibakar semerbak baunya..๐Ÿ˜


Lenser loyang dengan olive oil. Letakkan doh dan tekan-tekan sehingga doh rata memenuhi loyang.
Biarkan seketika, doh akan naik sedikit.  Buat lubang-lubang dengan jari. Sebelum masuk oven sprinkle garam, dan ratakan campuran olive oil.

Bake 15 - 20 minit , 180C
Untuk pizza boleh keluarkan apabila doh sedikit brown.  Letak topping dan bakar semula.

Jika topping nipis, boleh letak topping dan terus bakar.

Based tebal. Aan and Ucai suka macam ni...
Boleh la untuk musim PKP ni๐Ÿ‘ง



After a bite๐Ÿ˜‹

Keistimewaan pizza based foccacia ni rasanya lebih mirip kepada pizza at pizza hut๐Ÿ˜‡

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ramadhan kan datang lagi. Esok mula puasa.  Puasa tahun ini lain sikit sebab PKP.  Ummi, ayah dan anak-anak semua stay at home.  Puasa di rumah, fist time dalam sejarah.  Macammana nak memanfaatkan bulan yang mulia ini ye?  Ok, family gathering hari ini kita bincang tentang aktiviti kita bersama di bulan yang mulia ini. Macam biasalah mesti ada tarawih, Quranic hour, tazkirah dan yang lebihnya free style haha....

Rumah ini pun kita akan buat susun atur semula untuk memberi ruang yang sesuai dan selesa untuk setiap ahli keluarga beribadah di bulan yang mulia ini.

Convert ruang tamu kepada ruang solat

Insyaallah, semoga kita semua dapat beribadah dengan baik dan menjemput rahmah Allah SWT ke dalam rumah kita ini.

Haa sampoi je tok imam kita. Solat kat rumah lebih santai...
Macam tulah permulaan Ramadhan.  Semoga kelapangan dalam bulan Ramadhan kali ini kita dikurniai kesihatan dan boleh kita manfaatkan untuk muqarabah muraqabatullah, insyaallah.

Monday 20 April 2020

RICE OMELETTE DAN FAMILY BONDING

ALHAMDULILLAH kembali lagi....



Hari ini bangun pagi kena warm up.   Mlm tadi family bonding sampai pukul 1.30 pagi, haha... rekod.  Seronok chatting dengan anak-anak, berkongsi suka duka kehidupan.  Anak-anak menginjak remaja dan makin dewasa.  Banyak cerita boleh dikongsi bersama. PKP ini membawa seribu makna buat kita sekeluarga.... Banyak hikmahnya.  Solat berjemaah, tazkirah, sharing session, game dan lain-lain pengalaman baru bersama keluarga.. terima kasih anak-anak yang sentiasa kreatif mengisi masa bersama.



Keluar ke depan rumah, tengok pokok pandan yang ditanam kemarin, ok saja, harap menjadi kali ini.  Entah berapa kali tanam dah pandan ni. Ubah pokok bunga kerdil tu, namanya tak ingat dah.  Beli kat IKEA hujung tahun lepas. Lambat la besar pokok tu. Lepas siram pokok-pokok bunga dan urus sampah kerana lori sampah akan mai sat lagi, ummi masuk rumah.  Baru boleh fikir nak buat breakfast hari ni.  Nak masak apa ye?

Teringat video kawan buh kat whatsapp nasi sejuk dgn teloq. ha.... bole la try wat tu... Kita otter2 sikit macam ni.....  Ala-ala omellete gitu..

BAHAN-BAHAN

4 biji telur
Segenggam nasi sejuk
Daun bawang
Tomato - umi guna sebelah sahaja sebab tomato tu besar
Segengam udang sayur
Carot dicincang
Cheddar cheese
Sedikit garam

Campur semua dalam mangkuk

Jadi macam ni. Nak tambah apa pun takpe...

Lepas tu masuk je dalam kuali,  sapu la minyak sikit atau buh butter. Atau guna non stick pan bagus juga.

Walaupun buruk, ummi selesa guna kuali ni tau

Terima kasih ayah, selalu meraikan hidangan ummi....


Kadang-kadang rasa jem juga nak merancang hidangan semasa PKP ni.  Kalau masa sekolah yang ada kat rumah ni ummi, ayah, kakcik.  Pagi-pagi semua keluar, kecuali ayah yang akan ada di rumah.  Tu pun kalau hari yang tiada court.  Jarang buat breakfast.  Lunch pun tak, cuma masak untuk dinner saja.  Ayah pula selalunya ada kuliah dan akan dinner dengan AJK masjid.  Ni dah sebulan ummi kena fikir breakfast, lunch, dinner.  Tak masuk lagi yang selang-selang di celah-celah tu...๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Tapi umi cuba berjimat.  Lauk selalunya 1, sayur or else 1, dah cukup!

_____________________________________________________________________________

Ini cerita kemarin๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Gambar ni pop up di FB hari ni.  Ucai wearing glasses since 5 years old.
Darlington optometry, spec Mr Tickel tu..... this was 9 years ago....
And this was yesterday, he is 14.  Look at the winter coat. It was his.
Fortunately found the coat in the box,
Washed it and he was very proud to put it on after 9 years...

Begitulah cepat masa berlalu, miss my baby.  Ucai is settling very well at SMSKB. Sekarang Tingkatan 2.  Banyak kebaikan Ucai tinggal di asrama.  Sepanjang PKP ummi dapat lihat progres yang bagus.  Ucai gemar melaungkan azan.  Sejuk hati dengar alunan azan dari anakku.  Sudah boleh jadi imam untuk ummi dan kakak.  Boleh berwirid, boleh baca doa.  Tengah train Ucai menghafal beberapa surah, janji satu surah pendek RM5 , kalau panjang RM10. Kalau lagi panjang RM20 and more and more.... Ummi tak kisah asal Ucai nak hafal.  Anak-anak ni biasalah, kena bagi reward.  Sama macam anak-anak murid bertuah 3E, 3A, 2B dan 2T kat sekolah tu.... Tak kisah la kan, janji antum semua boleh menjadi hamba Allah yang berilmu dan bertaqwa...

Begitu serba sedikit diari hari semalam dan hari ini, titik PKP ke 34๐ŸŒผ

Saturday 18 April 2020

COB LOAF


Alhamdulillah pagi ni breakfast dengan lasagne kakak. Lupa ambil gambar tadi. Dah nak habis pun. Tq kak, it's marvellous๐Ÿ‘Œ

Kecintaan kepada aktiviti meroti diteruskan lagi.. Kali ini kita buat COB Bread.  COB is the short form of "circle of bread".  So, sebab tu roti ni berbentuk bulat.

BAHAN-BAHAN

500 gm         tepung high protin
40 gm           butter
1 paket          yis
1 sudu besar gula
2 sudu           teh garam
300 gm         air suam
1/4 cawan     minyak

CARA

1.   Yis, gula air suam disatukan dan biarkan seketika.
2.   Masukkan garam dalam tepung dan gaul rata.  Masukkan bancuhan yis dan butter, dan boleh
      mula uli.  Uli sehingga tidak lekat di tangan.  Bulatkan dan lenser minyak di mangkuk dan doh,
      rehatkan 10 minit.
3.   Uli lagi dan rehatkan sehingga doh naik dua kali ganda. Bulatkan dan rehatkan kembali
      sementara menunggu oven mencapai 180C.  Sebelum masuk oven sprinkle dengan tepung dan
      slash on top of the dough.


Bulatkan sampai jadi macam ni, dan selubungkan dengan tuala dapoq


Sprinkle tepung sedikit on top


Slash slash ..Omputeh kata bentuk diamond, wan pulok gelor deman....
haha orang kampung kann๐Ÿ˜‚ 


Nah! Untuk santapan anak-anakku... hasbunallah wanikmal wakil.....
Best potong roti๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Butter or olive oil, parsely and cheddar will be good before back in to the oven,
cakap bahasa omputeh sikit๐Ÿ˜‰

Rasa kelakar juga bila masuk hari kedua ummi tengok ada lagi roti bulat ni berbaki dalam tupperware.  Kakcik kata roti ni berkulat ummi.  Bukan berkulat nak, tu tepung yang ummi sprikle atas roti tu, Ishh budak ni๐Ÿ˜ 

TEH MASALA




1.   Rebus teh, teh serbuk ke teh uncang ke, tiada maslah ye Kak Iffah, sebab kak minat sangat dengan teh berempah ni kan... Teh tu pun agak-agaklah macam kita nak buat teh tarik tu.  Bila dah menggelegak, maka tambahkan kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih, sedikit jintan manis.  Umi guna serbuk, bubuh sikit, hujung sudu teh saja.  Masukkan juga halia dititik dan daun pandan.

2.   Bancuh sedikit susu tepung, masukkan susu pekat manis ( ummi buh gula stevia saja sebab elak ambil susu pekat manis), dan masukkan fresh milk secukupnya.

3.   Tambahkan campuran susu ini ke dalam teh tadi, kacau dan tapis.... taraaa siap.


4.   Tarik-tarik sikit bagi buih.




Ayah tu kata pening minum teh ni, tapi yang hairannya setiap kali ummi buat mesti kena share dengan dia... ahaha....

Teh ni kami minum pagi after breakfast.  Sebelah petang pula biasanya teh O halia dan daun pandan, harum daun pandan sangat menyegarkan suasana petang..... alhamdulillah...

Cukuplah buat menghilangkan stress hari ini.  Stress kat anak-anak murid ummi yang bertuah tu.
Banyak dah tugasan dan latihan yang ummi bagi di GC dan whatsapp namun sorang saja yang hantar..uhuk...uhuk...bertuah la kamu semua๐Ÿ˜ฅ..ustazah๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Wednesday 15 April 2020

HONEY BREAD

Alhamdulillah.. hari ini ummi berjaya buat satu lagi roti benggali, Wan kat Temerloh panggil roti paun. Roti ni ummi belajar dengan Laura in the kitchen kat youtube tu..hehe, bukan semua pun ummi ikut dia.  Ambil basic idea saja.  Sebab ummi buat guna bahan-bahan yang ada.  Yang penting roti ni taruk honey, so bolehlah digelar Honey bread.. haaa gitu๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡

To be short, macam ni cara buat roti ni:

BAHAN-BAHAN
1 paket yis (11 gm)
1 sudu besar gula
1 1/2 cawan air suam
Macam biasa campu dan biarkan sehingga yis berbuih

4 cawan tepung high protin
1-2 sudu teh garam ( kalau tak suka masin kurangkan garam)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar honey

CARA

Masukkan bancuhan yis bersama minyak dan honey ke dalam tepung, dan uli sehingga tak lekat 
di tangan, boleh tambah sedikit sedikit air suam sehingga doh konsisten.  Rehatkan doh selama 
15 minit.  Uli lagi sedikit, dan rehatkan sehingga doh betul-betul naik.  
Giskan loyang dan leperkan doh, gulung dan masukkan sedikit kedua hujung doh ke bawah.
masukkan ke dalam loyang.  Tutup dengan kain atau cling film.  Tunggu sehingga doh naik kembali.
Bakar dalam oven lebih kurang 20 minit, 180C.

Bentukkan sehingga jadi begini ye anak-anak, then tutup dan tunggu hingga naik kembung...
Antara kegembiraan, apabila oven di buka rotinya kembung macan nih๐Ÿ‘ง๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Tu ayah dah tunggu kat depan tu....

Roti honey ni sangat lembut, mula-mula makan ada rasa masam-masam sikit.  So, boleh makan menyicah dengan honey juga.... Alhamdulillah berbunga-bunga rasa hati bila boleh buat roti.....
cukup untuk hari ini.  Esok, insyaallah kita sambung lagi.

Tuesday 14 April 2020

BUN




"Masa lapang sebelum sempit", begitulah .... begitulah yang diingatkan oleh Nabi SAW dalam salah satu hadis baginda.  Kalau masa bersekolah, jarang-jarang oven ummi bekerja.  Musim cuti PKP ni boleh kata hari-hari dia buat kerja.  Kalau tak pagi, petang, kalau bukan petang malam.  Kalau bukan ummi yang "on"kan oven, maka Kakciklah tu.... Dia kan rajin ke dapur, hihi...

Kali ini ummi nak bagi tau resepi bun.  Mana tau suatu hari nanti Kakak pula teringin nak buat bun.  Bun ni kegemaran sekeluarga.  Pantang keluar dari oven ramailah customernya....

Buat bun ni tak susah pun, dan lebih enjoy dari buat roti benggali tu.  Sebabnya ianya boleh diolah kepada pelbagai bentuk mengikut kreativiti dan boleh diberi pelbagai perasa atau filling.

Bahan-bahannya mudah sahaja:

1 paket yis (11 gm)
4 sudu gula
2 sudu besar susu pekat
1  1/4 cawan air suam
Bancuh dan biarkan sehingga yis kembang

1 biji telur gred A  ( kalau telur gred C guna 2 biji)
4 cawan cawan tepung high protin
1 sudu teh garam
2 sudu margerin

Cara:

1.  Masukkan telur ke dalam bancuhan yis dan kacau
2.  Masukkan garam dalam tepung dan tuang bancuhan yis tadi.  Uli dalam 5 minit, masukkan
     margerin.  Uli lagi 5 minit atau sampai tidak lekat di tangan.  pada masa ini kita boleh rasa
     doh sangat lembut.
3.  Rehatkan doh selama lebih kurang 15 minit. Uli lagi dalam 5 minit.
4.  Rehatkan kembali sehingga doh betul-betul naik.
     Anak-anak boleh buat kerja ye sementara menunggu tu... kemas-kemaslah dapur tu, basuh
     peralatan membaking yang digunakan tadi. Jangan  asyik main phone saja...
5.  Bila doh dah penuh mengembung, bolehlah ditumbuk-tumbuk dan dibulatkan atau di gulung atau
     dipintal-pintal ikut kreativiti masing-masing... bagi kat Ucai sikit suruh dia decide shapenya,๐Ÿ˜ธ
6.  Bolehlah buh filling dan apa-apa topping yang disukai.
7.  Loyang mesti digris ye, kalu guna baking paper pun, gris tepinya sikit-sikit.
8.  Biarkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam oven.  Bakar selama 15 minit, 180C.

Ni tupperware yang biasa ummi guna untuk doh. elok round dan boleh tutup untuk rehatkan doh.

setelah dibentuk, bagi sedikit masa untuk dia mengembang, eggwash sebelum dibakar.



Tea is ready......



Super fluffy lembutnyer....




Begitulah ummi mengisi masa-masa di rumah musim PKP ini.  Terasa banyak masa.  Selain memberi tugasan untuk pelajar di GC dan whatsapp boleh la meneruskan hobi orang-orang dapur ni.  Habis cuti ni rasa slow balik aktiviti baking membaking ni. Selamat mencuba anak-anakku...

Monday 13 April 2020

AMISH BREAD

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ini ummi memang tak pernah keluar rumah lagi.  Stay at home, bukan satu masalah besar bagi ummi.  Memang itulah minat dan hobi ummi pun , kalau boleh ummi nak duduk rumah sentiasa.  Dalam kata lain, seronok je jika ditakdirkan menjadi surirumah full time.  Tapi dah ditakdirkan jadi ustazah, so terima je la... Lagi pum ini satu peluang yang baik juga untuk berdakwah di jalan Allah SWT.

Entri kali ini ummi sebenarnya nak update resepi yang biasa ummi buat untuk keluarga.  Resepi-resepi ini bukan ummi buat masa PKP ini saja, ummi buat jika ada masa.  Sebahagian besar resepi ini adalah yang ummi simpan dalam buku resepi kesayangan itu.  Telah hampir 10 tahun ummi memiliki buku resepi tu, dan selalu ummi update pula.  So, ada masa terluang di rumah ini ummi terfikir untuk pindahkan sebahagiannya ke blog ini, mana tahu ianya berguna untuk rujukan anak-anak ummi di kemudian hari.  Insyaallah...

AMISH BREAD



 Menurut Ucai, Amish ni adalah satu puak di Amerika, yang masih hidup dengan cara tradisional.  Kalau mereka buat roti, mestilah dibakar cara tradisional.  mesti harum kan bau roti... I like the smell.
Itu antara sebab ummi suka buat roti, Nanti bila bake dalam oven, semerbak baunya dalam rumah.

Resepi:

Bahan-bahan

A
1 cwn air panas
1 1/4 cawan fresh milk
2 sudu besar gula
1 paket yis
Bancuh semua dan biarkan sehingga yis kembang

B
1/4 cawan minyak
6 cawan tepung high protin
1 sudu teh garam

Buat lubang di tengah B dan tuangkan A dan minyak, gaul dengan spatula, kalau perlu tambah sikit-sikit air suam.,(prepare air suam, goncang-goncang kesan bancuhan yis tadi).  Uli sampai tak lekat di tangan. Dalam 10 ke 15 minit.  Ummi buat dalam tupperware, so tutup saja tupperware tu. Dalam 15 minit, uli sekali lagi dalam 5 minit.  Kemudian tunggu dough naik dua kali ganda.  Setelah itu bahagi 2 dan bolehlah masukkan ke dalam tin untuk dibakar.  Jangan lupa griskan tin dengan marjerin ye! Sebelum masuk oven, eggwash dulu dan tabur bijan.  Bakar antara 15 ke 20 minit...

*1 cawan air suam tu boleh juga ganti dengan 2 biji telur, (ini resepi ummi ceduk dari kawan ummi Prof M Siti Raudhah) tapi kena tambah air sikit masa uli. Susu tu kasi suam-suam sikit supaya yis kembang elok. Kawan umi tu bagi tau letak cuka epal, umi pernah cuba tapi umi tak tau@ tak nampak apa perbezaannya letak ke tak letak.

Beginilah kejadiannya....

Antara kepuasan hidup...... tu actually tutup tupperware tapi selesa buh dalam tu
kebetulan pula musim PKP ni, selalu saja 'Short' roti Gardenia kat kedai.  Ayah mula beli roti jenis lain. Tapi sejak ayah tahu ummi pandai buat roti, langsung dia tak beli roti dah.  Roti ummi lagi sedap, dia cakap, kihkihkih...

Dua buku roti ni kalau masih ada berbaki hari esok, memang nasib baik.  Biasanya bila ummi bangun pagi esok tupperware tu dah kosong, haha.. takpe ummi seronok bagi anak-anak ummi makan hasil air tanagn ummi....

Saturday 11 April 2020

BIRTHDAY DI MUSIM PKP

Tahun 2020 dunia menghadapi wabak Corona Virus, Covid 19.  Tahun ini kita mendapat pengalaman baru dalam hidup.  Cuti Pertengahan Penggal 1 persekolahan bersambung dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka menyambung cutilah nampaknya ummi dengan anak-anak.  Kesemua empat  orang anak ada di rumah.  Cukup enam sekeluarga, alhamdulillah.....

Minggu ini diumumkan edisi kedua PKP, maka berlanjutan lagi ummi dan anak-anak berada di rumah sehingga 28 April ini.  Hasbunallah... semoga Allah SWT melindungi kita semua dan memberi kesembuhan dan kesabaran kepada orang-orang yang diuji dengan penyakit yang berbahaya ini.

Secara kebetulan pula birthday Ayah dan Kakcik tahun ini semasa kita sedang berPKP.  So, kita sambut di rumah sahajalah. Ayah dulu, selepas dua hari birthday Kakcik pula. Tahun lepas ayah dan Kakcik menyambut birthday di Melbourne.

2019. Kira hadiah hari jadi la ni..... GREAT OCEAN ROAD tu......
Walaupun kita sambut ala kadar tahun ini, ayah dan kakcik happy happy saja kann.... tak caya tengok gambar-gambar di hari kejadian ni ha.....

HAPPY BIRTHDAY AYAH.....
Kek birthday ayah ni umi buat, Kek coklat kukus.  Jarang-jarang dah buat kek, tapi dah PKP kannn.  Buat jugalah.  Kebetulan memang anak-anak suka chocolate cake ni. Umi decoratelah sikit-sikit...

WE LOVE YOU TO THE MOON AND BACK
Isshh lupa plak nak ambil gambar menu yang ummi buat untuk ayah kali ini ye.  Ummi buat roti jala dan kari ayam saja. Semua suka roti jala kan, so bereh licin, huhu.

HAAA... CANTIK TAK BIRTHDAY CAKE NI??
 Ini pula birthday cake Kakcik.  Oleh sebab kakcik suka Red Velvet Cake, takde upaya la ummimu ini.  Kebetulan ada jiran promote kek dia "MamaSab". Senang kan, kita order saja.  Tu dapat kek 'Stayathome' hehe..   and decorated by ummi lah!

OUR SWEET 17 BIRTHDAY GIRL
 Kakcik ni suka masak.  kini tiap-tiap pagi seusai solat subuh berjemaah, dia akan ke dapur menyediakan sarapan.  Lepas tu Kakak dengan Ucai akan mengintai-ngintai.....hmmm


TU TENGOK AYAH BEGITU TERUJA NAK BERGAMBAR DENGAN BIRTHDAY GIRL..LOL

KALAU KAKAK TAKDE UCAILAH BFF KAKCIK KAT RUMAH NI


Pizza, pasta with sauce and apple pie crumble.
Kakcik kata dia grown up British.  So, sebab tu birthday dia menu British yer.  Dari gelap subuh sampai tengahari ummi cooking and baking.  Alhamdulillah, sayang sangat kat Kakcik.  Semoga Kakcik sentiasa diberi kejayaan dan kebaikan di dunia dan akhirat.

Itulah kisah sambutan birthday dua beranak ini di musim PKP ini.  Semoga dipanjangkan umur ayah dan Kakcik dalam keberkatan Allah SWT...