To be short, macam ni cara buat roti ni:
BAHAN-BAHAN
1 paket yis (11 gm)
1 sudu besar gula
1 1/2 cawan air suam
Macam biasa campu dan biarkan sehingga yis berbuih
4 cawan tepung high protin
1-2 sudu teh garam ( kalau tak suka masin kurangkan garam)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar honey
CARA
Masukkan bancuhan yis bersama minyak dan honey ke dalam tepung, dan uli sehingga tak lekat
di tangan, boleh tambah sedikit sedikit air suam sehingga doh konsisten. Rehatkan doh selama
15 minit. Uli lagi sedikit, dan rehatkan sehingga doh betul-betul naik.
Giskan loyang dan leperkan doh, gulung dan masukkan sedikit kedua hujung doh ke bawah.
masukkan ke dalam loyang. Tutup dengan kain atau cling film. Tunggu sehingga doh naik kembali.
Bakar dalam oven lebih kurang 20 minit, 180C.
Bentukkan sehingga jadi begini ye anak-anak, then tutup dan tunggu hingga naik kembung... |
Antara kegembiraan, apabila oven di buka rotinya kembung macan nihπ§πππ |
Tu ayah dah tunggu kat depan tu.... |
Roti honey ni sangat lembut, mula-mula makan ada rasa masam-masam sikit. So, boleh makan menyicah dengan honey juga.... Alhamdulillah berbunga-bunga rasa hati bila boleh buat roti.....
cukup untuk hari ini. Esok, insyaallah kita sambung lagi.
No comments:
Post a Comment