If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Friday, 13 November 2020

QUICHE

 Bismillah wal hamdulillah

Hari ini ummi masak ketam masak lomak, ayah pulak rebus kerang. Tetiba Kakcik minta quiche, actually dua tiga kali dah Kakcik dok sebut quiche ni....tambahan pula Kakcik tak boleh makan ketam. Severe allergy, kesian jugalah kat dia.  So, after lunch, ummi continue bersilat di dapur.  

Hasilnya....Tapi tiada mushroom n veg, so kita buh mixed veg sahaja....


Berikut adalah resepi dari my magic book ye

BAHAN A

200 gm tepung gandum
1 sudu(k) garam
mixed herbs

BAHAN B
110gm butter sejuk - kiubkan
1 biji kuning telur
1/4 sudu jus lemon
50 ml air sejuk (masukkan sedikit-sedikit)

Bahan A dan bahan B gaul dan uli, ummi guna food processor. Sejukkan dalam fridge dalam 15 minit.

Sementara tu masak filling pula (Bahan C)

BAHAN C

4 ulas bawang putih

2-3 sudu olive

Capsicum (merah, kuning, hijau)

1 batang celeri

1 pek mushroom butang

1 - 2 biji bawang besar kuning

1 - 2 ketul dada ayam / chicken fillet

Garam

Mixed herbs

Tumis bawang dengan olive oil, masukkan ayam, capsicum, mushroom, celeri, mixed herbs, garam, test sesedap rasa...tutup api. Sediakan bahan D.

BAHAN D

250 gm whipped cream (ummi guna fresh milk-sihat😁)

coarse black pepper

4 biji telur (ummi buh 3 biji sahaja)

Doh tadi perlu "bind bake" selama 10 minit, then masukkan filling sayuran tadi.  Akhir sekali masukkan cream sehingga menutupi filling.  Tabur ceddar cheese dan bakar selama 35 minit pada suhu 160C.


Note: Hari ni no "bind bake" and no sprinkle cheese yer, licin jugak haha..... Everyone was craving😋


Ni tak tahu episod mana, simpan sajalah kenangan PKPB 2....
Kuliah Subuh live


sorry laa... Jumpa gambar ini, face shield buat untuk students, last tiada siapa pun yang pakai....

Sekian perkongsian, next time if you craving again for a quiche, buat sendiri ye Kakcik!

Monday, 9 November 2020

DAIRI PKPB 2

 Bismillah walhamdulillah.

Hari ini 9 November 2020 bermula PKPB 2, alhamdulillahi ala kulli haalin.... Semoga  Allah memelihara kita semua dan menghilangkan kesulitan yang kita hadapi ini.

Kelmarin, ayah ambik Ucai dari asrama.  Semua anak-anak ada di rumah lagi, untuk kali yang kedua kita akan bersama dalam masa yang lama, insyaallah. Kita mula semula jadual harian kita bersama.


Pagi ini kita telah mendengar kuliah subuh yang pertama untuk PKPB kali ini.  Azamnya untuk istiqamah mengadakan kuliah subuh setiap hari untuk keluarga dan live di FB, supaya manfaatnya boleh dikongsi bersama.

Tajuk pagi ini sifat hasad dengki

Aktiviti  selepas kuliah, Ucai tolong set up google meet untuk kelas umi tingkatan 2 pukul 8.30 pagi.
Kakak dah naik atas dengan secawan nescafe, Kakcik buat smoothie melon, Abang Aan melayan Mokki.  Umi breakfast scone sementara tunggu online kelas😄

Rubber band, realiti dirumah..huhu

Pukul 8.30 start kelas online hari ini.  Alhamdulillah, kelas berjalan lancar.  Anak-anak 2B dan 2T juga ceria belajar tadi. Semoga masa yang ada ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan amalan-amalan yang diredhai Allah SWT...