Lasagna ni memang menjadi favourite anak-anak, Setiap kali bake lasagna mesti licin. Suka sangat.....
Resepi ummi belajar dengan kawan-kawan makcik Geordie kat Winderemere Court tu duluπππ
Teringat kat diorang yang sangat rajin mengajar ummi their traditional food. Biasanya ummi la yang kena keluar ke kedai mencari bahan-bahannya. Dekat saja ASDA dan Farmfood dari rumah tempat kami bekerja, cuma kadang-kadang kena bawa Mr Peter atau partnernya Jane Stabler. Yang tu susah sikit sebab kena tolak wheelchair. Ummi ni lemah sikit nak nolak benda alah tu..... itu la kenangan service 3 tahun dengan UBU (2010 - 2013).
Ok, ni resepi lasagna orang kampung Darlo...
Untuk sos daging:
500 g minced meat
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebiji tomato
Semua cincang saja
Olive oil
Sedikit cili paste, cili powder pun ok-ikut selera nk pedas ke tak. Mokcik Geordie tu xboh pung..
1 atau 2 tin (atau botol) sos pasta - prego/ adabi atau apa-apa brand laa
2 susu besar gula
Sedikit garam
Oregano flakes/Italian spice/ mix spice flakes blh je .....
Blh tambah sos cili juga kalau mau
Cara:
Panaskan olive oil, tumis bawang, bawang putih, cili paste, masuk daging, tambah sedikit air untuk daging agak-agak masak. Masukkan sos pasta, tomato, gula, garam, and the "flakes". Boleh tambah cili sos jika mau. Kalu nak banyak kuahnya guna 2 botol sos pasta. Ummi selalu guna 1 botol sederhana dan 1 tin kecil tu. So, kuah dia banyak sikit sebab ummi malas nak rebus lasagna sheet tu..
Dah siap sos merah |
Untuk white sause:
500 ml fresh milk
2 1/2 sudu besar corn flour
Sedikit cheese, lebih kurang segenggam. nk letak banyak pun ok
sedikit garam
Kacau sampai agak pekat, kalau nak sedap letak parmesan cheese sikit.
Kasi jadi macam ni,, |
Dah siap, sekarang sudah boleh "on" oven. 160C bajet lebih kurang 50 minit ke 1 jam. Sekarang aktiviti melapis pulak. Mula dengan lapisan pertama sos daging.
Begini lapisan pertama, just sos daging dan sheet |
Lapisan kedua sos daging, white sause, tabur sedikit cheese dan lasagna sheets |
Begitulah seterusnya, sos daging, white sause, cheese, sheets...... buat sampai habis.
Akhir sekali susun sheet, white sause dan tabur cheese, kalu nak cantik atas guna mozarella dan parmesan. Baru elok rata bila masak.
Ok, bo;eh masuk dalam oven |
Petua nak lembutkan lasagna sheet yang tak rebus tu, cover dengan aluminium foil semasa dibakar selama 40 minit, then keluarkan, uncover dan masuk semula dalam oven sekita 10 minit atau sampai cheese nampak agak brown.
Ni ummi guna cheddar cheese dan parmesan. |
Macam tulah, menu kegemaran anak-anak. Ummi pun suka juga, tapi tetap rindukan nasi... nasi dengan ikan talang goreng bawang lada juga yang sedap, yang ni buat sekali-sekala ok lah..
Alhamdulillah ala kulli hal... semoga bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anak-anak suatu hari nanti... Love you all abnai wa banatiπππ
No comments:
Post a Comment