Alhamdulillah pagi ni breakfast dengan lasagne kakak. Lupa ambil gambar tadi. Dah nak habis pun. Tq kak, it's marvellous👌
BAHAN-BAHAN
500 gm tepung high protin
40 gm butter
1 paket yis
1 sudu besar gula
2 sudu teh garam
300 gm air suam
1/4 cawan minyak
CARA
1. Yis, gula air suam disatukan dan biarkan seketika.
2. Masukkan garam dalam tepung dan gaul rata. Masukkan bancuhan yis dan butter, dan boleh
mula uli. Uli sehingga tidak lekat di tangan. Bulatkan dan lenser minyak di mangkuk dan doh,
rehatkan 10 minit.
3. Uli lagi dan rehatkan sehingga doh naik dua kali ganda. Bulatkan dan rehatkan kembali
sementara menunggu oven mencapai 180C. Sebelum masuk oven sprinkle dengan tepung dan
slash on top of the dough.
Bulatkan sampai jadi macam ni, dan selubungkan dengan tuala dapoq |
Sprinkle tepung sedikit on top |
Slash slash ..Omputeh kata bentuk diamond, wan pulok gelor deman.... haha orang kampung kann😂 |
Nah! Untuk santapan anak-anakku... hasbunallah wanikmal wakil..... |
Best potong roti👍👍 |
Butter or olive oil, parsely and cheddar will be good before back in to the oven, cakap bahasa omputeh sikit😉 |
TEH MASALA
1. Rebus teh, teh serbuk ke teh uncang ke, tiada maslah ye Kak Iffah, sebab kak minat sangat dengan teh berempah ni kan... Teh tu pun agak-agaklah macam kita nak buat teh tarik tu. Bila dah menggelegak, maka tambahkan kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih, sedikit jintan manis. Umi guna serbuk, bubuh sikit, hujung sudu teh saja. Masukkan juga halia dititik dan daun pandan.
2. Bancuh sedikit susu tepung, masukkan susu pekat manis ( ummi buh gula stevia saja sebab elak ambil susu pekat manis), dan masukkan fresh milk secukupnya.
3. Tambahkan campuran susu ini ke dalam teh tadi, kacau dan tapis.... taraaa siap.
4. Tarik-tarik sikit bagi buih.
Ayah tu kata pening minum teh ni, tapi yang hairannya setiap kali ummi buat mesti kena share dengan dia... ahaha....
Teh ni kami minum pagi after breakfast. Sebelah petang pula biasanya teh O halia dan daun pandan, harum daun pandan sangat menyegarkan suasana petang..... alhamdulillah...
Cukuplah buat menghilangkan stress hari ini. Stress kat anak-anak murid ummi yang bertuah tu.
Banyak dah tugasan dan latihan yang ummi bagi di GC dan whatsapp namun sorang saja yang hantar..uhuk...uhuk...bertuah la kamu semua😥..ustazah😭😭😭
No comments:
Post a Comment