If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Thursday, 30 April 2020

ROTI GARDENIA AND YELLOW COBWEB

Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah Ramadhan.  Hari ke-4 berpuasa ummi masak menu yang rare sikit untuk berbuka.

Ni la menu no nasi ๐Ÿ˜Ž
Ini boleh dilaksanakan after ummi did some slow talking to my better half, haha.  Ayah memang "penasik" orangnya.  Makanan paling sedap dan relevan setiap hari ialah nasi..  Nasi dengan teloq goreng pun takpe.  Kalau ayam ke... udang goreng kunyit ke... lagi ok!  Kita saja yang dok mereka-reka nak masak macam-macam food.  Dari masak kicap hinggalah ke rendang, kerabu bagai.  Ayah suka yang simple-simple tu aje...

Alkisah hari ini, dalam frigde ada ayam Bismi sepaket lagi.  Ummi teringat kat Ucai, suka makan "yellow cobweb", haha.... Kenangan semasa Ucai kecil, darjah 1, 2013.  Yellow cobweb is roti jala yer... Kebetulan rumah sewa dekat dengan pasar malam.  Boleh jalan kaki saja.  Kakak dan kakcik pulak minat sangat pergi pasar malam.  Sebelum pergi kakak akan ambil order, haaa.. tq kakak.  Untuk Ucai mesti dia akan order "that thing yellow cobweb" ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚    Itulah Ucai, selalu jadi bahan usikan Ayah, abang dan kakaknya.... "Ucai ni half orang putih half orang Melayu....", macam tu la dia jawab bila orang ketawa kat dia...



Sehingga ke hari ini yellow cobweb masih menjadi kegemaran Ucai, Bila ummi buat, Ucai suka tolong. Buat batter dan tolong gulung... Untuk resepi yellow cobweb ni ummi selalunya ambik dari blog Aziekitchen https://www.aziekitchen.com/2014/08/roti-jala-yang-kekal-lembut-sampai-ke.html
Memang perfect๐Ÿ‘ Nanti kalau anak-anak nak buat ikut saja resepinya, dan doakan pemiliknya murah rezeki kerana berkongsi ilmu.

Untuk dessert petang ini ummi buat puding roti.  Juga ambil resepi Aziekitchen https://www.aziekitchen.com/2020/03/puding-roti-dengan-sos-yang-sedap.html
Guna roti gardenia yang ayah beli tu, dah expired pun, simpan dalam fridge.  Anak-anak dah tak mahu makan roti gardenia, suka roti ummi buat.  Abang Aan kata tak sedap, nipis.  Takpe, kita buat puding hari ni.  Lebih tu kita fikir, nak buat apa lagi.

Puding Roti Dengan Sos
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
7-8 keping roti
2 sudu besar mentega - cairkan
3 sudu besar kismis


Bahan B:
500 ml susu segar @ 2 cawan
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil serbuk cinnamon

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
¼ tin air - guna tin susu cair tadi
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara cara:
Satukan bahan-bahan B. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam bahan B. Biarkan terendam dan meresap seketika.  


Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan. 

Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.

Ummi guna suhu 160C sahaja.



Tiada kismis, coklat chip sebagai ganti..


Alhamdulillah, puding roti bersos kastad memang menjadi kegemaran anak-anak.  Abang Aan finished it licin haha.. nanti kita buat lagi.  Yang penting kita meneruskan ibadah Ramadhan.  Congratulation to anak ummi  Ucai yang istiqamah follow semua program Ramadhan kita di rumah ini. Cayang anak ummi๐Ÿ’Ÿ

No comments:

Post a Comment