Alhamdulillah, hanya kepada Allah SWT yang layak dipersembahkan pujian dan kesyukuran. Kakak graduated from UIAM 2022 dan majlis konvokesyen diadakan pada 4 Dec 2022. Hari yang sangat bersejarah.. Umi dan ayah sangat happy melihat Kakak naik stage dan menerima ijazah daripada Rektor UIA pada hari ini. Sebak dan terharu bila mengenang kembali segala ujian dan dugaan sepanjang pengajian Kakak di UIA. Kakak sangat tabah dan kuat sekali... Study, mooting, arbitration dan entah apa lagi...Allahlah yang memberi kekuatan kepada Kakak. Allahuakbar..
Entri ini umi tulis dan abadikan sebagai kenang-kenangan untuk tatapan di kemudian hari.
|
Hadiah untuk Kakak, Ayah booked Berjaya Times Square Hotel.. |
Actually Berjaya Times Square ni bersebelahan dengan bilik sewa Kakak di Hotel Sungai Wang, lokasi yang sangat sesuai untuk Kakak yang busy dan banyak urusan pada hari tersebut.
|
Seronok dan syukur tengok Kakak cantik dan ceria di hari Konvokesyen |
|
Sebelum meninggalkan Berjaya Hotel.....Ini semua idea Kakcik, disuruhnya Kakak posing pelbagai gaya😂
|
|
Acara memakai robe di Konvokesyen ke-38..... |
|
Pakai topi pula. Masa umi konvo tahun 1995 masih pakai tudung krim dengan logo UIA. Lelaki pakai songkok. |
|
IIUM Garden of Knowledge and Virtue💟 |
|
Menuju ke IIUM Cultural Centre (ICC) |
|
Meraikan Kakak, Ayah Umi dan Kakcik sahaja, Aan dan Ucai tak dapat datang😙 |
|
Dalam ICC..... Seronok Konvo UIA, Islamik. Rasanya semasa Umi konvo dulu ada asma ul husna. Sekarang ada selawat dan nasyid kontemporari lah. Senyap sunyi dewan bila lagu ayah dan Ibu dendangan Allahyarham Sudirman diperdengarkan...Video cuma memaparkan wajah ayah ibu dan anak-anak dengan lelehanan airmata.......
|
|
Logo... Signage UIAM...yang pernah dipakai oleh Umi dan Ayah juga.. UIA yang sentiasa di hati💓 |
|
Masih relevan😂😇 |
|
Post glamour Kakcik di Berjaya Hotel... Cantik bilik air dia..Kakcik kata...😅 |
|
Konvo sesi petang. Tidak banyak masa nak bergambar. Masa habis dengan menunggu sesi fotografi dalam studio. Mujur snap juga sekeping dua gambar semasa menunggu tu... |
|
Seribu kesyukuran. Ummah ini perlu kepada generasi yang berilmu. Dengannya kita dapat menabur budi.... |
|
4 Iffah naik stage...Berkongsi nama, dari kiri...Iffah Fatina, Iffah Firzana, Iffah Nabiha dan Iffah Nadhirah
|
|
Panjang jodoh kakak dan Anis. Dari Durham Johnson ke UIA.. Sama-sama konvo... Alhamdulillah💓 Tiyah, Adam dan Adib dah besar-besar semuanya.... |
|
Ibu-ibu dan anakanda yang happy...... Seronok boleh jumpa Aunty Ayu dan family..... |
|
Tangkap layar oleh Kakcik dari Main Auditorium....... |
|
Seronok disambut dengan bouquet dan hadiah..... |
|
Alhamdulillah, terima kasih Atuk, Nenek, Cik Chah, Aunty Munie, Aunty Yah , Lin dan semua family meraikan Kakak... |
No comments:
Post a Comment