![]() |
Seusai solat subuh..... |
![]() |
SPANISH OMALETTE |
A
1 biji potato russet
bawang holand
kobis
sedikit garam
Goreng sehingga masak dan ketepikan.
B
3 biji telur, tapi ummi guna 5 biji.
black pepper
corriander leaves
C
Cheese mozarella / cheddar
Cara:
Masukkan A dalam B, Tuang separuh dalam pan apabila minyak cukup panas. Tunggu sekejap dan tabur cheese. Cover dengan lebihan bancuhan telur. Apabila sebelah bawah dah masak, terbalikkan guna pinggan. Ummi guna periuk ajaib, senang boleh terus balikkan dengan periuk tu.. Jadi, ayah dah tunggu kat meja. haha...
Hari ini ayah keluar breakfast dengan old friend UIA. So, ummi buat nan cheese bread dan kari ikan termenung lemak. Senang je buat nan cheese ni....
![]() |
Kegemaran semua anak-anak.. |
1 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu besar yis
Bancuh dan biarkan sekejap
2 cawan tepung gandum, umi guna 3 cawan
(tambah ir suam dalam 1/4 cawan supaya doh lembut)
1 sudu teh garam
Bila yis kembang boleh gaul dengan tepung. Uli sedikit dan masukkan 1 sudu besar margerin (1 scoop heap), uli sehingga tak lekat di tangan. Rehatkan doh dalam 45 minit.Sementara itu boleh sediakan cheese, boleh guna cheddar atau mozarella. Cheese keping pun bolehlah.
Umi bahagi doh kepada 5 bebola sebab hari ini kita berlima sahaja. Canai buh cheese ditengah dan tutup, leperkan dan roll lagi, lenser pan dengan margerin sikit dan buh dlm pan tu. bila dah elok brown balikkan. sekejap sja prosesnya...
![]() |
Ni rupa mozarella bila roti dicarik...πππ |
No comments:
Post a Comment