If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday 26 May 2020

EIDUL FITRI PKP 2020


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.  Walillahil hamdu.

Alhamdulillah akhirnya sampai juga ibadah puasa tahun ini ke penghujungnya.  Hari ini hari kedua kita menyambut hari lebaran. Kali ini sangat istimewa kerana kita beraya dengan "new normal".  Kali pertama dapat beraya di rumah ini.  Beraya di kampung dan di rumah sendiri ada kelebihan masing-masing.  Beraya di kampung yang lebih penting dapat berjumpa Wan di Pahang dan Atuk dan Nenek di Kelantan.  Dapat bersama kaum keluarga kedua belah pihak.  Sejak berkahwin dan ini tahun kedua puluh tiga beraya bersama suami, itulah rutin kita sekeluarga.  Setiap kali raya eidul fitri kita akan beraya di kedua-dua kampung, Lubuk Kawah di Temerloh, Pahang dan Bukit Marak di Kelantan.  Tanpa pernah gagal.  Maka, jika hari raya pertama di Pahang, raya kedua bertolak ke Kelantan.  Begitulah bergilir-gilir.  Cuti raya seminggu dihabiskan di kampung kedua-dua belah pihak.  Memang penat, cuma diharapkan usaha ini dapat menggembirakan Wan, Atuk dan Nenek.

Tahun ini ada kekangan.  PKP telah menukar kebiasaan kita.  Dengan 'new normal' ini kita berpeluang menyambut hari lebaran di rumah kita. Bagus juga, antaranya masa akhir Ramadhan boleh ditumpukan untuk meneruskan ibadat tanpa kalut dengan persiapan balik kampung dan persiapan raya seperti sebelum ini.




Malam raya diisi dengan gathering keluarga.  Ayah menyampaikan tazkirah, tajuk pilihan kakcik" Kenapa kita sambut Hari Raya".  Ini mengingatkan ummi kepada masa kita di perantauan, yelah raya sesama kita sahaja, tidak terikat dengan keluarga besar.  Memang malam raya kita akan ada tazkirah untuk keluarga.  Puasa pun sama.  Ayah akan bagi tazkirah untuk memberi kefahaman dan mengajar anak-anak tentang ibadah puasa.

Pagi hari raya, kita solat raya di rumah.  Lepas solat ayah berkhutbah khas untuk kita sekeluarga, sweet moment.  Biasa tengok ayah berkhutbah di masjid atau surau, ayah akan adressed Imam, ajk masjid, kali ini ayah adressed ummi dan anak-anak.....


Alhamdulillah ala kulli halin... 1st time solat raya bersama di rumah

Khutbah raya untuk family kita



https://rumaysho.com/20603-khutbah-idul-fitri-sepuluh-orang-yang-merugi-saat-idul-fitri.html


Kusyuk mendengar khutbah

Behind the scene๐Ÿ˜Ž
Selepas solat, sessi bermaaf-maafan dan bergambarlah pula. 

Kakak n ummi


Kakak n ayah
Abang Aan n ayah
Ummi pula.....
Turn kakcik
mai kat ummi...
Lastly sampai juga giliran Ucai.....
Anak ummi cayang.....
Dah habis bermaafan tibalah pula masa yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak semua..... Sesi menghulur duit raya.  Bab ni kurang best kakcik cakap, Kalau raya kat kampung mesti dapat duit raya banyak, haha redho sajalah kakcik yer.....

Semua dah dapat duit raya๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Sampul yang seterusnya.......
Aikk silap... ni duit raya lagi....
Pemenang program Ibadah Ramadhan tahun ini adalah......
Anak-anak tak tahu yang ummi nak beri hadiah untuk anak yang paling komited dengan aktiviti Ramadhan di rumah kita.  Hadiah pertama jatuh kepada... Ucai... dan yang kedua dimenangi oleh Abang Aan... Dah habis ye, dua saja hadiah.  Kakak dan Kakcik bagus juga.  Cuma hadiah kali ini untuk program Ramadhan, kalau hadiah rajin masak boleh bagi kat kakcik dan kakak pula....

Pesan ummi, anak-anak gunalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.  Jangan guna duit ringgit untuk beli apa-apa yang mengheret kita membuat maksiat atau kebencian Allah SWT.

Okey, sesi bergambar family pula...







Beginilah gelagat anak-anak bila dapat hp and kamera.....

Habis dah sesi kita pagi ni, sekarang sedang menunggu kehadiran Abang Nadhir, our expected guest di pagi Eidul fitri ini....

Dah sampai tetamu kita, menu breakfast satay, dengdeng dan nasi impit
Terima kasih kepada Chik sebab bagi ummi resepi turun temurun dendeng ni... jadi dan sedap๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Ini pula hidangan tengahari.

Nasi butter, ayam bakar, acar timun, sambal dan ala-ala dalca....


Kita jamu Abang Nadhir nasi butter.
Petang ummi buat cucur udang, lupa pulak nak ambik gambar.  Cukup tiga hidangan pada Eidul fitri kali ini pagi, tengahari dan petang merangkap malam.  Pukul 7 petang Abang Nadhir pun berangkat pulang ke Batu Kawan...

Terima kasih datang beraya...
Begitulah kita menyambut hari raya ala PKP bagi Eidul fitri 2020 ini.  Hari ini dalam sejarah dunia, raya kat Penang.  Semoga Wan, Atuk dan Nenek juga bahagia berhariraya walaupun tanpa kita bersama. Ala kulli halin alhamdulillah, semua yang ditakdirkan Allah itu ada hikmahnya.

Friday 22 May 2020

SURAH ATTAQHABUN DAN KUIH RAYA

cheese, raisin n cranberry's
Hari ni pagi-pagi lagi ummi bake scones, Aunty Zie nak hantar kuih raya yang Kakcik pesan.  Tiap-tiap hari Kakcik tanya pasal kuih raya yang dia order tu....  Ummi nak bagi Aunty Zie merasa scones ummi ni.  Biasa tu buat cheese scones atau cranberry n raisin, tapi kali ni mix semua.  gaul, gaul, gaul...haa, dah jadi.  Nanti berbuka kita try rasa macammana๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Class premium cookies

Yang ni favourite ummi, fruity nut...sedapp๐Ÿ˜‹
Hari ini ummi tadabbur beberapa Surah, antaranya Surah Attaghabun. Salah satu surah yang bermula dengan tasbih kepada Allah SWT...

Surah ini mengajar tentang kekuasaan Allah SWT yang mencipta langit dan bumi dan menjadikan manusia serta menyempurnakan rupa bentuk kejadiaan manusia... Allah Al- Musawwir.  Lalu diutus Rasul kepada manusia dan diberikan kitab keterangan supaya manusia mengenali Allah SWT.  Lalu sebahagian manusia mendustakan Rasul-rasul itu.  Mereka mempertikaikan kelayakan Rasul-rasul yang juga manusia seperti mereka datang untuk membawa petunjuk kepada mereka.

Allah SWT telah memberi amaran kepada orang-orang kafir ini bahawa mereka akan menerima balasan di Hari Kebangkitan, mereka akan menerima balasan perbuatan mereka.

Bagi orang-orang beriman pula, mereka orang yang beruntung kerana pada hari itu mereka akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya dan itulah kemenangan yang sebenar.

Di dunia ini manusia akan diuji dengan kesusahan dan bala bencana, semua itu tidak berlaku kecuali dengan izin Allah SWT.  Oleh itu hendaklah kita bersabar dengan ujian Allah kerana Allah akan memimpin hati orang-orang yang bersabar supaya menjadi tenang menerima setiap dugaan yang diberikan.  Orang beriman hendaklah sentiasa bertawakkal dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Dalam surah ini juga Allah mengingatkan bahawa harta dan anak-anak adalah ujian kepada orang-orang beriman, hendaklah kita berwaspada dengannya.  Jadikan mereka jalan untuk kita mengaut pahala yang besar di sisi Allah.  Janganlah mereka menjadi sesuatu yang menjerumuskan kita kepada kemurkaan Allah SWT.

Di akhir surah ini Allah mnegaskan supaya kita sedaya upaya berusaha untuk menjadi orang yang bertaqwa, mendengar pengajaran dan taat kepada Allah, membelanjakan harta kita ke jalan Allah, membuat kebajikan, serta memelihara diri daripada dipengaruhi  sifat tamak.

Allah menyebut tentang "Qardhul hasan"  iaitu memberi pinjaman kepada Allah, Allah akan melipatgandakan balasan bagi orang yang memberi pinjaman kepadanya.. Oleh itu marilah kita meminjamkan masa, tenaga dan harta kita kepada Allah.  Kita tidak akan rugi untuk itu kerana  Allah amat-amat menghargai orang yang berbuat baik.

Allah sentiasa mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata dan Allah Maha Bijaksana.....

Waalahu alam.

anak-anak muridku...
Menjadi seorang guru, peluang terbuka luas untuk membuat amal kebajikan.  Mengajar ilmu yang bermanfaat salah satu amal yang akan mengalir pahala sehingga ke alam barzakh. Setiap hari menjejakkan kaki ke sekolah, niat untuk membuat amal kerana Allah, boleh mengajar, mendidik, bersedekah sama-sama membuat amal ibadah.  Bersama memburu keredhaan dan kasih Allah SWT ๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“

WHIPPING CREAM CAKE DAN NASIHAT DR JUE

Alhamdulillah..... Selalu hujan pula Ramadhan kali ini.  Sejuk sikit dan cuaca pun agak redup.  "Stay at home" menjadikan puasa kali ini kurang mencabar kerana sebelum ini kita berpuasa di musim persekolahan.  Dengan keadaan kelas yang panas, pergerakan turun naik tangga, dan juga aktiviti PdP menjadikan hari-hari Ramadhan memakan banyak tenaga di sekolah. Balik rumah mesti ummi melepek di atas kusyen. Syukur kepada Allah SWT dengan kesempatan Ramadhan kali ini kita menghabiskan masa di rumah dan peluang ini membolehkan kita membuat amalan-amalan bagi mengisi masa-masa berharga di bulan yang berkat ini.

Sambil-sambil update blog ni ummi tengok fb live Dr Jue, tentang keburukan minum air ais ketika berbuka..

Keburukan minum air ais dan kebaikan minum air suam

1.  Suhu badan drop, badan akan menggunakan banyak tenaga untuk memanaskan badan
2.  Lemak lambat hadam, pencernaan tidak sempurna, masalah sembelit akan berlaku.
3.  Mukus dalam hidung dan tekak menjadi kental
4.  Menurunkan kadar denyutan jantung
5.  Lemak-lemak dalam badan keras

Kebaikan minum air panas atau suam
1. Air panas membuat mukus cair.  Relief masalah resdung
2. Air panas menyebabkan usus aktif, dapat mengatasi masalah sembelit. Coffee panas sangat bagus.
3.  Baik untuk central nervous system.  Bila absorption water better, otak lebih fokus, boleh membantu pesakit artritis.
4.  Relief constipation kerana air panas akan mencairkan lemak-lemak, mengurangkan masalah sembelit
5.  Air suhu bilik boleh menghilangkan dahaga.  Minum 8 gelas sehari
6.  Berat badan akan turun, semua metabolisma dalam badan berlaku dengan sempurna
7.  Memperbaiki perjalanan darah
8.  Mengurangkan stress,
9.  Menurunkan toksid dalam badan, dengan
10.  Relief masalah untuk menelan ( acalesia )

Sekian perkongsian Dr Jue..

selamat meneruskan ibadah Ramadhan. Ada sehari lagi puasa,  entry ni dah lama ummi buat. hari baru siap.

Wefie, nak tunjuk baju sedondon malam ni.  Bukan janji yer tapi tanda kita ni sehati sejiwa๐Ÿ˜‡

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Whipping cream cake

Tak pasal-pasal kena buat kek.  Ni sebab ayah beli whipping cream kotak besar... OMG nak buat apa whipping cream?? Nak mendeko kek, malazzz sangat ummi ni.  Kalau Kakcik boleh jugalah. Selepas beberapa kali menggoogle jumpa resepi kek ni.  And membakinglah. Alhamdulillah jadi.  Rupa dan rasa macam butter cake gitu.

Kek ni saiz besar, lama sikit dalam oven

Dah saiz besar, dan lah hantar rumah Mama... Selebihnya ummi buat based triffle.  Alhamdulillah semua suka dan boleh makan triffle tu.....

Macam tu la kisah-kisah Baiti Jannati... Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.

Wednesday 20 May 2020

CATATAN 27 RAMADHAN DAN MENU UCAI

Hari ini mencecah 27 Ramadhan.  Syukur kepada Allah SWT ummi dikurniakan kesihatan untuk melaksanakan puasa dengan baik sehingga ke hari ini. Dapat menambah amalan di bulan yang mulia ini, dapat masak setiap hari untuk keluarga.  Dapat qiyam dan berdoa untuk anak-anak ummi yang dikasihi๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Baru sahaja selesai menelaah Surah Al-Muddatthir.  Surah yang diajar kepada pelajar tingkatan 2,
5 ayat yang awal diturunkan ketika Nabi SAW sedang berada dalam selimut, Nabi masih merasa takut kepada Malaikat Jibril a.s yang muncul ketika Baginda SAW sedang mendaki Bukit untuk ke Gua Hira'.

Surah ini merupakan titik permulaan kepada perintah dakwah Rasulullah SAW untuk memulakan tugasan sebagai Rasul, menyeru manusia ke jalan Allah SAW.  Ayat-ayat seterusnya menceritakan betapa dakwah nabi ditentang oleh orang-orang Quraisy.  Disebut tentang seorang pemimpin Quraisy yang menentang dakwah Nabi SAW, seorang yang kaya dan dikelilingi anak-anak yang bersamanya.  Dia adalah Al-Walid bin Mughirah. Orang-orang Quraisy ini berpaling dan sombong ketika diseru kepada agama Islam. Golongan seperti mereka ini akan dimasukkan ke dalam neraka Saqar yang dijaga oleh 19 Malaikat.

Di akhir surah ini diceritakan tentang dialog penghuni syurga dengan penghuni neraka. Penghuni syurga bertanya keadaan penghuni neraka dan apakah yang mereka lakukan di dunia sehingga mereka dicampakkan ke dalam neraka. Terdengar laungan penyesalan penghuni neraka tentang keadaan mereka semasa di dunia yang tidak menunaikan solat, tidak memberi makan orang miskin dan sentiasa berbincang sesama mereka untuk untuk melakukan perkara-perkara yang salah. Mereka juga mendustakan hari kiamat.

Sehingga datanglah hari kiamat itu, barulah mereka terkejut, keadaan mereka seperti keldai liar yang terkejut dan lari daripada singa.  Begitulah keadaan orang-orang kafir.  Ketika itu barulah mereka menyesal, mereka mahu supaya diberikan kitab, dan mahukan hidayah Allah. Tapi masa untuk mereka telah berlalu dan mereka golongan yang terlambat. Mereka kekal dalam neraka Saqar.

Nauzubillah, anak-anak ummi ambil pengajaran.  Jauhilah golongan yang sesat, dan berdoalah supaya kita mendapat rakan-rakan yang baik, sentiasa berkumpul bersama orang yang benar, berbincang perkara-perkara kebaikan di dunia ini. Semoga kita semua berkumpul dalam syurga di akhirat nanti...

.................................................................................................................................................................

MENU RAMADHAN UCAI

Susu goreng budak Jepun๐Ÿ˜ธ


Foccacia Pizza