If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Thursday, 1 February 2024

GOOD LUCK TO UCAI SPM 2023

 ALL THE BEST AND BITTAUFIK WANNAJAH BATCH ERUDITE.



Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 29 Januari membuka tirai SPM 2023. Pada sebelah petangnya Ucai dan kawan-kawan menjawab kertas Bahasa Jepun pula. Manakala dua hari berikutnya kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selesai tiga subjek. Semoga Ucai dapat menjawab dengan baik dan semoga direzekikan kejayaan yang cemerlang buat Ucai.


Kenangan Ucai dan kawan-kawan



Bergaya dengan lab coat.  Macam-macamlah cara cikgu-cikgu nak bagi semangat. Semoga semuanya dapat mencapai cita-cita yang tersemat di lubuk hati..


Projek team CB (Coffee Break) terus menyantuni anak-anak sewaktu rehat. Alhamdulillah,  ibu bapa berinfak untuk menyediakan makanan anak-anak.


Senyum manis memasing tu dapat makan. Mesti lapar selepas memerah otak...


Hari ini Timbalan Ketua BADAR pakai baju purple😍 Boleh pula dia tukar-tukar baju dengan kawan-kawan. Baju BADAR Fahmi pakai. Baju Fahmi yang kuning tu rasanya Alif Muhazir pakai... Semua ni classmate Ucai 5 Aluminium. Enam orang boys..   Alhamdulillah... sahabat-sahabat yang baik. Susah senang bersama. Sama-sama belajar dan memberi tunjuk ajar. Hari ini kertas Bahasa Inggeris. Dengarnya agak mencabar soalan Bahasa Inggeris SPM kali ini. Semoga Ucai dan kawan-kawan mendapat taufik daripada Allah SWT.

Sehari sebelum exam Ayah dan Umi menemani Ucai di SAKBA. Rasa sebak melepaskan anakanda bongsu ke medan perjuangan..... SPM pengakhiran alam persekolahan. Selepas ini Umi dan Ayah pun dah tiada lagi anak yang bersekolah.  Alhamdulillah, diberi rezeki dan usia oleh Allah untuk bersama anak-anak sehingga kini. Dapat menyaksikan anak-anak tamat alam persekolahan dan melangkah masuk ke menara gading. Malah telah menyaksikan Kakak Iffah di pentas graduasi... Subhanallah😭





Ayah kata macam prince Mateen😁😁tapi umi rasa Ucai one level above😂😂




Next week, three papers in a row.....  Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam.  Umi pun rasa berdebar, semoga Allah beri kesihatan yang baik dan dapat fokus menelaah buku-buku pelajaran sehingga selesai exam semua subjek.





Wajah akan bertukar seiring usia... Nanti boleh revise.....

Update 5/2 - Paper Sejarah

Sebaik habis menjawab paper 1 Sejarah.....

Dengan geng 5 Alum dia laa....

Special food hari ni.....

dapat dah......


Hari ini paper math, Ucai n the boys 5 Alum all in yellow.
Pakat jadi Pengawas PSS pulak hari ni... 😂


Begitulah perjalanan SPM Ucai.  Genap sebulan peperiksaan bertulis. Walaupun Umi tidak berada bersama Ucai namun cikgu selalu update dengan parents gambar-gambar dan perkembangan anak-anak di SAKBA. 
Harapan guru sama dengan ibubapa.... Setiap kali Umi terpandang anak-anak murid sekolah Umi menjawab exam, hati berdoa supaya Ucai dilapangkan dada dan diberi petunjuk untuk menjawab dengan baik..🤲


No comments:

Post a Comment