24 Mac adalah tarikh Baby melangkah ke usia 8 tahun. Tarikh yang ditunggu-tunggu! Macam-macam permintaannya, cupcake untuk kawan-kawan sekelasnya, kek harijadi dan dolly; itu antara idamannya!
Alhamdulillah, telah 8 tahun usia Baby, anak yang saya lahirkan ketika usianya 8 bulan dalam kandungan. Dengan berat 2.25 kg, tubuhnya sangat kecil, betapa takutnya saya melihat Baby yang terpaksa diletakkan di bawah 'warmer' kerana lahir tidak cukup bulan. Susu khas disalurkan melalui tiub di hidungnya. Itu kenangan saat kelahirannya 8 tahun yang lalu!
Baby membesar sebagai anak yang aktif dan cerdas. Baby sentiasa cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Ada-ada saja anugerah yang diterimanya di sekolah. Minggu lepas dia mendapat 'award certificate' kerana 'poem' yang ditulisnya. Saya juga melihat kecenderungan Baby dalam pelajaran matematik. "People born in Penang good at mathematic," begitulah gurunya Mrs Marshal memujinya! Alhamdulillah.
Di rumah saya mengajar Baby Al-Quran, setakat ini Baby telah pun membaca juzuk ke-4, bacaannya boleh dikatakan lancar, cuma saya tekankan bacaan bertajwid supaya dia boleh membaca al-Quran dengan baik dan indah dipendengaran. Di samping itu saya baru saja memulakan hafazan untuknya, saya mulakan dengan juzuk amma. Setiap surah yang dihafal saya berikan 50p sebagai ganjaran. Bersemangat dia menghafal!
Selain Al-Quran, saya juga mengajarnya Aqidah, Ibadat dan Akhlak di rumah. Dia rajin dan seronok belajar. Setiap kali saya mengadakan ujian, dia dan abangnya akan membandingkan markah yang diperolehi. Itu antara perkara yang dapat saya lakukan untuk memastikan Baby mempunyai kefahaman yang baik dan dekat dengan agama.
Semenjak bepindah ke sini aktiviti sosial Baby agak terbatas. Dia tidak mempunyai kawan-kawan sebagaimana di Bowburn. Saya berasa sedih apa bila suatu hari dia memberithu saya bahawa dia tiada kawan di sekolah. Setiap kali 'playtime', gurunya terpaksa keluar untuk 'find some friends' untuknya bermain. Kasihan Baby! Itu cerita dua bulan pertama kami berpindah ke sini. Sekarang dia sudah ada kawan-kawan sama ada di sekolah mahupun di rumah. Apa pun saya sangat bersyukur kerana dia sentiasa gembira dan bersemangat bersekolah walaupun ada kalanya menghadapi masalah seperti itu.
Begitulah serba sedikit kisah Baby IFFAH NADHILA yang telah pun berusia 8 tahun hari ini. Doa saya semoga kehidupan Baby sentiasa disinari keimanan, diselimuti kesolehahan dan dibaluti keilmuan. Moga hidupnya sentiasa terpimpin dan boleh memimpin insan lain.
askm, Shidah .... roindu nak jumpa Shidah dan family. Tulah , masa kat Malaysia pun susah kita nak bertemu , apatah lagi bila dah beribu2 batu ... Baru2 ni kak Na dipertemukan semua dengan Zi ( Yazidah) ! Seronok bila dah sekian lama terpisah dan bertemu kembali. Zi sekarg dah report duty dan mengajar di UPSI. InsyaALLAH, kami akan berganding utk menjayakan Akademi Pengajian Saidatina Aishah ( APSA ) bawah DMPP ( Tarbiyyah ) Selamat berada di di negara orang dan dapat belajar banyak perkara2 baru yg boleh dikongsi bersama. See you.
ReplyDeletewsalam k na, dec lps hailan dan rafishah bawa anak2 mereka ke sini, sempat jg semalaman di rumah kami. seronok dpt jumpa sahabat2, moga kita smua dpt bertemu lg. semoga apa yg dirancang berjaya dan hrp sampaikan salam saya utk zi ye! Saya ada sahabat di sini yg akan balik ke UPSI Julai ini, nti saya khabar2kan kpd dia, mungkin dia blh beri sumbangan, bagus orgnya. selamat berjaya....
ReplyDelete