If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Monday, 26 December 2011

PARTNER DAN BERPARTNER


Tinggal bersama partner (teman lelaki) adalah suatu perkara normal yang telah diterima dalam masyarakat di sini sekarang. Pasangan lelaki dan perempuan boleh sahaja tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan yang sah, mempunyai keluarga dan anak-anak, diterima sebagaimana anak-anak dari perkahwinan yang sah!

Beberapa orang rakan sekerja saya sekarang tinggal bersama partner masing-masing. Tak perlu habiskan duit untuk dibayar kepada gereja atau registration office untuk kahwin, jumpa pasangan yang berkenan, bincang-bincang, kalau mendapat kata sepakat, boleh tinggal bersama. Sewa sebuah rumah, jimat kos sara hidup dan dapat memenuhi fitrah insani.

Salah seorang rakan sekerja saya beberapa bulan lalu memberitahu bahawa dia menyambut ulangtahun perkenalan dengan partnernya yang ke 13 (instead of wedding anniversary?). Dia seorang duda, mempunyai dua anak lelaki dengan bekas isterinya. Bila saya tanya kenapa dia tak mahu kahwin? Dia kata "Never again". Dia sangat kecewa kerana ditinggalkan isterinya suatu ketika dulu. Katanya, bersama partner lebih mudah kerana tiada ikatan dan tanggungjawab. Hidup nafsi-nafsi kata orang!

Walau bagaimanapun, keadaan ini hanyalah fenomena baru dalam masyarakat Barat. Dulu mereka pun tidak dapat menerima pasangan yang tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan. Dua orang Jehovah Witnesess yang mengunjungi saya memang menolak keharusan pergaulan bebas sebelum berkahwin. Bukan dari ajaran mereka dan mereka juga menganggapnya sebagai dosa dan perkara yang keji. Yalah, agama mana yang mengajar perkara yang tidak bertanggungjawab sebegini?

Minggu lepas, saya bersembang dengan seorang pengusaha SPA/Salon yang menyediakan khidmat kepada disable di rumah saya bekerja. Dia kini berusia 60 tahun, masih sihat dan jelita orangnya. Menurutnya, semasa mudanya, ibu bapa mengawal ketat anak-anak, dia sendiri tidak berpeluang untuk tinggal atau bermalam bersama kekasihnya sehinggalah malam pertama perkahwinannya walaupun mereka telah menyiapkan rumah itu sebelumnya. Namun keadaan sekarang telah berubah, katanya..

Seronok sungguh mereka, boleh tinggal bersama pasangan tanpa perlu mengeluarkan belanja kahwin yang sangat mahal di sini, kalau terberanak pun anak tersebut sah dan boleh didaftarkan! Sekiranya ditinggalkan teman lelaki atau sememangnya tiada pendapatan boleh minta benefit kerana mereka layak mendapat child benefit; pendek kata anak-anak mereka akan mendapat layanan seperti anak-anak yang lahir dari pada perkahwinan yang sah juga.

Namun pada hakikatnya tidak sama. Permulaan yang tidak bertanggungjawab, begitulah jugalah akhirnya. Maka banyaklah anak-anak yang tiada ayah, walaupun mereka bertiga beradik namun tiada yang sama nama, macam berlainan keluarga saja. Jangan cerita kisah bergaduh dan bertengkar, berbaling-baling botol arak sehingga berjahit-jahit muka!

Team leader saya yang baru, berusia 31 tahun. Telah 5 tahun tinggal bersama partnernya. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun depan. Katanya, dia percaya bahawa keluarga yang baik bermula dari pada sebuah perkahwinan. Dalam sebuah keluarga, semua anak-anak mesti mempunyai nama yang sama, barulah anak-anak akan berasa sebagai sebuah keluarga, oleh itu dia hanya mahukan anak selepas berkahwin pada tahun depan! Entahlah, mudah-mudahan 'lelaki itu' setia bersamanya hingga tahun depan, lantas dapatlah dia mencapai keluarga impiannya itu!

Seorang lagi rakan sekerja juga tinggal bersama partner, yang kedua katanya. Menurutnya partnernya yang pertama dulu tidak bagus, dia sangat kecewa dengan sikap partnernya yang sanggup berlaku curang terhadapnya. Mereka bergaduh dan kemudian mengambil keputusan untuk berpisah. Dia sangat berharap partnernya sekarang berlaku baik terhadapnya, dia mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dengan 2 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Dia harap lelaki yang tinggal bersamanya sekarang adalah lelaki yang bertanggungjawab, "try and error!" Sekiranya kali ini nasib menyebelahinya barulah dia akan memulakan hidup dengan ikatan yang sah!

Sedangkan agama kita sangat melindungi dan memuliakan kita orang perempuan. Lelaki yang ingin mengahwini kita mestilah memberi mahar kepada kita. Setelah menjadi suami, semua urusan yang menjadi tanggungjawab ayah kita berpindah ke bahu suami, termasuklah dosa dan kesalahan isteri akan ditanggung oleh suami sekiranya tidak ditangani. Banyak pula diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam al-Quran dan hadis-hadisnya cara-cara memilih suami/isteri serta mengendalikan sebuah rumahtangga agar sentiasa bahagia lagi diberkati Allah SWT. 14 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami, saya merasa sangat dihargai sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami walaupun bahtera kekadang dilambung ombak, namun terurus dengan rasa keimanan dan tanggungjawab. Syukur ya Ilahi!

Kasihan sungguh kepada rakan-rakan saya di sini, saya melihat betapa sesatnya mereka, hidup dalam kegelapan dan kecelaruan sistem kehidupan yang mereka cipta sendiri. Semakin bertambah pula kesyukuran dalam hati ini dengan anugerah 'addin' yang agung dan sempurna ini. Semoga Allah selamatkan anak cucu dan keturunan saya serta sahabat-sahabat seagama daripada kehinaan sebegini dan semoga Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang dekat dengan saya. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment