Pertama tentang family bonding kita. Kuliah akidah yang selalu berlangsung selepas maghrib kita berhentikan seketika untuk memberi laluan kepada satu tajuk perbincangan yang ummi dan ayah kira penting untuk kita bersama, iaitu TANDA STRESS YANG BAHAYA. Perbincangan berdasarkan youtube ZONKULIAH, ceramah oleh Pakar Psikiatri Dr Rustam.
TANDA-TANDA STRESS YANG BAHAYA
Mudah-mudahan anak-anak mendapat manfaat yang banyak daripada dua sesi perbincangan yang kita adakan.
Malam ni kita sambung lagi kuliah aqidah kita....
Hari ini pula kakak buat pertama kali muncul di FB sebagai panelis forum Mooting....Tahniah Kakak kerana telah mara selangkah lagi kehadapan...We proud of youπππ
Usaha yang baik kakak! Semoga terus maju dan menjadi pejuang keadilan suatu masa nanti, insyaallah biiznillah.
Ummi juga nak up pasal menu kegemaran ayah dan anak-anak yang ummi masak sehari dua ni. Ni menu dua hari lepas, "cekodok"... hehe @ cucur udang atau cucur bilis.
![]() |
Ha x nampak udang?? ohh sebab takde udang, so jadi cucur bilis... |
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
bawang
sayur-sayuran seperti taugeh, karot, sengkuang, daun bawang atu apa-apa yang sesuai..
garam
satu sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar minyak
Udang atau bilis
1 cawan air
Gaul semua, tambah air sampai elok (konsisten) boleh goreng. Kalau nak jadi bulat macam ummi buat kena guna senduk khas yang ummi beli tu, kalau malas taruk saja dalam kuali..haha ummi xbuat banyak rules...
Makan dengan kuah kacang atau sos chilli thaiπππ
Next about 'barber in the house' pulakπ³π³π³
![]() |
No choice, hahaha..... |
Nak buat camana la Ucai, ummi rimas tengok rambut anak ummi panjang menyerbunn.... Ucai terpaksa serah kepala kat ayah. Not bad, boleh la walaupun amatur.....
Begitulah kisah-kisah dalam keluarga dalam seminggu ini, boleh simpan di sini untuk kenangan di kemudian hari..... Nikmat-nikmat Allah yang patut kita syukuri sepanjang PKP ini.
No comments:
Post a Comment