If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Thursday 10 September 2020

TRADITIONAL COTTAGE PIE

 Sebab apa traditional cottage pie?  Sebab resepi pie ni yang ummi belajar direct dari kawan-kawan old ladies at Winderemere Court. Basically, masak lapisan daging tu dengan cara buat gravy... 

Oh, kalau guna lamb panggil shepherd pie la yer๐Ÿ˜‡

ok kita terus kepada bahan-bahan.

500g minced meat

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

*bawang dicincang

2 sb olive oil atau butter

2 sb corn flour

Mix veg

1 sb serbuk lada hitam

1 sk serbuk perasa hilal (1 kiub ayam//apa2 kiub)

kicap

sedikit rosemary flakes, mixed herbs

Sebahagian daripada bahan-bahan yang ummi guna


Cara:

Tumis bawang dan bawang putih, masukkan minced meat, biarkan sampai agak masak, masuk lada hitam, garam, serbuk hilal, kicap, mixed veg, corn flour bancuh sikit dengan air, biar seketika, tabur sikit rosemary flakes dan mix herbs.... biar mendidih, jangan overcooked sebab nanti banyak minyak.

Sudah masak, boleh masukkan dalam casserole

Untuk mashed potato:

1 kg potato

2 sudu butter

Fresh milk (lebih kurang 200 ml)

Rebus potato sampai betul-betul soft, bubuh sikit garam, buang air rebusan dan terus mash semasa panas bersama butter dan fresh milk. Selain fresh milk, blh juga guna cooking cream. Combine pun ok.

Kemudian, boleh terus masukkan sedikit-sedikit di atas daging tadi. Ratakan elok-elok, buat garisan guna garfu.  bila siap, sprinkle dengan chili powder dan parsley flakes.

Sedia untuk dibakar, 20 minit 160C.

Tersedia untuk dinner anak-anak


Sedikit untuk kawan-kawan di pantry merasa...

Begitulah my original cottage pie recipe.  Kalau tengok kat youtube banyak cara, ada yang guna rempah, mungkin sedap juga dan memenuhi citarasa melayu kann... tapi ini ummi punya resepi lah.  Alhamdulillah anak-anak sentiasa cakap sedap๐Ÿ‘๐Ÿ˜‹

Kakak dan kakcik pun suka buat cottage pie ni, so lain kali kalau nak buat lagi, buka saja entry ni.  Tak payah tanya ummi dah๐Ÿ˜

Monday 7 September 2020

LASAGNA KEGEMARAN ANAK-ANAK

Lasagna ni memang menjadi favourite anak-anak, Setiap kali bake lasagna mesti licin. Suka sangat.....

Resepi ummi belajar dengan kawan-kawan makcik Geordie kat Winderemere Court tu dulu๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Teringat kat diorang yang sangat rajin mengajar ummi their traditional food. Biasanya ummi la yang kena keluar ke kedai mencari bahan-bahannya.  Dekat saja ASDA dan Farmfood dari rumah tempat kami bekerja, cuma kadang-kadang kena bawa Mr Peter atau partnernya Jane Stabler. Yang tu susah sikit sebab kena tolak wheelchair.  Ummi ni lemah sikit nak nolak benda alah tu..... itu la kenangan service 3 tahun dengan UBU (2010 - 2013).

Ok, ni resepi lasagna orang kampung Darlo...

Untuk sos daging:

500 g  minced meat
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebiji tomato
Semua cincang saja
Olive oil
Sedikit cili paste, cili powder pun ok-ikut selera nk pedas ke tak.  Mokcik Geordie tu xboh pung..
1 atau 2 tin (atau botol) sos pasta - prego/ adabi atau apa-apa brand laa
2 susu besar gula
Sedikit garam
Oregano flakes/Italian spice/ mix spice flakes blh je .....
Blh tambah sos cili juga kalau mau

Cara:

Panaskan olive oil, tumis bawang, bawang putih, cili paste, masuk daging, tambah sedikit air untuk daging agak-agak masak. Masukkan sos pasta, tomato, gula, garam, and the "flakes".  Boleh tambah cili sos jika mau.  Kalu nak banyak kuahnya guna 2 botol sos pasta.  Ummi selalu guna 1 botol sederhana dan 1 tin kecil tu.  So, kuah dia banyak sikit sebab ummi malas nak rebus lasagna sheet tu..

Dah siap sos merah

Untuk white sause:

500 ml  fresh milk
2 1/2 sudu besar corn flour
Sedikit cheese, lebih kurang segenggam. nk letak banyak pun ok
sedikit garam

Kacau sampai agak pekat, kalau nak sedap letak parmesan cheese sikit.

Kasi jadi macam ni,,

Dah siap, sekarang sudah boleh "on" oven.  160C bajet lebih kurang 50 minit ke 1 jam.  Sekarang aktiviti melapis pulak. Mula dengan lapisan pertama sos daging.

Begini lapisan pertama, just sos daging dan sheet


Lapisan kedua sos daging, white sause, tabur sedikit cheese dan lasagna sheets

Begitulah seterusnya, sos daging, white sause, cheese, sheets...... buat sampai habis.
Akhir sekali susun sheet, white sause dan tabur cheese, kalu nak cantik atas guna mozarella dan parmesan.  Baru elok rata bila masak.  

Ok, bo;eh masuk dalam oven

Petua nak lembutkan lasagna sheet yang tak rebus tu, cover dengan aluminium foil semasa dibakar selama 40 minit, then keluarkan, uncover dan masuk semula dalam oven sekita 10 minit atau sampai cheese nampak agak brown.


Ni ummi guna cheddar cheese dan parmesan.

Macam tulah, menu kegemaran anak-anak.  Ummi pun suka juga, tapi tetap rindukan nasi... nasi dengan ikan talang goreng bawang lada juga yang sedap, yang ni buat sekali-sekala ok lah..

Alhamdulillah ala kulli hal... semoga bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anak-anak suatu hari nanti...  Love you all abnai wa banati๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•