If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Thursday, 1 February 2024

GOOD LUCK TO UCAI SPM 2023

 ALL THE BEST AND BITTAUFIK WANNAJAH BATCH ERUDITE.



Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 29 Januari membuka tirai SPM 2023. Pada sebelah petangnya Ucai dan kawan-kawan menjawab kertas Bahasa Jepun pula. Manakala dua hari berikutnya kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selesai tiga subjek. Semoga Ucai dapat menjawab dengan baik dan semoga direzekikan kejayaan yang cemerlang buat Ucai.


Kenangan Ucai dan kawan-kawan



Bergaya dengan lab coat.  Macam-macamlah cara cikgu-cikgu nak bagi semangat. Semoga semuanya dapat mencapai cita-cita yang tersemat di lubuk hati..


Projek team CB (Coffee Break) terus menyantuni anak-anak sewaktu rehat. Alhamdulillah,  ibu bapa berinfak untuk menyediakan makanan anak-anak.


Senyum manis memasing tu dapat makan. Mesti lapar selepas memerah otak...


Hari ini Timbalan Ketua BADAR pakai baju purple😍 Boleh pula dia tukar-tukar baju dengan kawan-kawan. Baju BADAR Fahmi pakai. Baju Fahmi yang kuning tu rasanya Alif Muhazir pakai... Semua ni classmate Ucai 5 Aluminium. Enam orang boys..   Alhamdulillah... sahabat-sahabat yang baik. Susah senang bersama. Sama-sama belajar dan memberi tunjuk ajar. Hari ini kertas Bahasa Inggeris. Dengarnya agak mencabar soalan Bahasa Inggeris SPM kali ini. Semoga Ucai dan kawan-kawan mendapat taufik daripada Allah SWT.

Sehari sebelum exam Ayah dan Umi menemani Ucai di SAKBA. Rasa sebak melepaskan anakanda bongsu ke medan perjuangan..... SPM pengakhiran alam persekolahan. Selepas ini Umi dan Ayah pun dah tiada lagi anak yang bersekolah.  Alhamdulillah, diberi rezeki dan usia oleh Allah untuk bersama anak-anak sehingga kini. Dapat menyaksikan anak-anak tamat alam persekolahan dan melangkah masuk ke menara gading. Malah telah menyaksikan Kakak Iffah di pentas graduasi... Subhanallah😭





Ayah kata macam prince Mateen😁😁tapi umi rasa Ucai one level above😂😂




Next week, three papers in a row.....  Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam.  Umi pun rasa berdebar, semoga Allah beri kesihatan yang baik dan dapat fokus menelaah buku-buku pelajaran sehingga selesai exam semua subjek.





Wajah akan bertukar seiring usia... Nanti boleh revise.....

Update 5/2 - Paper Sejarah

Sebaik habis menjawab paper 1 Sejarah.....

Dengan geng 5 Alum dia laa....

Special food hari ni.....

dapat dah......


Hari ini paper math, Ucai n the boys 5 Alum all in yellow.
Pakat jadi Pengawas PSS pulak hari ni... 😂


Begitulah perjalanan SPM Ucai.  Genap sebulan peperiksaan bertulis. Walaupun Umi tidak berada bersama Ucai namun cikgu selalu update dengan parents gambar-gambar dan perkembangan anak-anak di SAKBA. 
Harapan guru sama dengan ibubapa.... Setiap kali Umi terpandang anak-anak murid sekolah Umi menjawab exam, hati berdoa supaya Ucai dilapangkan dada dan diberi petunjuk untuk menjawab dengan baik..🤲


Tuesday, 16 January 2024

Tuesday, 9 January 2024

ERUDITE 1923 SPM 2023

Menjelang Januari 2024...... sedikit masa lagi Ucai akan menamatkan zaman persekolahan.  SPM amali (UAS) done.  Seterusnya UBBM kelmarin done, diikuti UBBI minggu depan..... 29 Januari start Ujian Bertulis SPM 2023 - 29 Februari 2023. Begitulah perjuangan Ucai di medan ilmu, jihad di alam persekolahan akan berakhir tahun ini.  Ucai telah menunjukkan kesungguhan belajar terutama di saat-saat akhir ini.  Alhamdulillah ada progress dalam Peperiksaan Percubaan SPM, cuma beberapa subjek perlu dimantapkan segera.... Ucai berjanji akan baca banyak lagi untuk subjek tersebut.




Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin buat kali ke-2 diadakan dua hari sebelum UBBM berlangsung.  Ibu bapa, guru-guru dan anak-anak Erudite1923 bersama-sama menadah tangan memohon Allah SWT memberkati anak-anak dengan kejayaan yang cemerlang dalam SPM dan seterusnya berjaya di dunia
dan akhirat. Ayah diamanahkan menjadi imam dan khalifah bacaan Yasin. Alhamdulillah...

Solat Hajat

Doa ibu-ibu yang tiada hijab💖

Semoga Allah mengasihani kamu anak-anak dan memberkatimu
 dengan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat..


Ibnu Kathir meriwayatkan para ulama terdahulu melazimi membaca Surah Yasin
jika memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT.


Bacaan Surah Yasin



Sokongan ahli keluarga penguat semangat anak-anak...

Pesanan ayah untuk Ucai dan teman-teman seperjuangan...

Souvenir pihak sekolah untuk anak-anak


Pulut kuning tersedia untuk Majlis Mohon Restu....

Suapan restu untuk anak bongsu....






Mohon restu dan kemaafan juga daripada guru-guru...
Semoga  guru-guru Ucai diberi kemuliaan, rahmat, rezeki yang luas
 dan taufik hidayah oleh Allah SWT.  Semoga Ucai ingat wajah-wajah ini yang ikhlas
mencurahkan ilmu sepanjang hayat....


Selesai sudah Program pasca SPM 2023.  All the best untuk anak-anak Erudite1923.  Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT.  
Ya Allah yang Maha Pemurah, limpahilah anak-anak kami dengan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini dan masukkanlah mereka dalam golongan yang Engkau redhai.  Allahul mustaan....