Hari ini 31 Disember 2022, Ayah free hari ini. Ayah offer nak jalan-jalan untuk penutup tirai 2022... Setelah dibincang-bincang kita ke Merbok sahajalah. Cari pantai dekat-dekat saja... Umi cadang pergi Kuala Sinkir Laut. Kawan kata cantik situ.. Dekat sejam juga nak sampai. Tapi bila tiba taklah cantik pun. Pantai banyak lumpur sebab air surut..
Ambil juga gambar, dah sampai kan... |
Selepas kecewa dengan Singkir Laut, Ayah waze Tanjung Dawai pula. Menuju ke Warung Mambu, nak makan mee udang Tanjung Dawai.
Mewah... Mee tulang special, lamb👍👍👍 |
Bila makan lamb ni teringat sangat kat AAn, penggemar tegar lamb.... Nanti Aan balik Ayah wajib bawa Aan makan mee tulang ni... Umi dan Ayah makan mee tulang special ni. Tulang campur 3 ekor udang segar... dengan air kelapa. Puas hati.. Alhamdulillah.
Sudah makan, kita jalan=jalan ke pantai... Tiada yang menarik pun pantai ni. Pantai kotor dan banyak sampah... Mungkin bukan target pengunjung di sini. Cuma ada tapak perkhemahan... Kalau nak berehat di tepi pantai boleh cuba pantai sebelah. Nampak lebih proper.. Next time kita mai lagi kita pi sana pula...
Umi dan ayah saja ambil gambar. Ucai tak mahu. Ucai kata sini bukan tempat bergambar, ni tempat lapangan kajian geografi😂 Ayah kata standard Ucai bergambar kat Mabul Island.. huhu...
Begitulah aktiviti di penghujung 2022 buat kenangan.. Semoga di lain kali Kakak, Aan dan Kakcik juga ada bersama.... Selamat meneruskan kehidupan bagi tahun 2023 dengan menambah ilmu dan amal soleh💖
No comments:
Post a Comment