If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Saturday 31 December 2022

BYE-BYE 2022....

 Hari ini 31 Disember 2022, Ayah free hari ini.  Ayah offer nak jalan-jalan untuk penutup tirai 2022... Setelah dibincang-bincang kita ke Merbok sahajalah.  Cari pantai dekat-dekat saja... Umi cadang pergi Kuala Sinkir Laut.  Kawan kata cantik situ..  Dekat sejam juga nak sampai.  Tapi bila tiba taklah cantik pun.  Pantai banyak lumpur sebab air surut.. 


Ambil juga gambar, dah sampai kan...

Selepas kecewa dengan Singkir Laut, Ayah waze Tanjung Dawai pula.  Menuju ke Warung Mambu, nak makan mee udang Tanjung Dawai.  

Mewah... Mee tulang special, lamb👍👍👍

Bila makan lamb ni teringat sangat kat AAn, penggemar tegar lamb.... Nanti Aan balik Ayah wajib bawa Aan makan mee tulang ni... Umi dan Ayah makan mee tulang special ni.  Tulang campur 3 ekor udang segar... dengan air kelapa.  Puas hati.. Alhamdulillah. 

Sudah makan, kita jalan=jalan ke pantai... Tiada yang menarik pun pantai ni.  Pantai kotor dan banyak sampah... Mungkin bukan target pengunjung di sini.  Cuma ada tapak perkhemahan... Kalau nak berehat di tepi pantai boleh cuba pantai sebelah.  Nampak lebih proper.. Next time kita mai lagi kita pi sana pula...




Umi dan ayah saja ambil gambar.  Ucai tak mahu.  Ucai kata sini bukan tempat bergambar, ni tempat lapangan kajian geografi😂  Ayah kata standard Ucai bergambar kat Mabul Island.. huhu...

Begitulah aktiviti di penghujung 2022 buat kenangan.. Semoga di lain kali Kakak, Aan dan Kakcik juga  ada bersama.... Selamat meneruskan kehidupan bagi tahun 2023 dengan  menambah ilmu dan amal soleh💖

Saturday 17 December 2022

KAKAK DI KONVOKESYEN UIAM KE-38

 Alhamdulillah, hanya kepada Allah SWT yang layak dipersembahkan pujian dan kesyukuran.  Kakak graduated from UIAM 2022 dan  majlis konvokesyen diadakan pada 4 Dec 2022. Hari yang sangat bersejarah..  Umi dan ayah sangat happy melihat Kakak naik stage dan menerima ijazah daripada Rektor  UIA pada hari ini.  Sebak dan terharu bila mengenang kembali segala ujian dan dugaan sepanjang pengajian Kakak di UIA. Kakak sangat tabah dan kuat sekali... Study, mooting, arbitration dan entah apa lagi...Allahlah yang memberi kekuatan kepada Kakak.  Allahuakbar..

Entri ini umi tulis dan abadikan sebagai kenang-kenangan untuk tatapan di kemudian hari. 

Hadiah untuk Kakak, Ayah booked Berjaya Times Square Hotel..

Actually Berjaya Times Square ni bersebelahan dengan bilik sewa Kakak di Hotel Sungai Wang, lokasi yang sangat sesuai untuk Kakak yang busy dan banyak urusan pada hari tersebut. 




Seronok dan syukur tengok Kakak cantik dan ceria di hari Konvokesyen



Sebelum meninggalkan Berjaya Hotel.....Ini semua idea Kakcik, disuruhnya Kakak posing pelbagai gaya😂



Acara memakai robe di Konvokesyen ke-38.....



Pakai topi pula.  Masa umi konvo tahun 1995 masih pakai tudung krim dengan logo UIA.  Lelaki pakai songkok.




IIUM Garden of Knowledge and Virtue💟


Menuju ke IIUM Cultural Centre (ICC)


Meraikan Kakak, Ayah Umi dan Kakcik sahaja, Aan dan Ucai tak dapat datang😙


Dalam ICC..... Seronok Konvo UIA, Islamik.  Rasanya semasa Umi konvo dulu ada asma ul husna.  Sekarang ada selawat dan nasyid kontemporari lah. Senyap sunyi dewan bila lagu ayah dan Ibu dendangan Allahyarham Sudirman diperdengarkan...Video cuma memaparkan wajah ayah ibu dan anak-anak dengan lelehanan airmata.......



Logo... Signage UIAM...yang pernah dipakai oleh Umi dan Ayah juga..
UIA yang sentiasa di hati💓


Masih relevan😂😇

Post glamour Kakcik di Berjaya Hotel... Cantik bilik air dia..Kakcik kata...😅

                                      

Konvo sesi petang. Tidak banyak masa nak bergambar. Masa habis dengan menunggu sesi fotografi dalam studio. Mujur snap juga sekeping dua gambar semasa menunggu tu...

Seribu kesyukuran. Ummah ini perlu kepada generasi yang berilmu. Dengannya kita dapat menabur budi.... 


4 Iffah naik stage...Berkongsi nama, dari kiri...Iffah Fatina, Iffah Firzana, Iffah Nabiha dan Iffah Nadhirah




Panjang jodoh kakak dan Anis.  Dari Durham Johnson ke UIA.. Sama-sama konvo... Alhamdulillah💓
Tiyah, Adam dan Adib dah besar-besar semuanya....



Ibu-ibu dan anakanda yang happy......  Seronok boleh jumpa Aunty Ayu dan family.....

Tangkap layar oleh Kakcik dari Main Auditorium.......


Seronok disambut dengan bouquet dan hadiah.....






Alhamdulillah, terima kasih Atuk, Nenek, Cik Chah, Aunty Munie, Aunty Yah , Lin dan semua family meraikan Kakak...