If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Saturday, 28 January 2012

MAZHAB SPIRITUALIST

Suatu hari saya melihat 'congregation' di tv, dan saya bertanya kepada rakan saya; Apakah itu church congregation? Saja memancing bicaranya...Ya, jawabnya, ini congregation Church of England, katanya. Oh! Adakah awak pengikut Church of England? Tanya saya lagi. Saya tahu kebanyakan staf di situ adalah pengikut Mazhab Church of England. Tidak, saya Spiritualist! katanya. Apa?? Itu pertama kali saya mendengarnya! Saya Spiritualist, dia mengulangi. Apa tu?? Saya minta penjelasan...

Menurutnya Spiritualist boleh berhubung dengan alam ghaib, boleh berkomunikasi dengan 'spirit' (roh orang mati). Dia sendiri boleh berhubung dan bercakap dengan roh orang yang telah mati dan dia sentiasa menerima mesej-mesej daripada roh-roh tersebut. Dia juga mampu menjadi 'medium' bagi sesiapa yang mahu bercakap dengan saudara mara mereka yang telah mati. Hebatnya dia!

Ceritanya lagi, ada banyak Spiritualist Church di sini, dan ramai peminat kumpulan ini yang sering berkunjung ke church untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Mereka memberi rawatan (healing) kepada yang memerlukan. Orang-orang yang kematian keluarga dan orang yang disayangi, yang kesedihan dan kehilangan akan terubat apabila boleh kembali berhubung dengan roh-roh tersebut melalui 'medium' ini. Mereka juga cekap 'menujum', boleh meramal masa depan. Patutlah sebelum ini beberapa orang staf di situ menggunakan perkhidmatannya, saya ingat dia sekadar 'fortune teller', rupanya maqamnya lagi tinggi dari itu! Selain daripada boleh menerima mesej daripada roh orang mati, dia juga selalu bercakap dengan 'guard angel'nya, sekiranya ada masalah dia sering mengadu kepada guard angel, katanya. Oh! rupanya dia pun percaya kepada malaikat.

Namun ada satu perkara yang menghairankan saya, orang yang sebegitu hebat, boleh mererima mesej daripada roh orang mati, boleh berkomunikasi secara langsung dengan malaikat ini selalu saja menjadi mangsa buli di rumah itu! Selalu saja saya melihat dia dibuli oleh seorang staf lelaki di situ, macam-macam kerja yang tidak sepatut dia lakukan disuruh oleh rakan staf tersebut,  Dia menurut saja walaupun dia sendiri kurang sihat, dia punya banyak masalah kesihatan. Sedangkan saya selalu kasihan kepadanya, dan sering menawarkan bantuan melakukan kerja-kerja yang dirasakan bahaya untuknya. Baru-baru ini sekali lagi dia diperdaya dan dipergunakan oleh staf tersebut lalu dia melakukan satu kesilapan besar dalam kerja!

Lalu di mana kehebatannya? Kenapa 'Guard Angel'nya dan roh-roh yang sentiasa berhubung dengannya tidak memberi mesej kepadanya dalam perkara tersebut sekiranya benar dia sentiasa menerima mesej daripada mereka. Kalau benar dia boleh melihat masa depan orang lain, kenapa dia tidak boleh melihat masa depannya sendiri sehingga dengan senangnya dipergunakan dan ditipu oleh staf yang jahat itu??

Kesimpulannya, mereka ini adalah orang-orang yang diperdayakan oleh syaitan; mereka berhubung dengan syaitan, mereka bercakap dengan syaitan, mesej-mesej yang mereka terima adalah daripada syaitan yang menyesatkan. Syaitan telah mempermainkan mereka. Syaitan bukan saja membantu orang-orang kafir bahkan syaitan juga turut menyesatkan orang-orang yang beriman, sebab itu terdapat dalam masyarakat kita orang-orang yang dirasuk syaitan sehingga bertukar suara, dan terdapat bomoh-bomoh yang 'menurun' dan menjadi orang lain! Semua itu adalah pekerjaan dan bantuan syaitan, makhluk yang sentiasa menyesatkan manusia daripada jalan Allah SWT. Mohon perlindungan daripada gangguan dan tipu daya makhluk yang durjana ini. Wallahua'lam!

No comments:

Post a Comment