Semasa saya di Matrikulasi UIA di Subang Jaya, kami pelajar-pelajar perempuan sering menganjurkan program ceramah dan kuliah. Suatu hari kami menjemput Ustaz Husin Unang, seorang pensyarah di MPI untuk berceramah. Mungkin sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama, Ustaz tersebut mengajarkan doa kepada kami; doa untuk mendapat pasangan yang soleh, minta maaf laptop saya tiada versi arab/jawi@kurang ilmu komputer:
ALLAHUMMA QADDIRLI ZAUJAN SOLIHAN WA YUKHOTHIBNI WATAZAWWAJNI WAYAKUNU SOHIBALLI FIDDUN-YA WA FIL JANNAH
Maksudnya; Ya Allah, taqdirkanlah bagiku seorang suami yang soleh, dan dia meminangku dan mengahwiniku dan menjadi temanku di dunia dan di syurga.
Maka dari pada semua ilmu yang disampaikan oleh ustaz pada pagi itu, ilmu yang inilah paling popular, melekat di otak dan meresap ke dalam kalbu, menjadi topik hangat pula di hostel. Doa yang kami amalkan bersama. Alhamdulillah, setakat yang saya ketahui ramai sahabat saya bertemu teman hidup yang soleh lagi alim belaka! Kurniaan Allah SWT.
Teringat saya kepada seorang ukhti yang sebilik dengan saya, Kak Anis panggilan mesra kami kepadanya. Kak Anis memang suka memberi nasihat kepada kami, pelajar-pelajar '1st year' matrikulasi. Antara nasihatnya supaya sentiasa berdoa untuk mendapat jodoh yang soleh. Katanya kita tidak tahu siapa jodoh yang ditaqdirkan Allah buat kita, mungkin Mamat yang suka lepak kat tepi jalan. Oleh kerana itu kita mesti rajin berdoa supaya dikurniakan jodoh dengan seorang pemuda yang soleh. Mudah-mudahan Allah akan memberi hidayah kepada Mamat itu untuk menjadi hambanya yang soleh sebelum dia berkahwin dengan kita.
Tidak dinafikan univesiti adalah tempat yang baik untuk mengintai jodoh, antaranya kerana kita lama berada bersama-sama, dari tahun pertama sehingga tahun akhir. Banyak masa yang kita ada untuk mengenali bakal teman hidup kita. Senang juga untuk kita merisik peribadinya. Seperti saya dan suami, kami telah saling mengenali di tahun pertama matrikulasi lagi. Sejak dari Matrikulasi lagi saya telah solat berimamkannya, berjemaah, bermesyuarat, berusrah dan halaqah, bertamrin dan rehlah bersama. Serba sedikit saya arif dengan peribadi suami saya, begitulah sebaliknya.
SUAMIKU, KEKASIHKU.......... |
Kepada anak-anak kita, sama ada yang telah punya teman istimewa atau tidak, janganlah leka dari pada berdoa, jika telah mendapat teman yang soleh doakan supaya si dia tetap dengan kesolehannya, jika mendapat yang 'rock' doakan supaya berubah menjadi soleh, yang belum ada teman doalah selalu supaya beroleh teman yang soleh. Apa-apa pun jagalah diri sendiri, yakinlah dengan janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang bersih untuk perempuan yang bersih, tak perlu mempromosi diri dengan pakaian dan penampilan yang anggun dan menawan, ingatlah lelaki-lelaki yang akan tertawan dengan perempuan-perempuan sebegini adalah lelaki yang berpenyakit hati, bukan yang benar-benar beriman. Semoga terbina rumahtangga yang diberkati dan dicintai Ilahi. Wallahua'lam.
assalamualaikum Syidah...
ReplyDeleteRindu syidah sekeluarga. Seronok baca tulisan syidah. mengimbau zaman sekolah. Teringat saat-saat bertemu jodoh. Emm indah.. Sekarang ni, kalau ada lagi tergigit lidah..surat2 cinta zi telaah :)
waalaikumsalam zi, rindukan zi juga. Memang indah bertemu jodoh, ikatan dipelihara, bahagia mengecap nikmat mawaddah wa rahmah dalam rumahtangga, kan ke gitu zi?...............
ReplyDeleteye betul tu ustazah..tapi utk hakikat bahagia yang indah, perlu ada memberi dan menerima dan menuntut kesabaran yang tinggi :)
ReplyDeletebenar sahabatku, dan atas setiap kesabaran terhadap orang yang paling mulia bagi kita setelah Allah dan Rasulnya itu pahala yang besar.......insyaallah
ReplyDeletesalam akak..baru terjumpa blog ni..ehhe
ReplyDeletethanks for the doa..kena amal ni..:D
hehe.. klu dah kawin tak ya la ye!
ReplyDelete