Sambil-sambil update blog ni ummi tengok fb live Dr Jue, tentang keburukan minum air ais ketika berbuka..
Keburukan minum air ais dan kebaikan minum air suam
1. Suhu badan drop, badan akan menggunakan banyak tenaga untuk memanaskan badan
2. Lemak lambat hadam, pencernaan tidak sempurna, masalah sembelit akan berlaku.
3. Mukus dalam hidung dan tekak menjadi kental
4. Menurunkan kadar denyutan jantung
5. Lemak-lemak dalam badan keras
Kebaikan minum air panas atau suam
1. Air panas membuat mukus cair. Relief masalah resdung
2. Air panas menyebabkan usus aktif, dapat mengatasi masalah sembelit. Coffee panas sangat bagus.
3. Baik untuk central nervous system. Bila absorption water better, otak lebih fokus, boleh membantu pesakit artritis.
4. Relief constipation kerana air panas akan mencairkan lemak-lemak, mengurangkan masalah sembelit
5. Air suhu bilik boleh menghilangkan dahaga. Minum 8 gelas sehari
6. Berat badan akan turun, semua metabolisma dalam badan berlaku dengan sempurna
7. Memperbaiki perjalanan darah
8. Mengurangkan stress,
9. Menurunkan toksid dalam badan, dengan
10. Relief masalah untuk menelan ( acalesia )
Sekian perkongsian Dr Jue..
selamat meneruskan ibadah Ramadhan. Ada sehari lagi puasa, entry ni dah lama ummi buat. hari baru siap.
Wefie, nak tunjuk baju sedondon malam ni. Bukan janji yer tapi tanda kita ni sehati sejiwa😇 |
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Whipping cream cake |
Tak pasal-pasal kena buat kek. Ni sebab ayah beli whipping cream kotak besar... OMG nak buat apa whipping cream?? Nak mendeko kek, malazzz sangat ummi ni. Kalau Kakcik boleh jugalah. Selepas beberapa kali menggoogle jumpa resepi kek ni. And membakinglah. Alhamdulillah jadi. Rupa dan rasa macam butter cake gitu.
Kek ni saiz besar, lama sikit dalam oven |
Dah saiz besar, dan lah hantar rumah Mama... Selebihnya ummi buat based triffle. Alhamdulillah semua suka dan boleh makan triffle tu.....
Macam tu la kisah-kisah Baiti Jannati... Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
No comments:
Post a Comment