If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday, 17 January 2023

NEW UCAI DI SMSKB

 2022 Ucai melangkah ke Tingkatan 4.  Berada di SMSKB memang satu rezeki, sekolah sebelah taman sahaja.  Setiap minggu Umi Ayah boleh jumpa Ucai. Kalau outing pun boleh balik rumah, pukul 6 petang mesti kalut nak balik asrama, takut lewat kena denda....haha dengan umi ayah kalut ribut..

Tingkatan 4 Ucai lebih confident, dah senior.  Tahun ini Ucai menyertai beberapa pertandingan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

JAPANESE SPEECH CONTEST

Tajuk yang dipilih "New Me". Pertandingan secara online. 



Berjaya mendapat tempat ke-5, Ucai agak berpuas hati dengan pencapaiannya kerana ini merupakan penyertaan pertama.  Ucai dah bersedia untuk masuk bertanding lagi untuk tahun hadapan.. Umi kumpul gambar-gambar Ucai sepanjang pertandingan tersebut.

Video boleh lihat di sini...

Japenese Speech Contest 2022

Sebelum contest...... Ucai is ready๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡


Peserta pertama.  Dapat menyampaikan speech dengan baik walaupun sedikit gementar. 


Bersama salah seorang juri


Gembira sebab dapat juga hadiah.....


Rehearsal....

Hadiah sudah sampai.....

Disampaikan oleh Tuan Pengetua SMSKB

Semoga mendapat tempat yang lebih baik pada tahun hadapan... Bittaufikwannajah.


Umi dapat mesej daripada Sensei Ooi di hari akhir persekolahan, Ucai terpilih sebagai Pemenang Tempat ketiga Pidato Bahasa Jepun peringkat kebangsaan.  Hadiah diterima daripada KPM... Subhanallah๐Ÿ’– Tahniah Ucai....




Alhamdulillah, dapat memberi sumbangan kepada SAKBA juga.  Ucai selalu rasa bertanggungjawab untuk menaikkan nama dan imej sekolahnya...






Gembira Ucai dengan hadiah-hadiah yang baru diterima.... Selain trofi, Ucai turut menerima 2 helai tshirt dan smartwatch Realme..  Semoga Ucai terus bersemangat mempelajari bahasa Jepun.  Umi mengharapkan Ucai dapat berdakwah kepada orang-orang Jepun.. Ucai pun dah faham kenapa Nabi SAW menggalakkan umat Islam menguasai bahasa asing. Semuanya untuk tujuan dakwah di jalan Allah SWT.

Terbaru pula, Uncle Amir krew Zon Kuliah offer Ucai untuk turut serta ke Jepun bagi program selama seminggu... Tapi tak boleh la Ucai, kena ambil tuisyen dan bersedia untuk SPM dulu ye...
Walau bagaimanapun Ucai setuju untuk berforum di Zon Kuliah.... Allahuakbar,  Ucai salah seorang panelist forum  "Dakwah  Jepun Dapat Apa"..
Ucai bersedia berada di hadapan kamera , tenang saja Ucai menjawab soalan host, Umi saja yang berdebar....






Ucai juga diminta berucap dalam bahasa Jepun, ucapan Ucai akan ditunjukkan kepada ustaz-ustaz pendakwah di Jepun.  Masya Allah... Semoga Allah permudahkan usaha dakwah sahabat-sahabat Zon Kuliah dan semoga Allah pilih Ucai menjadi pendakwah seperti mereka...

Janjinya tahun depan ayah akan bawa Ucai ke Jepun.  Program Japan Dakwah Centre di Osaka... Dakwah di Bumi Matahari Terbit. Semoga ada rezeki dan impian Ucai menjadi realiti.  Aminn...


Sijil "buat kelakar Jepun" Competition pula๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚........Macam-macam..  dan alhamdulillah terpilih sepuluh yang terbaik


Menerima anugerah Cemerlang Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun semasa Form 3


Alhamdulillah, nafaa Allahu bika๐Ÿ’—


Ayah saja yang meraikan Ucai di Hari Anugerah Cemerlang... Umi sekolah.


Mujur juga sekolah buat live kat FB.  Boleh la Umi nonton anak Umi terima hadiah.


Sensei Mr Ooi yang sangat comitted mengajar Bahasa Jepun

OKONOMIYAKI......... Japenese food

Bagus Ucai boleh belajar Bahasa Jepun.  Ikut saranan Nabi SAW, kita belajar bahasa asing.  Nanti boleh usaha sebarkan Islam kepada warga Jepun.  AND GOOD LUCK FOR YOUR SPM 2023. 
Insyaallah, semoga ada rezeki yang baik-baik daripada Allah SWT untuk anak umi sayang๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•

Friday, 6 January 2023

BIRTHDAYS 2022

Pembuka tirai 2022, mestilah Umi. Umilah yang jemput ayah meraikan birthday Umi di Hans Nasi Arab, hehehe.....

51 alhamdulillah



Best avocado blended๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

22 Mac, 2022 Birthday Kakcik
24 Mac, 2022 Birthday Ayah
Macam biasa celebrate sekali.......


Apa tu? Lasagna ke? dah lupa hehe...


Ayah happy jer walaupun bukan feberet dia tu...

2023 Kakcik dah jauh daripada rumah... Tak tahulah boleh celebrate birthday sekali dengan ayah lagi ke tak....  Semoga Kakcik terus melangkah dengan penuh keyakinan.  Ya Allah berkati Kakcik dengan rahmat dan kasih sayangMu๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•


Birthday bulan Ogos........ Kakak dah start chambering di CLO.  Maka tak dapatlah kita sambut birthday Kakak bersama-sama.  Umi dan Kakcik plan surprise present untuk Kakak.. Hantar bouquet.

Surprise birthday....


Seindah dan sesegar kasih Umi, Ayah, Aan, Kakcik dan Ucai untukmu๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—



Finally boleh juga jumpa Kakak... Having lunch at Berjaya Times Suare.  Four Fingers as always, favourite Kakak and Ayah too..๐Ÿ˜‹

Here was September birthday.................

Red velvet Nutella for our Big Brother's Birthday... 

Semoga Alllah SWT berkati Abang Aan dengan iman dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.  Aan sangat minat belajar.  Alhamdulillah direzekikan oleh Allah SWT dapat belajar di UNISZA.  Semoga Aan berjaya dengan cemerlang dan menjadi orang yang berilmu dan beramal soleh.

Terima kasih kerana selalu menzahirkan kasih sayang kepada Umi๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–


Last birthday for the year, last and the most love in the family...............

Meraikan Ucai di Han's....

Best friends ever๐Ÿ’ฎ

Ucai dah semakin dewasa.  Setahun lagi tamatlah alam persekolahan ...Semoga Ucai menjadi pelajar yang berketrampilan dan berjaya dengan cemerlang.

Selesai semua sambutan hari jadi untuk tahun 2022.  Alhamdulillah atas usia yang dipinjamkan oleh Allah SWT.  Semoga semua kita sedar akan tugas sebagai hamba Allah SWT dan tidak mensia-siakan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT.  Setiap tahun bertambahnya usia, moga bertambah ilmu dan amalan kita.  Semoga kita berkumpul bersama sebagai hamba Allah yang soleh dan bertaqwa....