Biasanya saya akan buat di depan mereka, ada juga antara mereka yang berminat menolong, dan sebetulnya ada juga yang boleh buat dengan bantuan, seperti Mak Cik JS yang suka menolong saya buat kraf untuknya, Makcik PT pula boleh buat tapi jangan lama, nanti tak semena-mena kita dicubitnya, ataupun tangannya singgah di muka atau di kepala kita! Kalau dia mula main kuku (twitching/flicking fingers) tu, cepat-cepat tamatkan aktiviti atau bawa lari jauh dari dia sebelum keNA! Cik adik EB pula langsung tidak berminat menolong, baik dia main game wii Mario atau PS3, tapi bila siap dia datang tersengih-sengih dan berkata; 'I keep it!', muka tak malu!
Begitulah perangai klien-klien yang saya jaga bila saya buat aktiviti kraf tangan dengan mereka, namun saya jadi seronok dan ralit pula membuat kraf. Dulu masa saya diminta mengajar Pendidikan Seni di sekolah rasa malas dan tiada idea. Maklumlah, mana ada masa nak fikir, sibuk memanjang. Sekarang fikiran ada sikit tenang, idea pun ada berkembang!
Ini antara benda-benda kraf yang saya buat dengan EB:
Ini adalah karektor kartun yag EB suka tengok di Cbeebies, saya dah lupa apa nama rancangannya
Ini 'view' sawah padi, masa ni terkenang sawah ayah dan mak. Sedapnya makan nasi di tepi sawah (masa darjah 5/6 dulu...). Saja nak bagi omputeh tengok sawah padi kita...
Butterfly untuk EB
EB walaupun sudah 30an tapi masih lagi suka toys, ini antara watak yang EB suka 'Thomas n Friends'
Tiru Mr Maker!
Watak kartun yang menjadi teman EB di mana-mana
dibuat sempena Queen's Diamond Jubilee Celebration 2012
EB memang minat dengan spider, di mana dia jumpa spider dia akan spend masa to say hello and have a chat with this little creature!
Caterpillar, silap letak sesungut plak dahh!
Mungkin ada satu dua gambar lagi yang saya akan bubuh selepas ini, antaranya watak Waybuloo, boleh kata setiap kali saya shift, saya diminta melukis watak-watak Waybuloo; Yojojo, Nok Tok, Lau-lau dan De Li, betul-betul macam budak 3 tahun!
No comments:
Post a Comment