![]() |
Bersungguh praktis baking foccacia, pintalan sisi pizza berisi cheese.. |
Menu sehari sebelum Ramadhan. Foccacia Pizza. Gembira boleh belajar food negara lain. Tq kepada Cik Chah yang memperkenalkan ummi kepada foccacia. mujur Cik Chah pergi Italy. Walaupun tak berpeluang menziarahi Cik Chah di sana, tapi boleh juga kenal foccacia..hihi
Foccacia ni boleh buat based pizza macam yang ummi buat hari ini, sedap juga cicah dengan mushroom sup. Boleh digayakan pelbagai cara.. Yang menarik foccacia ni banyak guna olive oil, so sangat baik untuk kesihatan.
Bahan-bahan
1 cawan air suam
2 sudu kecil gula
1 paket yis
-Kembangkan yis
xxxxxxxxx
-Tambahkan....
21/2 cawan air suam
1/4 cawan olive oil
xxxxxxxxx
4 cawan tepung high protein
2 sudu kecil garam
Masukkan tepung dalam bancuhan yis secawan demi secawan, sambil gaul dengan spatula. bila sudah rata, curahkan 1/4 cawan olive oil dan biarkan kembang. Bila doh agak mengembang, lipat2 doh empat penjuru.. buat dalam tiga atau empat kali. Tempoh doh mengembang dalam tiga hingga empat jam.
![]() |
Selepas doh naik tarik-tarik sikit dan lipat macam ni dan balikkan, rehatkan kembali |
![]() |
Untuk buat pizza.... Dah roll nipis, macam ni cara nak transfer pastri ke dulang pembakar |
Untuk membakar, lenser loyang dengan margerin, kemudian bubuh olive oil.. lagi banyak guna oil lagi elok kejadian foccacia nanti... cuma olive oil memang mahal.....
Masa ni belum terrer lagi menabur rosemary. Just sprinkle garam and rosemary, biarkan seketika sambil panaskan oven. Suhu 180C 20 minit. Sebelum masuk oven curah sedikit olive oil dan buat lubang-lubang dengan jari-jari....
![]() |
Original foccacia... |
Best with mushroom soup hingga colek sambal nasi lemak😆
Untuk pizza boleh keluarkan apabila doh sedikit brown. Letak topping dan bakar semula.
Jika topping nipis, boleh letak topping dan terus bakar.
Jika topping nipis, boleh letak topping dan terus bakar.
![]() |
Based tebal. Aan and Ucai suka macam ni... |
![]() |
Boleh la untuk musim PKP ni👧 |
![]() |
After a bite😋 |
Keistimewaan pizza based foccacia ni rasanya lebih mirip kepada pizza at pizza hut😇
![]() |
lagi........ |
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramadhan kan datang lagi. Esok mula puasa. Puasa tahun ini lain sikit sebab PKP. Ummi, ayah dan anak-anak semua stay at home. Puasa di rumah, fist time dalam sejarah. Macammana nak memanfaatkan bulan yang mulia ini ye? Ok, family gathering hari ini kita bincang tentang aktiviti kita bersama di bulan yang mulia ini. Macam biasalah mesti ada tarawih, Quranic hour, tazkirah dan yang lebihnya free style haha....
Rumah ini pun kita akan buat susun atur semula untuk memberi ruang yang sesuai dan selesa untuk setiap ahli keluarga beribadah di bulan yang mulia ini.
![]() |
Convert ruang tamu kepada ruang solat |
Insyaallah, semoga kita semua dapat beribadah dengan baik dan menjemput rahmah Allah SWT ke dalam rumah kita ini.
![]() |
Haa sampoi je tok imam kita. Solat kat rumah lebih santai... |
No comments:
Post a Comment