Jehovah Witnesses adalah satu pergerakan dalam agama Kristian. Jehovah bermaksud GOD. Kumpulan ini percaya bahawa 'God the Father (Jehovah) sahajalah sebenar-benar Tuhan. Jesus pula adalah anak Tuhan tetapi kedudukannya tidaklah menyamai Tuhan dan ia dicipta oleh Tuhan. The Holy Spirit bukanlah manusia tetapi adalah tentera suruhan Allah. Atas kepercayaan ini maka Jehovah Witnesses menolak konsep TRINITY dalam agama Kristian.
Di sini kami mengenali Jehovah Witnesses sebagai pendakwah Kristian yang aktif berdakwah (missionary work). Mereka akan mengetuk pintu-pintu rumah kami dan meminta izin untuk masuk dan bersembang sebentar mengenai risalah yang mereka bawa. Topik yang mula mereka akan bicarakan adalah apa yang berlaku dalam dunia hari ini; jenayah, peperangan, keganasan dan sebagainya. Kemudian mereka akan bertanya, adakah kita percaya bahawa suatu masa nanti Tuhan akan membantu kita keluar dari semua penderitaan dan kesengsaraan yang berlaku pada hari ini. Tuhan akan menghapuskan airmata manusia; tiada lagi manusia yang susah, menderita sakit atau cacat. Bumi ini akan subur dan dunia ini akan aman makmur. Mereka bercakap mengenai kasih sayang Tuhan kepada manusia.
Saya dan seorang teman pernah dikunjungi oleh dua orang Jehovah Witnesses. Kedua-duanya saya kira dalam lingkungan usia 55 - 60 tahun. Mereka sangat baik dan berbicara dengan mesra. Mereka mengakui bahawa mereka tidak menyedari akan kehadiran kami, komuniti Melayu Islam di sini. Mereka juga memberitahu bahawa mereka tidak begitu arif mengenai agama Islam dan tidak pernah melihat al-Quran. Peluang ini tidak saya lepaskan. Segera saya capai al--Quran Terjemaham Bahasa Inggeris di atas meja, saya bukakan Surah Maryam dan saya tunjukkan kepadanya nama-nama nabi Ibrahim, Musa dan Ismail (Abraham, Moses dan Samuel) yang dikisahkan dalam surah tersebut. Saya bersyukur kerana dia sudi memegang dan membelek-beleknya, buat pertama kali! Juga saya jelaskan kepada mereka bahawa kita juga percaya dengan Nabi Isa a.s dan semua nabi-nabi sebelumnya. Perbezaan antara kita dan mereka hanyalah kita percaya kepada Nabi Muhammad SAW dan mereka tidak.
Sebelum mengundur diri mereka meninggalkan sebuah buku "WHAT DOES THE BIBLE Really TEACH?" dan berharap supaya kami membacanya. Mereka juga berjanji akan mengunjungi kami lagi. Sebenarnya saya seronok dengan kedatangan mereka. Iyalah, disamping mendengar celoteh mereka, kita juga dapat menjelaskan tentang agama kita kepada mereka.
Begitulah kesungguhan mereka menyampaikan dakwah. Kita bagaimana? Kenapalah saya sendiri merasa lemah untuk melakukannya? Saya menyesali diri sendiri................
No comments:
Post a Comment