Entri yang ringkas ini ummi nak post resepi granola bars kegemaran Ucai. Umi buat kat Ucai untuk bawa balik ke asrama, boleh makan dengan kawan-kawan. Pernah dulu Ucai cerita dia simpan granola dalam beg sekolah. Bila rasa mengantuk dalam kelas, dia akan makan sepotong, buat hilang mengantuk..
Granola bars ni bagus, selain daripada oats, ada buah-buah kering seperti kismis dan cranberry. Kalau tanya Kakcik dia akan suruh buh coklat chips. haa choc lover macam tulah😂 Umi pula memang suka letak cranberry macam dalam scones juga. Selain itu ada almond, sunflower seeds, flaxeed seeds, dried coconut dan boleh bubuh apa saja yang ada di rumah tu...
Resepi yang selalu ummi guna:
2 cups roll oat (quick cooking)
2 cups rice krispies
1/2 cup raisins ( any dried fruits..cranberries, apa sj blh buh laa)
1/2 cup shredded coconut ( tak letak pn ok)
3/4 cup almond (crushed je)
3/4 cup light corn syrup - ummi buh golden syrup + honey
1/2 cup brown sugar...ummi tukar dengan gula nise...haha kasi melayu like😍
3/4 cup peanut butter
1 teaspoon vanilla
Cara:
Gaulkan bahan-bahan kering dan masukkan semua yang lain dalam periuk. Kacau sehingga gula cair dan sebati, then masukkan campuran bahan kering. Gaul sekata. Tutup api dan masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper. Cara alas rujuk gambar di bawah. Mesti lebihkan sedikit paper tu supaya mudah nak dikeluarkan nanti.
Gunting sikit untuk kemaskan bahagian sudut loyang |
Guna scrapper untuk tekan-tekan bagi kemas sebelum masuk oven |
Bakar dalam 15 minit, keluarkan daripada oven dan sejukkan. Alihkan ke atas chopping board dan bolehlah dipotong. Patut jadi bar, tapi ummi potong kiub sebab senang nak makan, satu mulut sekali ngap!
Ni GRANOLA CUBES LA....haha |
Sebenarnya banyak cara buat granola ni kalau tengok dalam youtube tu, tapi ini cara ummilah. Jangan tanya ambik kat mana, tak ingat dah. Tapi ada resepi dalam buku resepi legend tu.....
Kebetulan minggu ni nenek datang. Kita bagi nenek rasa, alhamdulillah nenek suka dengan granola ni. Buat bagi bekal untuk Nenek n Aunty Munie juga, boleh makan on the way balik Bukit Marak. Lupa cakap, Akyas pun datang juga👧👧👧
No comments:
Post a Comment