Benar-benar terkejut dengan berita yang saya baca di The Star Online, 21 April lalu. Seorang pelajar perempuan Tingkatan 2 di sebuah sekolah telah dirogol oleh rakan sekelasnya pada waktu rehat. Mangsa yang merupakan seorang anak yatim, juga telah diperkosa oleh beberapa lelaki lain dan sedang mengandung sebulan. Lebih dahsyat lagi doktor telah menemui sebatang pensil di dalam kemaluan pelajar tersebut!
Berita kedua yang menarik perhatian saya ialah paparan Buletin Utama TV3 dalam minggu ini juga iaitu mengenai satu kes pembunuhan yang tragis. Pihak polis telah menemui mayat seorang wanita muda di Taman Tasik Perdana yang dibunuh dan dipijak perutnya sehingga terkeluar janin yang dikandungnya. Apalah salah dan masalah mereka sehingga berlaku perkara yang amat mengerikan sebegini.
Dalam minggu ini juga seorang penuntut sebuah kolej telah terjatuh dari bangunan kerana menyelamatkan diri daripada serbuan Pegawai Pencegah Maksiat. Penuntut tersebut menemui ajalnya.
Begitulah yang akan berlaku kepada sebahagian manusia yang gagal menghayati tujuan penciptaan mereka sebagai makhluk yang amat istimewa di sisi Allah SWT. Dalam surah At-Tin ayat : 4 dan 5, Allah SWT menjelaskan, maksudnya; "Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia itu dalam sebaik-baik bentuk kejadian (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya), Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu) Kami kembalikan mereka kepada serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah."
Sesungguhnya manusia sendirilah yang telah menghina diri mereka dengan melakukan perkara-perkara yang menyalahi tabii dan menjatuhkan maruah mereka sebagai makhluk yang istimewa itu. Manusia sendirilah yang mengalihkan kedudukan yang disediakan oleh Allah bagi mereka daripada kelas pertama kepada kelas tercorot di kalangan makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah SWT. Manusia mengambil alih kedudukan binatang atau yang lebih buruk daripadanya, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud "Dan disediakan bagi neraka jahannam itu sebahagian besarnya jin dan manusia, Bagi mereka hati tetapi tidak mahu memahami dengannya, dan bagi mereka mata tetapi mereka tidak mahu melihat dengannya, dan bagi mereka telinga tetapi mereka tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang bahkan mereka lebih sesat daripada golongan itu."
Amat tepat sekali peringatan Allah dalam kitab suci ini, apa yang berlaku dalam masyarakat kini menampakkan suasana masyarakat binatang yang bergaul dengan rupa manusia, malah sebenarnya cara hidup golongan ini lebih teruk lagi daripada cara hidup masyarakat binatang. Kehidupan mereka hanya berdasarkan rasa dan nafsu semata. Mana agama, mana adab dan adat sebagai manusia? Tiada lagi. Nafsu dan syaitan menjadi ikutan. Maka terjadilah segala keburukan dan kebejatan seperti yang kita lihat pada hari ini. Apa yang menyedihkan apabila manusia memakai sifat binatang, akibat yang menimpa mereka adalah lebih teruk daripada binatang itu sendiri. Binatang tidak akan berhadapan dengan rasa malu, tidak ada pengadilan dalam masyarakat binatang dan mereka adalah makhluk yang tiada masa depan.
Jauh bezanya dengan manusia, kehidupan manusia panjang sekali, segala yang berlaku bukan hanya tanggungan diri sendiri malah juga adalah bebanan kepada keluarga dan sanak saudara.
Oleh itu marilah kita kembali kepada tujuan sebenar penciptaan kita. Firman Allah dalam surah Al-An'am: 165, " Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Keberadaan kita di sini di beri tugasan khalifah iaitu pentadbir kepada alam. Kehidupan kita bukanlah sebagaimana binatang yang hanya diberikan nafsu dan sedikit kekuatan untuk melindungi diri. Kita manusia dilebihkan dengan hati dan aqal serta dikurniakan wahyu sebagai kemudi.
Justeru, dalam menangani kekusutan yang kekadang menjengahi kehidupan, seharusnya kita merenungi ayat dari surah At-:Asr ayat 2 - 3; " Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." Sememangnya kehidupan di dunia ini banyak dugaan dan ujian, namun sebagai seorang muslim, dalam menghadapi apa jua keadaan yang kadang-kadang mendesak kita, hendaklah kita sentiasa beriman, bersabar dan berfikiran waras kerana yang demikian itu akan menyelamatkan kita daripada melangkah ke jalan yang salah. Ingatlah akan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Amat bagus sekali urusan orang-orang mukmin, sekiranya mereka menerima kebaikan maka mereka bersyukur dan sekiranya mereka ditimpa musibah maka mereka bersabar.
Justeru, dalam menangani kekusutan yang kekadang menjengahi kehidupan, seharusnya kita merenungi ayat dari surah At-:Asr ayat 2 - 3; " Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." Sememangnya kehidupan di dunia ini banyak dugaan dan ujian, namun sebagai seorang muslim, dalam menghadapi apa jua keadaan yang kadang-kadang mendesak kita, hendaklah kita sentiasa beriman, bersabar dan berfikiran waras kerana yang demikian itu akan menyelamatkan kita daripada melangkah ke jalan yang salah. Ingatlah akan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Amat bagus sekali urusan orang-orang mukmin, sekiranya mereka menerima kebaikan maka mereka bersyukur dan sekiranya mereka ditimpa musibah maka mereka bersabar.
Manusia yang beriman dan bersabar akan sentiasa memilih jalan yang benar dan diredhai Allah SWT sebagai jalan keluar kepada apa jua masalah yang mereka hadapi kerana mereka sedar akan tujuan kejadian mereka dan tahu akan titik henti kehidupan di dunia ini. Surah al-An'aam, ayat 70, "Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)."
Sesungguhnya dunia hari ini penuh dengan kejahatan dan tipu daya manusia dan syaitan, dari itu ayuhlah wahai sahabat, selamatkan diri, keluarga serta masyarakat kita daripadanya. ALLAHUMMA ANTASSALAM WA MINKASSALAM, WAILAIKA YAUDUSSALAM.......YA RABB SALLIMNA, YA RABB!
Sesungguhnya dunia hari ini penuh dengan kejahatan dan tipu daya manusia dan syaitan, dari itu ayuhlah wahai sahabat, selamatkan diri, keluarga serta masyarakat kita daripadanya. ALLAHUMMA ANTASSALAM WA MINKASSALAM, WAILAIKA YAUDUSSALAM.......YA RABB SALLIMNA, YA RABB!
No comments:
Post a Comment