If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Saturday, 11 April 2020

BIRTHDAY DI MUSIM PKP

Tahun 2020 dunia menghadapi wabak Corona Virus, Covid 19.  Tahun ini kita mendapat pengalaman baru dalam hidup.  Cuti Pertengahan Penggal 1 persekolahan bersambung dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka menyambung cutilah nampaknya ummi dengan anak-anak.  Kesemua empat  orang anak ada di rumah.  Cukup enam sekeluarga, alhamdulillah.....

Minggu ini diumumkan edisi kedua PKP, maka berlanjutan lagi ummi dan anak-anak berada di rumah sehingga 28 April ini.  Hasbunallah... semoga Allah SWT melindungi kita semua dan memberi kesembuhan dan kesabaran kepada orang-orang yang diuji dengan penyakit yang berbahaya ini.

Secara kebetulan pula birthday Ayah dan Kakcik tahun ini semasa kita sedang berPKP.  So, kita sambut di rumah sahajalah. Ayah dulu, selepas dua hari birthday Kakcik pula. Tahun lepas ayah dan Kakcik menyambut birthday di Melbourne.

2019. Kira hadiah hari jadi la ni..... GREAT OCEAN ROAD tu......
Walaupun kita sambut ala kadar tahun ini, ayah dan kakcik happy happy saja kann.... tak caya tengok gambar-gambar di hari kejadian ni ha.....

HAPPY BIRTHDAY AYAH.....
Kek birthday ayah ni umi buat, Kek coklat kukus.  Jarang-jarang dah buat kek, tapi dah PKP kannn.  Buat jugalah.  Kebetulan memang anak-anak suka chocolate cake ni. Umi decoratelah sikit-sikit...

WE LOVE YOU TO THE MOON AND BACK
Isshh lupa plak nak ambil gambar menu yang ummi buat untuk ayah kali ini ye.  Ummi buat roti jala dan kari ayam saja. Semua suka roti jala kan, so bereh licin, huhu.

HAAA... CANTIK TAK BIRTHDAY CAKE NI??
 Ini pula birthday cake Kakcik.  Oleh sebab kakcik suka Red Velvet Cake, takde upaya la ummimu ini.  Kebetulan ada jiran promote kek dia "MamaSab". Senang kan, kita order saja.  Tu dapat kek 'Stayathome' hehe..   and decorated by ummi lah!

OUR SWEET 17 BIRTHDAY GIRL
 Kakcik ni suka masak.  kini tiap-tiap pagi seusai solat subuh berjemaah, dia akan ke dapur menyediakan sarapan.  Lepas tu Kakak dengan Ucai akan mengintai-ngintai.....hmmm


TU TENGOK AYAH BEGITU TERUJA NAK BERGAMBAR DENGAN BIRTHDAY GIRL..LOL

KALAU KAKAK TAKDE UCAILAH BFF KAKCIK KAT RUMAH NI


Pizza, pasta with sauce and apple pie crumble.
Kakcik kata dia grown up British.  So, sebab tu birthday dia menu British yer.  Dari gelap subuh sampai tengahari ummi cooking and baking.  Alhamdulillah, sayang sangat kat Kakcik.  Semoga Kakcik sentiasa diberi kejayaan dan kebaikan di dunia dan akhirat.

Itulah kisah sambutan birthday dua beranak ini di musim PKP ini.  Semoga dipanjangkan umur ayah dan Kakcik dalam keberkatan Allah SWT...


No comments:

Post a Comment