"Masa lapang sebelum sempit", begitulah .... begitulah yang diingatkan oleh Nabi SAW dalam salah satu hadis baginda. Kalau masa bersekolah, jarang-jarang oven ummi bekerja. Musim cuti PKP ni boleh kata hari-hari dia buat kerja. Kalau tak pagi, petang, kalau bukan petang malam. Kalau bukan ummi yang "on"kan oven, maka Kakciklah tu.... Dia kan rajin ke dapur, hihi...
Kali ini ummi nak bagi tau resepi bun. Mana tau suatu hari nanti Kakak pula teringin nak buat bun. Bun ni kegemaran sekeluarga. Pantang keluar dari oven ramailah customernya....
Buat bun ni tak susah pun, dan lebih enjoy dari buat roti benggali tu. Sebabnya ianya boleh diolah kepada pelbagai bentuk mengikut kreativiti dan boleh diberi pelbagai perasa atau filling.
Bahan-bahannya mudah sahaja:
1 paket yis (11 gm)
4 sudu gula
2 sudu besar susu pekat
1 1/4 cawan air suam
Bancuh dan biarkan sehingga yis kembang
1 biji telur gred A ( kalau telur gred C guna 2 biji)
4 cawan cawan tepung high protin
1 sudu teh garam
2 sudu margerin
Cara:
1. Masukkan telur ke dalam bancuhan yis dan kacau
2. Masukkan garam dalam tepung dan tuang bancuhan yis tadi. Uli dalam 5 minit, masukkan
margerin. Uli lagi 5 minit atau sampai tidak lekat di tangan. pada masa ini kita boleh rasa
doh sangat lembut.
3. Rehatkan doh selama lebih kurang 15 minit. Uli lagi dalam 5 minit.
4. Rehatkan kembali sehingga doh betul-betul naik.
Anak-anak boleh buat kerja ye sementara menunggu tu... kemas-kemaslah dapur tu, basuh
peralatan membaking yang digunakan tadi. Jangan asyik main phone saja...
5. Bila doh dah penuh mengembung, bolehlah ditumbuk-tumbuk dan dibulatkan atau di gulung atau
dipintal-pintal ikut kreativiti masing-masing... bagi kat Ucai sikit suruh dia decide shapenya,😸
6. Bolehlah buh filling dan apa-apa topping yang disukai.
7. Loyang mesti digris ye, kalu guna baking paper pun, gris tepinya sikit-sikit.
8. Biarkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam oven. Bakar selama 15 minit, 180C.
Ni tupperware yang biasa ummi guna untuk doh. elok round dan boleh tutup untuk rehatkan doh. |
setelah dibentuk, bagi sedikit masa untuk dia mengembang, eggwash sebelum dibakar. |
Tea is ready...... |
Super fluffy lembutnyer.... |
Begitulah ummi mengisi masa-masa di rumah musim PKP ini. Terasa banyak masa. Selain memberi tugasan untuk pelajar di GC dan whatsapp boleh la meneruskan hobi orang-orang dapur ni. Habis cuti ni rasa slow balik aktiviti baking membaking ni. Selamat mencuba anak-anakku...
No comments:
Post a Comment