Hari ini bangun pagi kena warm up. Mlm tadi family bonding sampai pukul 1.30 pagi, haha... rekod. Seronok chatting dengan anak-anak, berkongsi suka duka kehidupan. Anak-anak menginjak remaja dan makin dewasa. Banyak cerita boleh dikongsi bersama. PKP ini membawa seribu makna buat kita sekeluarga.... Banyak hikmahnya. Solat berjemaah, tazkirah, sharing session, game dan lain-lain pengalaman baru bersama keluarga.. terima kasih anak-anak yang sentiasa kreatif mengisi masa bersama.
Keluar ke depan rumah, tengok pokok pandan yang ditanam kemarin, ok saja, harap menjadi kali ini. Entah berapa kali tanam dah pandan ni. Ubah pokok bunga kerdil tu, namanya tak ingat dah. Beli kat IKEA hujung tahun lepas. Lambat la besar pokok tu. Lepas siram pokok-pokok bunga dan urus sampah kerana lori sampah akan mai sat lagi, ummi masuk rumah. Baru boleh fikir nak buat breakfast hari ni. Nak masak apa ye?
Teringat video kawan buh kat whatsapp nasi sejuk dgn teloq. ha.... bole la try wat tu... Kita otter2 sikit macam ni..... Ala-ala omellete gitu..
BAHAN-BAHAN
4 biji telur
Segenggam nasi sejuk
Daun bawang
Tomato - umi guna sebelah sahaja sebab tomato tu besar
Segengam udang sayur
Carot dicincang
Cheddar cheese
Sedikit garam
Campur semua dalam mangkuk
Jadi macam ni. Nak tambah apa pun takpe... |
Lepas tu masuk je dalam kuali, sapu la minyak sikit atau buh butter. Atau guna non stick pan bagus juga.
Walaupun buruk, ummi selesa guna kuali ni tau |
Terima kasih ayah, selalu meraikan hidangan ummi.... |
Kadang-kadang rasa jem juga nak merancang hidangan semasa PKP ni. Kalau masa sekolah yang ada kat rumah ni ummi, ayah, kakcik. Pagi-pagi semua keluar, kecuali ayah yang akan ada di rumah. Tu pun kalau hari yang tiada court. Jarang buat breakfast. Lunch pun tak, cuma masak untuk dinner saja. Ayah pula selalunya ada kuliah dan akan dinner dengan AJK masjid. Ni dah sebulan ummi kena fikir breakfast, lunch, dinner. Tak masuk lagi yang selang-selang di celah-celah tu...😭😭😭
Tapi umi cuba berjimat. Lauk selalunya 1, sayur or else 1, dah cukup!
_____________________________________________________________________________
Ini cerita kemarin👇👇👇
Gambar ni pop up di FB hari ni. Ucai wearing glasses since 5 years old. Darlington optometry, spec Mr Tickel tu..... this was 9 years ago.... |
And this was yesterday, he is 14. Look at the winter coat. It was his. Fortunately found the coat in the box, Washed it and he was very proud to put it on after 9 years... |
Begitulah cepat masa berlalu, miss my baby. Ucai is settling very well at SMSKB. Sekarang Tingkatan 2. Banyak kebaikan Ucai tinggal di asrama. Sepanjang PKP ummi dapat lihat progres yang bagus. Ucai gemar melaungkan azan. Sejuk hati dengar alunan azan dari anakku. Sudah boleh jadi imam untuk ummi dan kakak. Boleh berwirid, boleh baca doa. Tengah train Ucai menghafal beberapa surah, janji satu surah pendek RM5 , kalau panjang RM10. Kalau lagi panjang RM20 and more and more.... Ummi tak kisah asal Ucai nak hafal. Anak-anak ni biasalah, kena bagi reward. Sama macam anak-anak murid bertuah 3E, 3A, 2B dan 2T kat sekolah tu.... Tak kisah la kan, janji antum semua boleh menjadi hamba Allah yang berilmu dan bertaqwa...
Begitu serba sedikit diari hari semalam dan hari ini, titik PKP ke 34🌼
No comments:
Post a Comment