If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Saturday 29 August 2020

BEST MEMORY EVER

Gambar-gambar ini adalah yang pop up dalam FB ayah dan umi yang di"share" dalam group WA family.  Seronok pula menatap gambar-gambar ini sambil menghimbau kenangan.  Semua yang manis atau yang pahit menjadi topik yang amat nyaman untuk dibicarakan......


Kakcik yang sentiasa gembira dan sangat-sangat enjoy dengan  sekolah dan kawan-kawan.  Di Red Hall Primary kakcik dilantik menjadi "Councillor" oleh guru-guru.  Tugas kakcik adalah menjadi wakil pelajar dalam pentadbiran sekolah.  kakcik suka dengan jawatan yang diberikan dan selalu cuba melaksanakan tugasnya sebaik mungkin. Kakcik sangat rindu dengan persekolahannya di sini dan sering menyebut-nyebut kenangan indah belajar di Red Hall Primary School.


Tahun pertama kembali ke Malaysia, 2013 beraya di rumah Wan, Kampung Lubuk Kawah, Temerloh Pahang setelah tiga kali eidul adha di perantauan. 



Ucai berehat sekejap selepas penat ikut ummi ronda-ronda carboot sale.  Rasanya yang ini di Carboot Sedgefield.  Kalau pergi carboot sale, memang ucai target dah toys.  Hehe.... melambak toys dia...




Usai mendarat di KLIA, penerbangan Emirates Dubai - KL selama 7 jam.  Sampai tengahari, panasnya Kuala Lumpur.  Puas hati, hampir 4 tahun tidak melihat tanahairku yang tercinta.  Kesian emak, lama ditinggalkan...




Kakak pramugari yang baik.  Mesra dia melayan kami berfoto




Hari terakhir Aan di Redhall Primary School.  Aan diberi tanggungjawab sebagai monitor, bertugas menjaga students nursery dan reception pada waktu rehat.  




On the way balik ke Kelantan semasa hari raya 2013, singgah bermalam di Pantai Batu Buruk.  Sambil-sambil Kakcik dan Ucai lepas gian bermain pasir di pantai.  Di UK selalu juga pi pantai, tapi sejuk, tak boleh nak  main.



Messy hair day, Ini gaya rambut ilham dari Ayah dia, haha... Ucai Year 1, Redhall Primary School.






Seperti biasa 2 minggu sekali pergi Middlesborough, beli ayam, daging dan barang-barang dapur..
Ada pasar tani la pulak.



Ucai di London.  Mula-mula takut dengan Mr Clown, lepas tu seronok pulak tengok kawan tu.  Dia pun ikut buat funny face hingga sampai ke Cambridge pun, dok buat lagi...



Naik speed boat di Whitby.  Selalu juga ke Whitby, makan fish and chips sedap kat tepi pantai.



Belakang rumah di bowburn ketika snow lebat.  Ni tahun 2010 rasanya....  menurut warga Bowburn dah beberapa tahun tiada heavy snow di Durham.  Snow kemabali heavy tahun 2009, ketika itu kami baru saja sampai, begitu lebat sekali dia turun. Sekejap sahaja telah penuh dan tebal menutupi bumi. Rezeki kami...selepas tu pun every year snow lebat sehinggalah winter terakhir di England 2012.








Tiga gambar ni kat Big Ship Little Cow Farm di Aiskew Watermill.  Rasanya sempena birthday kakcik.  Di sini ada playbarn, macam-macam mainan, yang besar pun seronok, yang kecik apatah lagi. Boleh tengok dan pegang animals... petting zoo.




Subhanallah, terkenang sungguh tempat ini.  Gambar ini di halaman Durham Castle.  Saja jalan-jalan di Bandar Durham.  Mendaki bukit singgah beli sedikit souvenir Durham Uni di bookshop, kemudian berehat-rehat di sini.  Durham Castle bersebelahan dengan Durham Cathederal.  Durham bandar university.





Portmeirion. Pinggan mangkuk brand UK yang menjadi dambaan suri rumah yang meminati dinnerware gaya omputeh😀Di sinilah Portmeirion Village, North Wales. Masa ni holiday ke Snowdonia. Anak-anak semua nak berehat di chalet, penat main kat waterpark.  Ummi dan ayah ambil peluang visit tempat ni.  Kampung Italian style... cantiklah bagi peminat bangunan lama macam kami.  Anak-anak memang tak minat.





Menelusuri Durham Riverside.  Sejuk dan bersih Sungai Durham. Betapa kuingin kembali berada di sini, sangat menenangkan...


Oh my lovely kitchen, 15 Trafford Close.  Banyak memori di dapur ini.  Di sini ummi berkincah memasak untuk keluarga.  Tradisi berubah bila berada di perantauan, tiada gerai, restoren apalagi pasar malam menjadikan ummi suri rumah yang setia di dapur.  Kalau hari ini ummi mampu bake lasagne dan pasta, scones dan granola... maka semua itu bermula di dapur ini....💓💓💓


My baby, my baby.... memenuhi masa cuti. Anak-anak tidaklah begitu seronok dengan cuti sekolah.  Mereka lebih suka bersekolah, happy at school.  So, nak bagi seronok ummi kena buat aktiviti untuk Ucai sekali sekala... decorate gingerbread man.. Ucai minat benor😃



Tu dia...butang ke belly button tu??😂

Begitulah... mengulang-ulang cerita lama yang semakin jauh ditinggalkan.  Seorang telah tamat diploma, seorang lagi sedang bertungkus lumus menghabiskan pengajian peringkat degree.  Dua orang di sekolah menengah.  Sekolah rendah dah tak ada dah...  Begitu pantas masa berlalu...lalu kita menjadi perindu detik-detik indah dan pilu yang pernah singgah dalam perjalanan masa kehidupan.  Ya Allah, peliharalah kami sebagaimana Engkau memelihara hama-hambaMu yang soleh😭


Sejuk ye kakcik? Kakcik di Nursery And Reception Bowburn.

Tuesday 25 August 2020

GRANOLA BARS SNACK BERKHASIAT

Entri yang ringkas ini ummi nak post resepi granola bars kegemaran Ucai.  Umi buat kat Ucai untuk bawa balik ke asrama, boleh makan dengan kawan-kawan.  Pernah dulu Ucai cerita dia simpan granola dalam beg sekolah.  Bila rasa mengantuk dalam kelas, dia akan makan sepotong, buat hilang mengantuk..

Granola bars ni bagus, selain daripada oats, ada buah-buah kering seperti kismis dan cranberry.  Kalau tanya Kakcik dia akan suruh buh coklat chips.  haa choc lover macam tulah😂 Umi pula memang suka letak cranberry macam dalam scones juga.  Selain itu ada almond, sunflower seeds, flaxeed seeds, dried coconut dan boleh bubuh apa saja yang ada di rumah tu...

Resepi yang selalu ummi guna:

2 cups roll oat (quick cooking)

2 cups rice krispies

1/2 cup raisins ( any dried fruits..cranberries, apa sj blh buh laa)

1/2 cup shredded coconut ( tak letak pn ok)

3/4 cup almond (crushed je)

3/4 cup light corn syrup - ummi buh golden syrup + honey

1/2 cup brown sugar...ummi tukar dengan gula nise...haha kasi melayu like😍

3/4 cup peanut butter

1 teaspoon vanilla


Cara:

Gaulkan bahan-bahan kering dan masukkan semua yang lain dalam periuk.  Kacau sehingga gula cair dan sebati, then masukkan campuran bahan kering.  Gaul sekata.  Tutup api dan masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper. Cara alas rujuk gambar di bawah.  Mesti lebihkan sedikit paper tu supaya mudah nak dikeluarkan nanti.


gunting sikit
Gunting sikit untuk kemaskan bahagian sudut loyang



Guna scrapper untuk tekan-tekan bagi kemas sebelum masuk oven


Bakar dalam 15 minit, keluarkan daripada oven dan sejukkan.  Alihkan ke atas chopping board dan  bolehlah dipotong. Patut jadi bar, tapi ummi potong kiub sebab senang nak makan, satu mulut sekali ngap!


Ni  GRANOLA CUBES LA....haha

Sebenarnya banyak cara buat granola ni kalau tengok dalam youtube tu, tapi ini cara ummilah.  Jangan tanya ambik kat mana, tak ingat dah.  Tapi ada resepi dalam buku resepi legend tu.....

Kebetulan minggu ni nenek datang.  Kita bagi nenek rasa, alhamdulillah nenek suka dengan granola ni.  Buat bagi bekal untuk Nenek n Aunty Munie juga, boleh makan on the way balik Bukit Marak.  Lupa cakap, Akyas pun datang juga👧👧👧